Antara isu besar yang dikaitkan dengan Azmin Ali adalah cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor. Azmin kononnya kecewa apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sekali lagi menerajui negeri paling maju di Malaysia itu.
Akibatnya,
hubungan kedua-dua orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan
mula renggang sehingga berlakunya perebutan jawatan sebagai Timbalan
Presiden PKR pada pemilihan kali ini.
Ketika
bertemu dengan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, wartawan
MalaysiaGazette, HAMDAN OTHMAN berkesempatan bertanyakan perkara ini.
Selama setengah jam bersembang santai dengan Ahli Parlimen Ampang ini,
berikut adalah temuramah yang dirakamkan. Dalam temubual itu, beliau
turut menyentuh tentang pemilihan pemimpin parti itu.
MalaysiaGazette (MG): Dah heboh satu Malaysia, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hendak jadi MB Selangor. Apa pandangan YB?
Zuraida
Kamaruddin (ZK) : Ini lagi satu fitnah yang sengaja direka untuk
melihat kedua-dua pemimpin PKR ini bermusuhan. Bila fitnah ini berjaya
mengeruhkan hubungan Azmin dan Khalid, barulah orang yang membuat fitnah
ini puas. Selagi hubungan mereka baik, selagi itulah pihak yang dengki
ini akan tabur racun pada orang ramai.
MG: Macam mana YB boleh kata fitnah sedangkan Azmin sememangnya layak menjadi MB Selangor?
ZK:
Soal layak adalah perkara lain. Fitnah tetap fitnah kerana Azmin tak
pernah bercita-cita ke arah itu. Untuk pengetahuan semua, Azmin adalah
pemimpin PKR yang taat pada arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Dia tidak pernah mengeluh apabila Abdul Khalid diberi jawatan
MB. Apa yang saya tahu, Azmin lebih utamakan parti daripada memegang
jawatan. Memang dari segi kelayakan, Azmin layak sangat jadi MB kerana
selain orang lama, dia juga adalah Timbalan Presiden parti. Menariknya,
hal itu tidak pernah dibincangkan malah tidak ada dalam agenda
perjuangannya.
MG:
Kenapa Azmin tidak bertanding jawatan Presiden? Sekurang-kurangnya
dapat mengenepikan tohmahan PKR sebagai sebuah parti keluarga.
ZK:
Kalau Anwar tidak bertanding, Azmin akan meletakkan namanya sebagai
calon. Itu yang dirancang pada peringkat awal. Tetapi pada masa sama,
Azmin mahukan Anwar jadi Presiden daripada terus kekal sebagai Ketua
Umum. Apabila Anwar umum untuk bertanding, Azmin lega dan terus
pertahankan jawatan yang disandang sekarang. Dia memang mahukan Anwar
jadi Presiden. Malangnya, Anwar tarik diri apabila tahu kelayakannya
akan dicabut kerana keputusan mahkamah. Untuk menawarkan diri dah tak
sempat sebab tarikh menghantar nama sudah tutup.
MG: YB dilihat berada dalam satu kem dengan Azmin untuk pemilihan kali ini. Kenapa tidak pilih Abdul Khalid?
ZK:
Saya nampak cara kerja Azmin dan tahu dia seorang yang sangat komited
dalam segala tugas yang diamanahkan. Dia bukan orang baru malah dia
adalah antara pengasas parti. Segala perancangannya untuk parti tidak
pernah gagal. Selama ini pun, dialah antara pemimpin yang banyak
memperjuangkan kelangsungan parti hingga berjaya ke tahap hari ini.
MG: Bagaimana hubungan dengan Abdul Khalid bila YB sokong Azmin?
ZK:
Orang banyak buat cerita kononnya saya dah tak boleh boleh kerja dengan
Abdul Khalid. Hakikatnya, hubungan kami macam biasa dan tidak terjejas
sedikit pun. Kami professional dan tidak akan fikirkan perkara-perkara
yang remeh macam tu. Soal sokong siapa, itu hak peribadi saya dan tidak
akan menggugat prinsip perjuangan saya. - MalaysiaGazette
FUYOOOOOOOO
ReplyDeleteMULIANYA HATI AZMIN
FUYOOOOOOOO
Azmin tak nak jadi presiden?????...kahkahkahkah...ini serupa macam cakap azmin tak suka hawadoll jilat aiskerim dia...kahkahkah....kalau ye pun nak 'jek' boss patut2lahhhh......kahkahkahkah. Azmin tu sebenornya dah kena kencing bigtime dek anuGAYrah pooojaan dia tu. Kesian Azmin....hancing kan,kan,kan.....kahkahkahkah
DeletePegi Lanchowwwwwww la
ReplyDelete......perhimpunana bantah GST...nnpk macam ramai padat dengan orang...dari hujung jalan mahkamah hingga ke hujung jalan mahkamah.....alahai....klu masuk dataran setengah dataran yang penuh alahaiii....sesame sendiri bergaduh ahakss
ReplyDeleteMata ko dah rabon kot......
DeleteSEPATUTNYA AZMIN PRESIDEN DAN ZURAIDA TIMBALAN PRESIDEN.
ReplyDeleteMereka ini adalah sebahagian pengasas PKR. Sentiasa hadir demo dan dekat dengan rakyat.
Khalid? hancur
Setuju. Patutnya hari tu dia bertanding jawatan presiden.
Deletesia2 aje aku sokong azmin.
ReplyDeleteDia tak nak jadi MB rupanya.
Mulia sungguh hatimu, Azmin.
ReplyDeleteKahakkkk ptuiiiiiiii
ARAHAN DARI AMK DAN PENGURUSAN TERTINGGI PKR!
ReplyDeleteDemo yang berlangsung hari ini telah berjaya, namun diingatkan agar para blogger Pakatan yang dibayar agar tidak memuatkan berita pergaduhan antara Unit Amal Pas dengan para pendemo dari SAMM. Arahan ini berkuatkuasa serta merta. Para blogger yang tidak mematuhi arahan akan dikenakan tindakan.
-AMK Pusat-
Jika Azmin menerajui PKR sebagai OPresiden pun, PKR tidak akan sama sekali menyokong hudud yg diperjuangkan oleh PAS...
ReplyDeletePendirian PKR da DAP adalah konsisten..
Pd semua ahli PKR
ReplyDeleteNak jd MB ke tak nak ke Berebut nak jd Timb Presiden ke Apa jawatan sekali pun Professional ke tak ke Pemilihan mesti BERSIH dan ADIL
Jgn jd mcm skg PM Haram Kjaan Haram Kabinet Haram !
Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhhh
ReplyDelete