Monday 7 January 2013

AKHIRNYA BLOGGER PRO UMNO TOTOK, MENGAKU DIA KAKI FITNAH DAN MELUTUT MOHON MAAF DARIPADA YB KHALID SAMAD!!!!!


Seorang blogger mesra-Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ekoran artikel memfitnah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Blogger tersebut dikenali dengan nama Dr Novandri yang memiliki blog Minda Intelek Melayu (MIM) memohon maaf di hadapan hakim sebentar tadi.


Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop (paderi Kristian) itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.


Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu artikel dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.



Perbicaraan bermula jam 9 pagi tadi dengan kedua-dua plaintif dan defendan hadir di mahkamah yang agak sesak dengan kehadiran puluhan penyokong Pakatan Rakyat.


Khalid dwakili peguam PAS, Hanipa Maidin manakala Novandri membuat pengakuan tersebut tanpa diwakili mana-mana peguam Umno sehingga ditegur mahkamah beberapa kali.


Beberapa blog pro-Pakatan Rakyat sebelum itu mendakwa Dr Novandri merayu kepada Khalid supaya menyelesaikan saman tersebut di mahkamah namun Khalid menegaskan ia menjadi pengajaran berguna kepada sesiapa yang cuba memfitnahnya.


"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar Khalid menerusi panggilan telefon sebelum masuk ke mahkamah.


Manakala beberapa bloggers Umno turut mendesak agar Dr Novandri diwakili peguam Umno bagaimanapun sehingga pengakuannya tadi tiada seorang pun kelihatan hinggalah muncul di saat-saat akhir.


Blognya juga memaparkan permohonan maaf sebagai syarat penyelesaian di luar mahkamah.

SEPATUTNYA BLOG BELIAU DITUKAR NAMA DARI MINDA INTELEK MELAYU (MIM) KEPADA MINDA MEMFITNAH MELAYU (MMM)

.
INGATKAN HEBAT DAN BERANI...RUPA-RUPANYA MACAM PRESIDEN UMNO JUGA... KAKI BACUL. PENAKUT, MENIKUS KECUT PERUT..

SEBAB ITU KERAP KALI OMAKKAU KATA... KALAU CAKAP UMNO BOLEH PERCAYA... KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.


12 comments:

  1. A'kum

    Biasan yang baik.
    Mohon kungsi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan.. tidak perlu bayar royalti.

      Delete
  2. Minda intelek macai

    ReplyDelete
  3. salute u bro...

    ReplyDelete
  4. SubhanAllah,
    Nampak cerdik, ada title dan ilmu duniawi ok kot.
    Tapi tak takut janji Allah dan RasulNya..... Pegi kuliah dan tanya ustaz yang betul BUKAN ULAMAK UMNO..... sijil depa buat kesat minyak hitam saja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz yang betul BUKAN ULAMAK UMNO?!...bidang pengalaman pengajian ustaz / ulamak sememangnya berbeza dgn kita samada rakyat profesional atau tidak. Mereka satu tahap tinggi dari segi agama berbanding kita. Tuan lebih arif ke berbanding ulamak umno? Kalau tak...jangan hentam tuduh sebarangan yg tu betul ini tak betul.

      Ulamak / Ustaz Yang Mana Satu Betul Ni?
      ---------------------------------------
      Timbalan Murshidul Am,Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam,mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur. Ketua Dewan Ulamak PAS,Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah.

      Tapi...Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu kata parti PAS sokong kalimah Allah seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010 - Malaysian Insider. Hadi ni ulamak jugak. Malaysian Insider ni pro-pembangkang. (Ini bukan fitnah aa)

      Jadi..ANTARA ULAMAK2 DALAM PAS..mana 1 yang betul? Dalam PAS pun celaru...

      -ZAs-

      Delete
    2. celaru ulama pas at least on perkara yg mmg byk perselisisihan pendapat... tak tau ke kt sarawak kalimah Allah mmg dh lama diguna pakai, tp Alhamdulillah, takde pulak kami sekeluarga murtad... tp yg musykil ulama umno sip ikut sedap kata tiada jihad kat palestine, tetapkan hukum ikut sedap tanpa ilmu mendalam.. sila rujuk penjelasa dr asri regarding this matter... and ulama umno jugaklah yg dgn selamba mempertikaikan yusof qardhawi... hmm..camne tu ek?... so, sebelum u nk kutuk mat sabu, tanya dulu ilmu agama you sama setanding ke dgn beliau.... ? audit diri dulu saudara.....

      Delete
  5. Salam,

    Jgn mengata orang. OMAK KAU!!! pun ada fitnahnya. Cth : Gambar2 MB Perak di Majlis Perasmian Syair di Pulau Pangkor pada Disember 2012..dikatakan tak ramai yang hadir tapi sebaliknya (tangkap gambar time belum mula majlis, ada gambar Zamry tapi dari tepi). Cuba la tangkap dari view depan ke belakang dlm 1 gambar). Dah cabar admin untuk buktikan tapi sonyap aje.... Kan? Tak kan OMAK KAU!!!! tak ada fitnah, cermin diri beb :(

    -ZAs-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesitu la pulak....kalah wat cara salah ler beb...

      Delete
    2. oppps, ye ke?.. mcm biasa buat je ... ke org umno selalu buat fitnah camtu?... kasheeehannnnn...

      Delete
  6. Ala... muka tebal 2inci. Minta maaf je. Apa barang.
    Tak pakai loyar pun. Duit tak pakai pun.

    Tengok blog dia. Dok fitnah dan mengutuk kot tu jugak la.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...