Friday 2 May 2014

SEMPENA HARI PEKERJA SEMALAM, NAJIB BAGI CEK "BACK DATED" BERTARIKH 31HB DISEMBER 2013 BERNILAI RM23,364.700 KEPADA CUEPACS!!!!!!!



KUBANG PASU 1 Mei - Kerajaan tidak akan mengurangkan bilangan penjawat awam yang kini berjumlah lebih 1.5 juta seperti diperkatakan oleh pemimpin pembangkang jika mereka memerintah negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan tetap menjaga kebajikan penjawat awam walaupun pada masa sama pembangkang berhasrat untuk menguncupkan saiz perkhidmatan golongan tersebut.

"Kerajaan tidak ada cadangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam seperti yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang. Mereka gambarkan sekiranya dapat kuasa, ada yang kata nak buang separuh daripada jumlah penjawat awam yang melebihi 1.5 juta ini.

"Mereka akan kuncupkan saiz perkhidmatan penjawat awam tetapi kerajaan hari ini tidak ada cadangan sedemikian," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 bertemakan Penjawat Awam Tiang Seri Negara di Dewan Wawasan Jitra, di sini hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri menggariskan lima prinsip yang perlu diamalkan oleh setiap penjawat awam demi memastikan transformasi negara berjalan lancar.

Beliau berkata, prinsip pertama adalah semua penjawat awan termasuk anggota pentadbiran perlu mempunyai ilmu agar mampu menjadi pemimpin di semua peringkat dengan cemerlang.

"Hal demikian kerana dunia berubah dengan pantas, jika kita ingin menjadi sebuah negara yang mampu mengemudi perubahan dengan pantas, budaya ilmu ialah asas pertama yang perlu kita ikuti. Kita perlu rajin membaca untuk menambah ilmu pengetahuan pada diri kita," katanya.

Prinsip kedua pula kata Perdana Menteri, kebolehpercayaan yang meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan diyakini serta mempunyai nilai-nilai murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat.

"Ini penting kalau rakyat biasa dari kampung datang jumpa kita, layan mereka dengan baik, kalau sesuatu yang munasabah dipohon patut kita beri kelulusan kepada mereka. Cara ini menambahkan kebolehpercayaan rakyat kepada kerajaan," katanya.


Katanya, prinsip seterusnya ialah budaya amalan kerja terbaik yang merupakan cermin kepada kewibawaan penjawat awam dan penjawat awam mesti mempunyai semangat patriotik dan menunjukkan rasa cinta kepada negara.


"Prinsip kelima ialah budaya keberhasilan yang berteraskan hasil. Ini penting bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja dengan bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI)," katanya.


Sempena majlis itu, Anugerah Bahagian CUEPACS Contoh dimenangi CUEPACS Pahang yang diterima Pengerusinya, Kamarulzaman Abdul Razak manakala bagi Anugerah Kesatuan

Cemerlang dimenangi Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU) yang diwakilinya Presidennya, Rosni Aziz.

21 comments:

  1. terjamin 1 juta und utk BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit pengeras utk terus undi umno?

      Delete
    2. Bagi2 sorang sejuta best jugak tu

      Delete
  2. 23,000.00 baru jer 1% daripada harga cincin. Itu pun KOPEK (cuepacs) nak bangga ker? poorah!!!!

    ReplyDelete
  3. Kalu I yg berkuasa....kuda kuda tua yg malas, tak layak, kerjanya ngampu bukan kerja hakiki, tak produktif, kerjanya ngelentong, nipu, temberang semuanya I tendang keluar termasuklah kepala ketuanya. Ituler tindakan I utk kuncupkan....

    Ada berani bg I berkuasa..?

    ReplyDelete
  4. .....Tahniah blogger alamijiwaparadox.blogspot....video u tube terbaik selepas video unit anal vs samm......kebanyakkan pendemo ni makna GST pun tak tau...nak faham GST lagi la macam cipan....tahap quality low class IQ paling kroonik yang disondol oleh Anwar Ibrahim sama macam IQ anwar ibrahim lulusan biasa biasa dari UM .. pada pencacai....bahana terlalu banyak dengar ceramah bohong anwar Ibrahim....Nampak sangat pencacai ni pemalas nak membaca dan cari info pasal GST....Pada Masyarakat Malaysia terutama pada manusia MELAYU kurangkan dengar ceramah politik dan kurangkan juga ceramah ugama tak ade feadah dengar ceramah....tolong banyakkan membaca kurangkan ceramah sia sia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ye ye banyakkan menonton aktiviti lagha macam program realiti tv sampai dah tua kerepot masih nk melalak kilauan emas lagi....datang malaikat maut tengah dok melalak langsong takleh nk mengucap.....ye pencacai2 PM mu penoh jadi ime mano2 solat ko bak ghoyak sini.....baca do'o pon tokse......tapi gi Batu Caves masa Taipusam suko sokmo.....hu hu hu....munafik...

      Delete
    2. ...aloo 12.52 bodo mu ghoyak apo....banyak kan membaca bukan menonton dan dengar ceramah....bodo mu...

      Delete
    3. Anon 12:45 jealous la tu peserta anti gst ramai yg hadir cecah puluh ribu orang... kalau umno yang buat demo nak cari peserta 500 org pun susah.. walau ada acara menarik dalam demo tu macam tonggeng punggung dan semelih ayam

      Delete
  5. Kalau dah cheque tamat tempoh serupe macam tak berilah....he he he menipu memanjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit sebenar dah masyukkkk dan mungkin dah nak abis pun. Tu replika aje tur

      Delete
  6. yang tak tipu PR.. isu 40k bangla adalah contoh terbaik... itu fakta!!! kahkahkahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu polis sanggup siasat betul2, jumlah dia mungkin mencecah 100 ribu!!!!

      Setakat nafi, budak tadika pun boleh...

      Delete
    2. Kahkahkah.. lawak sial anon15:16.. ada hati nak pertahankan tipu yg anugerah tuhan sendiri nafikan sekarang???

      Delete
  7. macai lembu nfc kata,ala bio la check tahun lepas pun kalo najib yang bg yg salah pun jadi betul.pemimpin maksum la katakan..

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nfc yg cuma 1 keluarga bole bg sampai ratus juta. Cuepacs yg 1.5 junta ahli, 23 junta aje???

      Pelik betul......

      Delete
  8. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. hurm...klu kepala atas x kreatif & inovatif x guna gak...idea org bawah yg muda2 bkan nak amik kira...puiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

    ReplyDelete
  10. laaa. Tak Tumbang lagi ke NAjib????

    Penat aku and the gang terajang bas, bangunan , kasi terbalik lrt..tapi tak tumbang tumbang jugak Najib. ni. sialan

    ReplyDelete
  11. Ini sumer poyo..... haktuihhhhhhhhh

    ReplyDelete
  12. patut pun kata org khianat. rupa rupanya dia yg khianat pejawat awan. pecat dia !!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...