Sunday, 4 May 2014
KENYATAAN MB SELANGOR SOKONG GST TELAH DI PUTAR UNTUK BERIKAN PENTAFSIRAN YANG SALAH.
SHAH ALAM 4 MEI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenyataan beliau yang mengatakan menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan disalah tafsir.
Sebelum ini beberapa media melaporkan bahawa Abdul Khalid secara personal bersetuju dengan pelaksanaan GST.
“Saya perjelaskan pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan jika ‘gini-coeeficient’ adalah kurang daripada 4.5.
“Sehingga Kerajaan Persekutuan mengatasi masalah isu jurang pendapatan rakyat, maka pelaksanaan GST mestilah tidak lakukan,” kata Abdul Khalid dipetik laman Facebooknya.
Sebelum ini, Abdul Khalid berkata GST yang mahu diperkenal Kerajaan Pusat tahun hadapan belum sesuai dilaksanakan sehingga jurang pendapatan rakyat berpendapatan rendah dan menengah berjaya dirapatkan terlebih dahulu.
Hal itu kerana golongan rakyat yang berada dalam kelompok berpendapatan rendah dan sederhana masih lagi menjadi kelompok terbesar rakyat di negara ini.
Keadaan itu menyebabkan rakyat yang berpendapatan rendah terpaksa membayar jumlah cukai yang sama rata dengan golongan berpendapatan menengah bagi memperoleh barangan atau perkhidmatan yang sama.
Pada 1 Mei lepas, kira-kira 50,000 memenuhi Jalan Raja di Dataran Merdeka menyatakan bantahan besar-besaran terhadap pelaksanaan GST bermula April 2015.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Gini coefficient ape yg dimaksudkan Khalid?
ReplyDeletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Gini_coefficient
sy bukannya apa..tapi nampak mcm makcik omak kau ni suka sgt dgn MB la ni ..pasai apa..betui la dia pandai..tapi semacam punya syok ..tak rasa ka kami pembaca ni dok rasa2 semacam..biar la sokong semua..ada yg baik ada yg buruk..tapi ni semacam saja..
ReplyDeleteKo ni sepul kemut keliling ke...lantak omak kau lh..dia nk wtpe..dia punye blog biar je dia nk tulis ape..
DeleteOk la lg tu ...kalau setakat tu otak omak kau..len kali buh nama la..br tak jadi macai..tak pa lah..blog dia..
ReplyDeleteOmak kau dapat bayaran dari khalid MB la tu....tu pun tak tahu ke...senang je politik is money.
DeleteKhalid G dah mula pooosing....mesti punaisihat dah bagi nasihat yang menyongsang kan balik......
ReplyDeleteTak tau ler, Selangor ni! Jika ahli politik telus, bersih masaalah utama, air ke mana? Tapi UMNO/BN image dah bersih kerana ni! Hasmah Ali punye nephew rompak tak per!
ReplyDeletePencapaian Khalid tak begitu cemerlang atau hodoh tapi birocrasy Selangor cam mane sebenarnya? Telus ngan kecil2, yg besar sorok!???
Dengan khidmat korporatist yg telah dia laku, ngape pula dia perlu jadi MB??? Skarang image "MB" PR tak beza dari yg lain2 - nak tindas rakyat aje?
Yg asas - tak peduli PR atau BN. Governance yg dilaung2kan, transparency yg dijaja2 nak ke mana? Siapa nak accountable? Nanti pengundi hilang caya ngan politik, orang tak nak keluar mengundi, baru tahu !!!
Perlu ingat juga Selangor memang dah kehadapan segi ekonomi. Yg perlu bukanlah MB yg perlu diomong2kan brilliant tanpa tahap yg kurang terkritik ngan ciri2 adil.
Jika MB Selangor bertukar, yg baru tak boleh lengang dari kritikan yg mementingkan ciri2 yg membina lebih, tak peduli siapa!
Ah sudahla kau... sikit2 selangor. mcm negeri lain xde mslh. Mslh ni wujud tahun 2008 ke atas je. Seblm tu xde mslh... yg kelantan pulak mslh start 1992... Seblm tu xde mslh. sama je dgn negeri pakatan yg lain. Bila ada isu je, yg ditanya bukan mb, Tapi macai tah sapa2... kalau kat negeri korang, dari jkkkk sampai ke mb bg jawapan... ofkos jwpn elok2 je...
DeleteMane ado gene coefficient lebih dari 1.0 bila 1.0 adalah tahap "sempurna"??? Makna di syurga lah!!!
DeleteKa ka ka!!!
Lain kali kalau wartawan tanya, jgn terus jawab. Tanya balik soalan yang sama kat wartawan tu. Sebab wartawan tu saja nak 'provoke'. Nak uji your IQ.
ReplyDelete-bekas wartawan berita palsu-
Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhh
ReplyDelete