Friday, 2 May 2014

PEMBATALAN KEPUTUSAN PEMILIHAN CABANG BATANG SADONG, SARAWAK .... KENYATAAN CALON KETUA WANITA PUSAT, YB HAJAH RODZIAH ISMAIL.



Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KeADILan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Johari Abdul dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh parti telah menggantung Cabang Batang Sadong, Sarawak selepas mendapati sah penipuan berlaku semasa proses pengundian minggu lalu.

YB Dato' Johari Abdul turut mengambil tindakan tegas dengan mengesyorkan kepada jawatankuasa disiplin parti memecat pimpinan yang memenangi pemilihan cabang itu, termasuk ketuanya yang menang tanpa bertanding.

Setelah diberikan bukti kukuh beliau tanpa lengah dan membuang masa terus ke Batang Sadong dan  membuat siasatan bersama-sama dengan JPP Sarawak dan hasil siasatan berkenaan telah jumpa perbezaan-perbezaan yang luar biasa yang mencukupi untuk mengatakan berlakunya elemen penipuan.
Johari juga mendedahkan, seorang pengawas pengundian turut 'digantung' tugas kerana berkompromi dengan seorang calon bertanding jawatan tinggi parti.

Selaku salah seorang pencabar jawatan yang dianggap suatu pertandingan kekeluargaan, melahirkan rasa terkejut dan sedih jika apa yang diwar-warkan ini benar-benar berlaku .. Dari mula saya menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita Pusat moto saya ialah Tolak Politik Kotor dengan menawarkan Politik Beteraskan Nilai .

Nilai disini ialah nilai murni, bersih, cekap, integriti, amanah dan perihatin.

Tolak sama sekali politik kotor fitnah adu domba hanya untuk mengejar secebis sokongan .. mensensasikan suatu isu yang akhirnya akan meluka parahkan parti sendiri dalam jangka panjang setelah pemilihan tamat.

Biarlah kita bertanding dalam semangat
kekeluargaan dengan memberi tawaran kepada anggota parti hala tuju yang akan dipacu setelah diberikan mandat dan amanah.

Kalah menang adat pertandingan, tetapi biarlah Menang kerana diberi amanah Kalah Bermaruah. Tiada gunanya menang tetapi integriti dan nama baik parti teruk dan parah.

Mohon amat-amat dipusingan kedua ini tiada lagi insiden serupa berulang .. jadikan tindakan tegas JPP ini sebagai suatu amaran betapa Politik Kotor tidak ada tempat dalam KeADILan.

Bertandinglah sepertimana garis panduan yang disediakan.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sia sia gelaran hajah, menunaikan haji..

    tapi tolak hudud...
    pertahankan liwat
    masih memilih parti sekular..
    tidak memilih parti yg berideologikan islam..

    sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne nak dapat haji mabrur. salah pilih parti.
      Inilah akibatnya apabila mengsonglap duit lukisan a.samad said untuk tunaikan haji.

      kucar kacir hajah rodziah ni.

      Zuraida lebih berkemampuan!

      Delete
  3. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. PKR tolak hudup "secara bhemah".. Tp ttp dikira tolak..

    ReplyDelete
  5. Patutlah A. Samad said tak pernah nampak muka demo. Kena tipu hidup hidup dgn hajah tu rupanyer.
    Kurus kering ko balun duit dia dan kencing sastrawan negara tu ye hajah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...