Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menggunakan kuasa mereka dengan menggantung cabang Batang Sadong, Sarawak selepas mendapati sah penipuan berlaku semasa proses pengundian minggu lalu.
Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul turut mengambil tindakan tegas dengan mengesyorkan jawatankuasa disiplin parti memecat pimpinan yang memenangi pemilihan cabang itu, termasuk ketuanya yang menang tanpa bertanding.
“Setelah diberikan bukti kukuh dan saya tanpa lengah terus ke Batang Sadong dan buat siasatan dengan JPP Sarawak dan kita jumpa perbezaan-perbezaan yang luar biasa yang mencukupi untuk mengatakan berlakunya elemen penipuan,” katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini, Johari juga mendedahkan, seorang pengawas pengundian turut 'digantung' tugas kerana berkompromi dengan seorang calon bertanding jawatan tinggi parti.
Katanya, satu 'unit khas' sedang mengenalpasti beberapa cabang yang didakwa mempunyai masalah sama, masing-masing satu di semenanjung dan Sarawak.
“Saya nak ingatkan walau apapun keputusan sekarang, hanyalah sebagai formaliti.
"Keputusan sebenar yang akan diumumkan selepas 12 Mei mungkin berubah," katanya memberi petanda JPP akan menunjukkan kuasa mereka lagi selepas ini.
Aduan menyebut, ketika proses pengiraan undi di dalam tiga bilik hotel bajet di Batang Sadong, pintu lambat dibuka oleh pengawas pemilihan dan pada masa sama lampu padam ketika proses kiraan undi.
Ia menimbulkan kemusykilan berlakunya penipuan.
Sebelum ini, ahli Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkempen supaya pencalonan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ekoran peristiwa itu.
Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Azmin setakat ini belum berhasil.
eleh... gantung jer? kalau saya, tembak dgn senapang gajah.
ReplyDeletebetul ke pemilihan PKR parti yang suci lagi maksum ni????
ReplyDeleteSemua ini salah UMNo!! PkR sgt suci partinya... anugerah Tuhan la katakan.. ptuih....
ReplyDeleteMemang la pkr parti suci. Gerakan timur tengah pun menanti kedatangan pemimpin anwar utk selamatkan mereka tau tak?
DeleteAzmin
Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhhh
ReplyDelete