Monday 1 July 2013

PERTANDINGAN JAWATAN KETUA WANITA UMNO MALAYSIA....PENCABAR AZALINA OTHMAN SAID TAWARKAN JAWATAN PENGURUS KEMPEN KEPADA RAFIZI RAMLI?????



MUNGKIN AKUR TENTANG KEBOLEHAN LUAR BIASA PENGARAH STRATEGI PKR MERANGKAP AHLI PARLIMEN PANDAN, YB RAFIZI RAMLI, DS AZALINA OTHMAN SAID YANG BAKAL MENENTANG SHARIZAT JALIL MEREBUT JAWATAN KETUA WANITA UMNO MALAYSIA TELAH MENAWARKAN JAWATAN SEBAGAI PENGURUS KEMPEN KEPADA BELIAU!!!!!

Tawaran Azalina untuk Rafizi jadi pengurus kempen gamatkan Dewan Rakyat!!!!

Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat hari ini.

Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai UMNO terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang boleh membantunya.

Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz.

Shahrizat sebelum ini "terpalit" dalam kontroversi NFC (National Feedlot Corporation) kerana perbadanan itu diterajui suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ironinya kontroversi itu meletus setelah Rafizi membuat beberapa pendedahan berkaitan NFC.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...