Sunday, 6 January 2013

SIMULASI DAN TAKLIMAT JPRN SELANGOR, 60 HARI MENUJU PRU13 - PENANTIAN ITU SUATU PENYEKSAAN


60 hari menuju PRU13 adalah seperti Penantian yang menyeksakan.


Mengapa omak berkata demikian?


Jika guna pakai hukum logik sememangnya sudah lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah dan selama itu la kita ditipu dan dirompakpun kita masih boleh bersabar..nah sekarang oksigen hayat UMNO/BN hanya tinggal 60 hari saja tak kan kita tak boleh tunggu untuk merebahkan kerajaan bobrok? Detik 60 hari ini beredar tanpa bole diputar balik lagi maka itu isu-isu kitar semula yang meloyakan terhadap pemimpin pembangkang akan disajikan setiap hari di media-media tunggangan UMNO/BN ni..


Siang tadi telah berlangsungnya Majlis Simulasi dan Taklimat Pilihanraya KeAdilan Selangor bertempat di Dewan Sivik MBPJ dengan dirasmikan oleh YB Azmin Ali sebagai tanda mulanya prasa akhir perang saraf menjelang PRU13.


YB Zuraida dalam majlis ini telah memberi gambaran profil tentang statistik pengundi di Negeri Selangor yang harus dihadamkan oleh semua jentera pilihanraya demi mengekalkan Selangor seterusnya memperolehi kemenangan mara ke Putrajaya, insya'Allah.


Simulasi ini penting untuk jentera melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi juga suntikan semangat telah diberikan oleh Sdr Rafizi Ramli agar jentera sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang telah diberikan.


Sesi kedua memperlihatkan segmen suasana di dalam dewan mengundi sedikit sebanyak membantu dan memberi kesedaran tentang pentingnya PACABA menjalankan tugas dengan fokus dan tegas untuk memastikan tiada penipuan dan kecuaian ketika hari mengundi kelak.


Cabang Kapar telah diketuai oleh Dr Nedunchelian selaku Timbalan Ketua Jentera Pilihanraya Parlimen Kapar tidak ketinggalan memastikan setiap ahli-ahli yang telah dilantik untuk hadir seterusnya memahami apa jua info berguna untuk diguna pakai pada hari mengundi yang dikatakan yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya umum itu nanti.


Rata-ratanya omak boleh rumuskan bahawasanya jentera-jentera pilihanraya KeAdilan ini telahpun siap dan bersedia menuju ke medan peperangan.


Dengan isu lapuk yang sering diputarkan dan direcyclekan oleh UMNO/BN ini memang sahlah bahawasanya mereka berada di dalam ketakutan setiap saat kerana mereka sedar yang mereka akan tumbang kecundang pada PRU13 nanti.


Kekalahan UMNO/BN adalah yang terbaik dan terindah untuk rakyat!! Umno tersungkur rakyat bersyukur!!!

1 comment:

  1. Mohon parlimen gombak/wangsamaju/bukit antabangsa mohon perbaiki jalanraya, denai, lorong whatsoever di area keramat, setiawangsa, wangsamaju, sri rampai yer... Sgt belobang2 terok... Mohon yer... Terima kasih...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...