Friday, 2 May 2014
TAN SRI KHALID PEMIMPIN BERJIWA BESAR BILA ENGGAN MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR UNTUK PENGGAL KETIGA!!!
Bila pengumuman dibuat secara terbuka ini maka tidak perlulah ada gerakan mau menolak beliau ... tidak mabuk dengan kuasa yang ada tetapi sekadar mau menyudahkan beberapa dasar demi kebaikkan rakyat yang tertangguh.
Sebagai Dato' Menteri Besar Selangor kemampuan dan kebebolehan beliau menjadi pentadbir yang hebat sudah terbukti dan tiada siapa boleh menidakkannya.
Kini perlu diberikan peluang kepada beliau untuk membantu Pakatan Rakyat merampas Putrajaya dengan menjadi pentadbiran Selangor yang diterajuinya selama dua penggal sebagai contoh hidangan untuk rakyat menilai.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk tidak memegang jawatan Menteri Besar selepas penggal ini dibuat atas kemahuan sendiri dan bukan desakan parti PKR atau Pakatan Rakyat (PR).
Beliau yang juga calon Timbalan Presiden PKR berkata keputusan itu dibuat lebih awal dan mengambil kira cara pentadbiran kerajaan di negara maju yang kebiasaannya memegang dua penggal sahaja.
Katanya, langkah berundur membolehkan legasi kepimpinan di Selangor dipegang pemimpin lain untuk membawa negeri ini ke aras lebih tinggi.
“Kita ingin mencontohi kerajaan lain seperti Amerika Syarikat dan kita juga ingin cadangkan kepimpinan parti politik dan negara untuk mengikut cara sama.
“Ini perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada orang lain, jika tidak kita akan berada di takuk sama menyebabkan tiada idea atau inovasi baru,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan sempena sambutan Hari Pekerja 2014 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Padang Timur, Amcorp Mall di sini, semalam.
Kelmarin, melalui laman sosial Facebook, Abdul Khalid menulis tidak bercadang untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal yang ketiga namun akan menghabiskan khidmatnya sehingga akhir penggal ini.
Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata penguduran yang diumumkan itu tertakluk kepada jawatan Menteri Besar dan akan mempertimbangkan peluang lain jika diberi kepercayaan.
“Saya tidak akan menerima sebarang jawatan Menteri Besar lagi tetapi jika ada lain, saya perlu putuskan (tawaran).
“Untuk (jawatan) Menteri Besar saya rasa sudah cukup, tiba masa beri pada orang lain untuk menyambung tanggungjawab ini,” katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Taib Mahmud 33 tahun jadi KM S'wak bergelar super billionaire dan kini lantik diri sendir jadi TYT. Tan Sri Khalid Ibrahim 2 penggal jer? Rugi rugi rugi.
ReplyDeletepatutlah ada sorang tu nak sangat jadi MB SELANGOR!!! Rugi rugi rugi.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIni sumer poyo.... haktuihhhhhhhhhh
ReplyDelete