Tuesday, 1 January 2013

BERITA PANAS MENDIDIH CAMPUR GEMPAR!!!!.... UTUSAN SUDAH TIDAK YAKIN NAJIB MAMPU MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA UMNO/BN DALAM PRU 13 NANTI!!!!!



Admin cilok dari Utusan, mengenai satu tulisan yang meragui kemampuan dan kebolehan Najib yang dianggap liabiliti, membawa kemenangan kepada UMNO dalam PRU 13 nanti.

Najib dan era sukar Umno

31 DIS — Semakin banyak yang mula diperkatakan mengenai PRU 13 yang semakin hampir sungguhpun belum ada penetapan kepastian dibuat oleh kerajaan. Semakin hampir kita kepada PRU 13 semakin banyak bom-bom yang mahu diletupkan oleh parti politik yang kini pantas dan lantang untuk memastikan kemenangan. Akhirnya semua parti politik yang mahu bertanding berlaga-laga untuk mencari kesalahan masing-masing. Satu resam politik tidak sihat. Semua akur bahawa PRU 13 ini merupakan PRU yang paling sengit yang mampu menggoncang BN dan Umno sendiri.

Akhir-akhir ini isu yang dibawa oleh pembangkang adalah isu Zahid Hamidi — Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan memasuki gelangang untuk menyelesaikan masalah Deepak Jaikishan — peniaga karpet yang telah membuat berbagai tuduhan terhadap Najib — Rosmah dan isu pembelian kapal selam serta isu pembunuhan Altantuya. Namun isu itu tidak sekuat isu spekulatif bahawa Najib harus di keluarkan dari senario politik Umno bagi membersihkan Umno dan memberi ruangan kembali untuk BN berkuasa. Isu yang meletakkan Najib — Rosmah sebagai liabiliti Umno semakin kuat kedengaran sealiran dengan nada Tan Sri Muhyiddin Yassin — Timbalan Perdana Menteri mengakui — PRU kali ini amat sengit sungguhpun beliau yakin BN akan menang.

Adakah benar wujud suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu Najib disingkirkan sebelum PRU 13 nanti atau suara ini adalah suara perang saraf media oleh pembangkang. Apa pun adakah benar Najib menjelang PRU 13 ini sudah mula terpalit dengan berbagai isu yang memberi kesan besar terhadap peluang BN/Umno dalam PRU 13 nanti. Adakah transformasi politik Najib yang mahu dibawa dalam Umno menemui jalan buntu dengan perubahan yang tidak dapat dilangsungkan kepada ahli Umno sendiri?

Semakin deras suara-suara peringkat bawahan mengenai isu calon, isu siapa yang sepatutnya menjadi calon mampu menang dan apakah ini akan diterima baik sekiranya calon tempatan tersingkir dengan calon pilihan Najib. Semakin membiak isu-isu Najib tiba-tiba wujud dengan kehadiran tuduhan yang melibatkan isteri beliau sendiri. Semakin galak pendedahan baru dibuat dan yang pasti isu yang menghentam Najib semakin lantang dan semakin terbuka.

Adakah mampu Najib bertahan sekiranya isu khusus seperti kapal selam, Deepak, Balasubramaniam dan peranan menutup cerita oleh Dato Zahid Hamidi serta kehadiran berita-berita spekulasi SUARAM mengenai sidang mahkamah di Perancis terus membengkak. Adakah Najib dapat bertahan dengan masalah dalaman Umno dengan pemilihan calon, kehadiran broker kuasa dalam Umno yang tidak dapat ditepis kehadirannya dan hasrat dan matlamat individu dalam Umno sendiri.

Najib terus dihadapkan dengan berbagai tuduhan dan ini semakin galak dengan kehairanan kita mengenai pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh pembangkang terhadap isu yang melibatkan Najib. Apa yang jelas kelihatan dalam pusingan akhir sebelum pengumuman PRU 13 ini, Najib menjadi isu utama — seakan diserang bertubi-tubi dan menjadi fokus pembangkang. Suara penentangan dalaman dengan kehadiran broker kuasa dalam Umno juga menjadi penumpuan utama dan kehadiran broker kuasa ini amat benar mengambil insiden penentangan Pak Lah dahulu.Adakah Najib dapat bertahan – sebagai Presiden Umno dan adakah Umno/BN dapat bertahan dalam PRU 13 seolah-olah menjadi persoalan utama dalam Umno waktu ini. Melihat cara pembangkang menghentam Najib serta kerunsingan kepimpinan Umno/BN mengenai isu khianat dalam Umno/BN memberi isyarat kepada kita bahawa Umno/BN sedang meneliti sebarang kemungkinan yang akan berlaku sewaktu isu pengumuman calon BN/Umno nanti.

Tanggungjawab Najib semakin berat dalam keadaan sekiranya beliau turut ditentang oleh dalaman Umno. Ahli Umno seakan masih terpingga-pingga dalam mendefinisikan transformasi politik dalam Umno. Ahli Umno perlu mengisyaratkan perubahan termasuk apa yang dipanggil kematangan politik yang perlu ada dalam Umno sendiri. Orang Umno — seperti yang ditekan oleh Najib perlu menyerapkan kematangan berpolitik — menyedarkan diri bahawa politik hari ini bukan dalam proses penuaan tetapi dalam proses perubahan – menjadikan ianya baru — lebih terperinci dan lebih intelektual. Cara-cara usang akan hanya menjadikan BN/Umno ketinggalan dan akhirnya amat jauh dari keremajaan politik yang diharapkan oleh rakyat. Persoalan yang sering ditanya dalam sirkulasi perjumpaan Umno — adakah BN/Umno mampu bertahan?. — utusan.com.my

UMNO SEMAKIN BERGOLAK WALAUPUN DIPERMUKAAN NAMPAK TENANG.

5 comments:

  1. ABU..ABU..ABU..
    Aku Bukan UMNO..
    Aku Benci UMNO...
    Aku Bukan Umat Melayu Naif Otak nya... maka tu la nk ucapkan...
    Bye bye bye 2012...bai umno Be End...
    Selamat menempuh 2013 tahun kebinasaan umno & keruntuhan kerajaan BN.
    Yes! Year 2013 UMNO Be End. Khaallaaszzzz
    Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan!
    Jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka!
    Kita realisasikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
    umno be end usah pekak badak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete
  2. Muhyiddin memang dah senyap senyap takeover tugas Najib, tanpa dua ekor tu tukar jawatan.
    UMNO dah desperate. Ramai sangat yg jadi liabiliti. Harap Muhyiddin saja selamatkan UMNO.
    Menipu sajalah caranya PRU nanti. Nak harap turnover hati rakyat saat saat akhir ni, Sorrylah.

    ReplyDelete
  3. Tak kira siapa jadi PM najib ke mooyeedin ke sibotak tu ke si keris bogel tu ke semuanya kaki sapu!!!!

    ReplyDelete
  4. janji malaysia aman kita sume boleh bernafas, boleh cari makan ok lah kan, wat pe nak gadoh2 kan...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...