Monday 1 July 2013

BEKAS PEMAIN KELANTAN YANG BERMAIN DENGAN PASUKAN JOHOR DT HINA FAM!!!!! ... BUANG PINGAT DIMENANGI SEBAGAI NAIB JUARA PIALA FA KEDALAM TONG SAMPAH!!!!!


Apakah kerana kecewa tak dapat miliki AUDI Q7?.. Atau gagal malu sebab tak mampu nak tumpaskan pasukan lama yang pernah diwakili?
Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.

Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.

Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.
Perlu sokongan

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.

berita harian online-

5 comments:

  1. Dia nak Audi Q7 je!

    ReplyDelete
  2. Ni kira derhaka ke?...hahaha.

    ReplyDelete
  3. dah ok lah tu..negri pas.tegar...kalahkan negri umno tegar..

    ReplyDelete
  4. Tahniah mat..patutnyer pijak dulu baru buang dlm tong sampah...bola sepak malaysia penuh dgn RASUAH.KRONI.JUDI..hehe duit tiket pun nak bedal ke?tarak malu ka nk buat projek cari la yg jerung punya ini ikan bilis pun nak sental kemaruk wang...gila nama gila kuasa gila harta semua gila...duit rakyat lu org tibai pastu nak suruh rakyat support bola sepak domestic pigih laa...ada akai ka???

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...