Wednesday, 7 May 2014
GARA-GARA SIAR ANTI GST DI FACEBOOK, SEORANG PELAJAR UiTM BERDEPAN DENGAN TINDAKAN DISIPLIN.
Seorang pelajar UiTM berdepan dengan tindakan disiplin kerana dikatakan menyiarkan tulisan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Facebook.
Dalam surat bertarikh 28 April, pihak universiti menyatakan bahawa Mohd Fathihie Gadius dari kampus UiTM Sabah, didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Dia didakwa membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah.
Pelajar Sarjana muda sains biologi itu juga didakwa melakukan
kesalahan yang sama melalui lebih daripada 20 posting dari Oktober 2013 hingga Januari tahun ini.
Jika didapati bersalah, dia boleh digantung dari universiti dan tidak dibenarkan masuk ke kampus.
Mengutuk pertuduhan itu, setiausaha Majlis Pelajar Universiti Malaya, Fahmi Zainol berkata akta itu "kejam" tetapi "bukan sesuatu yang baru" bagi UiTM.
Sebelum ini, katanya, sekurang-kurangnya tiga aktivis pelajar digantung pengajian selama satu semester kerana "penglibatan dalam politik".
"Jika sekali lagi perkara yang sama juga berlaku, mahasiswa tidak teragak-agak untuk bangkit mempertahankan hak beliau," kata Fahmi dalam satu kenyataan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
jika sekali lagi berlaku... mahasiswa tidak teragak2 untuk bangkit...kahkahkahkahkah... sendiri buat sendiri tanggungla...mahasiswa lain takkan nak pertahankan punya.. tu lah bodoh.. orang suruh belajar rajin2 kau sibuk nak berpolitik demokrasi bagai... bila dapat cgpa rendah payah nak dapat kerja salah kerajaan... padahal sendiri bangang.. ada anak cina sibuk mcam anak.melayu.. fikirlah sendiri... nak kata bodoh masuk u dah pun.. cuma bezanya tak cerdik...
ReplyDeleteYang ko komen macam tu... ko sempat belajar kat universiti ke? atau pun cgpa ko tu 4.0 ke? atau ko tu sekadar jadi pendekar papan kekunci? orang bijak tidak akan terus menilai sesuatu kejadian tu daripada satu perspektif. Kau tak tahu apa dan kenapa dia boleh bertindak sedemikian. Dengan mudah ko menjatuhkan hukum berkata sedemikian. Siapa ko nak berkata macam tu pada dia? Itu menunjukkan taraf pemikiran ko serupa gak dengan dia bertindak mengikut hati bukan akal.
DeleteItu menunjukkan taraf pemikiran ko serupa gak dengan dia bertindak mengikut hati bukan akal.
Deletekau sendiri jugak kata dia bertindak mengikut hati bukan akal. ok no komen....
Bodoh punya graduate. Kok ia pun jangan lah bagi full detail hang dalam facebook tu. Belajaq lah dari RBA....awatlah bangang sangat mahasiswa kita le ni. Aku rasa yang bangang2 tu dari puak PR saja. Otak depa semua kat kepala juboq - senang disontot kao2 dek B.A.B.I aka Bang Non Al-Juburi Wal-Liwati Ad-Dajallllllll.......
DeleteAmran tu bukan PEKIDA pun... dia tu anti PEKIDA...
DeleteKalau pihak universiti menyatakan bahawa Mohd Fathihie Gadius dari kampus UiTM Sabah, melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 kerana menyiarkan tulisan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Facebook, menunjukkan bahawa kementerian pelajaran sedang mencipta warga negara berjiwa robot.
ReplyDeleteTindakkan tatatertib seumpama itu merujuk kepada sistem kuku besi membuatkan para pelajar tidak dibenarkan berfikir, memberi cadangan, dan beridealogi kreatif yang bersifat membantah terhadap kezaliman kerajaan Barisan Nasional terhadap semua bangsa.
Memang celaka pihak university mencipta akta tatatertib seumpama itu tanpa mengambil kira bahawa Mohd Fathihie Gadius berbuat begitu sebagai menarik perhatian kerajaan kerana beliau sebagai mewakili semua pelajar hanya bergantung sepenuhnya pada pinjaman PTPTN untuk belajar. PTPTN adalah hutang yang perlu dibayar kembali sedangkan beliau belum ada sumber kewangan lain tapi dipaksa sama membayar cukai GST.
Apakah pihak universiti memberi tekanan seumpama itu maka pelajar akan jadi bodoh dan takut seperti yang ditunjukkan oleh ahli parlimen Barisan Nasional tidak berani menegur perdana menteri berbelanja boros ?
Semuga Mohd Fathihie Gadius tidak gentar menghadapi ujian ini.....
mungkin beliau jugak pernah berguling membantah perlaksanaan AES sewaktu ketika dulu.. hingga kini AES yang dimomokkan oleh puak pencacai sebagai satu sistem yang menzalimi rakyat yang membuatkan rakyat hidup tidak tenang.. sati sitem rimba.. namun sehingga harini tiada siapa pun yang pedulikan lagi AES kerana terbukti AES bukanlah seperti yang dimomokkan.. malah seperti gst jugak.. apabila perlaksaannya nanti tidak memberi kesan buruk yang nyata kepada rakyat maka modal menggunakan gst sebagai satu cara membangkitkan kemarahan rakyat akan gagal sekali lagi.. maka isu baru terpaksa dicipta.. begitulah sehingga PR mencapai matlamat... nak menguasai Putrajaya..
DeleteMmg lah AES dah tak jd isu sbb di tarik balik
DeleteLampu je nyala bas dan kereta ke Sg Besi laju eluk je
Brapa juta duit rakyat abis???
Semua org dr rakyat yg kaya hingga yg susah miskin terkesan krn tak ada yg terlepas kena gst So mana salah nya dia suara kan pendirian dia krn dia di antara rakyat yg kena gst sama lah jugak jika ada pelajar yg suarakan kekeciwaan kpd Khalid sbb Sgor tak ada air
ReplyDeleteItu aje la modal yang UITM ada. Ugut..ugut..ugut dan terus mengugut. Kat dunia ni jangan rasa kuasa yang ada kat tangan tu kekal selamanya. Esok lusa kena kat anak cucu sendiri, baru nak menyesal...
ReplyDeletejngan ingat malaysia ni negara demokrasi...xpernah ada dmokrasi pn..pndai2 la korang bwak diri..
ReplyDelete5 RUKUN ISLAM
ReplyDelete1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
nama tu cam edit je....
ReplyDelete