Thursday, 3 January 2013
EDISI TEMBELANG MELETOP!!!!!... ORANG MEGA KUAT DIBELAKANG DEEPAK SUDAH DIKENAL PASTI!!!!!.. JENG..JENG.. JENGGGG... KITA TENGOK SIAPA YANG KENAAAAA.
Pada 14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
Akhbar The Star melaporkan seramai 230 tetamu terpilih yang dikatakan cukup intim dan rapat saja dengan Tun M telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.
Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..
Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Pereka Kasut terkenal Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.
Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN ialah diantara 230 orang tetamu VVIP khas itu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah Deepak Jaikishan..
Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan berterusan sehingga ke hari ini, Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan, telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Pendedahan tersebut sememangnya meluka parahkan imej Rosmah yang sedia parah dan buruk, yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya.
Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib turut terpalit kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu.
Biarpun pendedahan demi pendedahan berterusan selama beberapa telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataan pun keluar dan terpacul dari mulut Najib bagi membela isterinya itu maupun dirinya sendiri.
Kecuali beberapa gurkha siber upahan UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan mereka sendiri bagi mempertahankan Najib Razak dan Rosmah Mansor namun tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain.
Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, semasa Perhimpunan Agung UMNO , baru-baru telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak, juga kelihatan sanggup menjadikan dirinya munafik bin hipokrit dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya.
Isu menjadi lebih membara apabila Tabung Pencen Angkatan Tentera dikatakan terlibat dalam cuba menutup mulut Deepak dengan pengambil alihan syarikat hartanya dan lantas isu saman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, ditarik balik.
Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?
Jika benar, kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?
Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu, mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..
Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..
Mungkinkah gambar-gambar yang dimuat naikkan ini, membuktikan serta menyerlahkan siapa sebenarnya kuasa mega kuat di belakang Deepak.
PATUTLAH NAJIB TIDAK BERANI NAK JENTIK DEEPAK!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
tun M dibelakang deepak. najib takun tun m. tun m no 2 terkaya di dunia. tun m tembak 1 peluru kena 2 orang (A & N. untuk kebenarannya tukar kerajaan ini kalilah.
ReplyDeleteTun M gelak besar tengok Dolah Badawi tidur 7tahun. Ekonomi negara stagnant.
ReplyDeleteTun M gelak besar tengok Najib & First Lady shopping sakan guna duit rakyat.
Tun M gelak terbahak bahak & terkentot2 sambil dok kira duit US Dollar 44 billion.
yg atas tu smbut bakal kematian mahathir
ReplyDeleteKenapa Dr.M, masih sebuk dalam hal pentadbiran negara sekarang?..bukankah beliau bukan lagi PM, tetapi kenapa beliau sering masuk campur dalam hal-hal pentadbiran negara kini. Apa tujuan sebenar beliau?.
ReplyDeleteTOLAK MAHATHIR.
ABU!!
Pasal kalau pembangkang bentuk kerajaan, dia kena masok lokap. Pasal dia tak dapat jawab macamana dia kumpul duit sampai USD44billion.
DeleteUMNO skarang ni adlh Mahdey yg tubohkan pd 1987 yg pd asalnya dikenali sbg UMNO BARU! Jdi UMNO tu Untuk Mahadey No Objection! Mahdey la jga yg kapankan UMNO asal yg tertuboh pd 1946! Jadi yg nyambut konon2nya usia UMNO 66 tahun tu memang saja2 lah mereka tu dibodoh2kan dek Mahdey! Bodoh sungguh melayu umno!
DeleteMka era Madey la hinga kini ujud spesis Umat Melayu Naif Otak nya!
Maka itu lah dia dok menyibuk bilamana umno yg semakin mereput menyembah bumi" Mahdey sedar kelak anak2nya yg kaya raya dgn cara memungah kekayaan negara tk mungkin dpt menyambung legacy beliau sbgi 'bapa segala kebejatan bangsa melayu'
Takde maknyanya title bapa segala kebejatan jka umno ghuyub pd PRU ke 13 nanti! Maka itu lah dia dok menyibuk lgi skarang utk pastikan rakyat tidak memenjarakan beliau lalu merampas segala kekayan beliau, anak2 serta kroni2nya!
Suara Rakyat Suara Keramat.
Suara Keramat Suara Rahmat.
jgn lupa wawasan 2020 mahdey ada kaitan dgn israel
ReplyDeletejgn lupa kassim ahmad adalah idola mahdey.
jgn lupa musuh seumur hidup mahdey adalah pejuang rakyat anwar.
jgn lupa mahdey pegang petronas
jgn lupa anak mahdey sedang bergayut diketiak bapanya di kedah
jgn lupa dia doctor in house, semua remote dr rumah je
jgn lupa soros, sahabat mahdey. bergusti depan rakyat tp peluk2 dibelakang
jgn lupa dia anggota freemason pangkat tinggi.
jgn lupa bahwa melayu umno memang mudah lupa semua ini