Sunday 29 September 2013

BERITA TERKINI!!! .. KEPUTUSAN PEMILIHAN CEC DAP HARI INI ... YB ZAIRIL KHIR JOHARI MENDAPAT UNDI KE DUA BELAS TERTINGGI DARI 20 ANGGOTA CEC YANG BARU!!!



YB Zairil telah mendapat tangga ke 12 dalam pemilihan khas ahli jawatankuasa pusat tertinggi DAP dengan undian sebanyak 1132... sekali gus membuktikan yang pemimpin Melayu diterima dalam DAP.


Pada pemilihan Disember lalu beliau  hanya mendapat 803 undi.

Kesemua 20 pemimpin DAP yang menang Jawatan Kuasa Pusat Tertinggi DAP adalah pemimpin yang sama di tolak oleh RoS atas alasan silap kira.

Dikira suatu tamparan ke muka RoS.
Kesemua 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih dalam pertandingan pada Disember lalu mengekalkan keanggotaan dalam jawatankuasa tersebut dalam pemilihan semula hari ini.

MP Kluang Liew Chin Tong memperolehi undi paling banyak dengan 1,438 undi.

Satu-satunya anggota CEC Melayu, Zairil Khir Johari memperbaiki kedudukannya ke tempat ke-12 dengan 1,132 undi.

Zairil sebelum ini menduduki tempat ke-20 dengan hanya 803 undi sementara Liew Chin Tong sebelum ini menduduki tempat ke-14 dengan 984 undi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula hanya berjaya menjadi calon kelima paling popular dengan 1,304 undi walaupun tahun lalu memperolehi undi kedua tertinggi.

Lim ketika ditanya pemberita selepas pengumuman keputusan tersebut malam ini berkata beliau berpuas hati dengan prestasinya.

"Saya berpuas hati. Jumlah undi (saya) berkurangan mungkin kerana jumlah perwakilan yang datang mengundi juga kurang," katanya.

Pemilihan hari ini yang berlangsung menerusi Kongres Khas DAP diadakan susulan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menolak keputusan pemilihan Disember 2012.

Seramai 1,731 dari keseluruhan 2,576 perwakilan yang layak mengundi hadir ke Kongres Khas yang diadakan di Petaling Jaya.

Parti itu mengeluarkan sebanyak 1,725 kertas undi bagi pemilihan hari ini.
Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan CEC:
  • Liew Chin Tong (1,438 undi)
  • Lim Kit Siang (1,436)
  • Karpal Singh (1,421)
  • Gobind Singh Deo (1,409)
  • Lim Guan Eng (1,304)
  • Chong Chieng Jen (1,294)
  • Anthony Loke (1,263)
  • Chow Kon Yeow (1,203)
  • Fong Kui Lun (1,193)
  • Teng Chang Khim (1,164)
  • Tony Pua (1,158)
  • Zairil Khir Johari (1,132)
  • Teresa Kok (1,127)
  • Chong Eng (1,111)
  • M Kula (1,088)
  • Tan Kok Wai (1,088)
  • Teo Nie Ching (1,081)
  • Bo Cheng Hau (961)
  • Nga Kor Ming (956)
  • Ngeh Koo Ham (809)

12 comments:

  1. Syabas & tahniah YB Zairil...

    ReplyDelete
  2. selain m kuala & karpal & son, semuanya cina. melayu mai kot mana oi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. parti omno langsung takda bangsa lain... nak buat mcm mana parti perkauman

      Delete
    2. parti perkauman ka apa ka, itu isu lain. baca apa yg ditulis...'pemimpin melayu' tu siapa dia? tolong habaq mai.

      Delete
  3. Brapa eko ahli mca melayu islam ada jawatan dalam umno,cuba check balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'ahli mca melayu islam ada jawatan dalam umno'

      ada ka ahli mca dlm umno? tak kena ayaq daun ketum atau tak makan ubat?

      Delete
  4. boodoh piang betulll 29 september 2013 22:36.. dah nama umno, tentulah parti org melayu.... akai tadak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woii anon 23.54 awat hang ni cerdik sgt ka.. tu abd azeez tu melayu ka?? Kak Jat tu melayu ka?? Malas la aku nk sebut nama2 geng mamak yg ngaku melayu... bodoh tahap gaban hang ni... mmg btul kata tun yg hang puja tu dlm amno ni tingal yg bodo piang jaa...blah la ckp xpakai otak...akai ada ka

      Delete
    2. Parti orang melayu?????? KAH!JKAH!KAH! .... buta genetik.....

      Delete
  5. anon 2354..Dah bdoh 3 generasi masih nk tunjuk pandai lagi..skrg ni pemilihan jawatan kuasa ttinggi dap..dalam umno ada ke cina melayu pegang jawatan dalam umno..
    cina mca melayu ada jawatan dlm kerajaan bkn dalam parti umno bodoh 2..akai ada ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih3....kalu dah bute akai.....bute mato blh dftar oku....eih eih eih

      Delete
    2. koh koh koh hokkk ptuihh!!! Ada ker Zairil tu dikatakan Melayu...bahalol tahap gaban....mmg dasar species mata satu.....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...