Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota
tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih
Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri
Najib Tun Razak
mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari
terus berlaku.
Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang
menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan
Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko
sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan
kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau
sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah
Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang
dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan
Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong
Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh
Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan
penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong
iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak
itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan
lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara
berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):
1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang
didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk
Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang
benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman
www.dehres.com;
2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet
Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian
satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000
kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman
wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co
Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa
barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin
berlian bernombor Lot DR2763;
5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC)
menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan
terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan
contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa
cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan
butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois
dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta
(bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti
yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone
Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);
8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu
padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya
Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa
pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau
melalui syarikat-syarikatnya;
9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar
USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4
September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman
wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa
siri pembayaran kepada syarikat itu;
10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini
menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut
mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia
dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan
Carpet Plus Sdn Bhd; dan
11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa
pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah
Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).
Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah
berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor
adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau
menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.
Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang
mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada
Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan
umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan
kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang
berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Wahai sekalian rakyat Malaysia, terutamanya org kebanyakkan mcm saya ni.. Saya menyeru ko orang semua untuk meneliti betul-betul apa yang ditulis oleh RR diatas. Saya harap perkara di atas adalah tipu semata-mata. Tapi saya menyeru kpd SPRM/POLIS terutamanya menyiasat tuduhan diatas, TOLONG BUKTIKAN IANYA HANYA FITNAH!! Klu pihak berkuasa berdiam diri, kami anggap tuduhan ini adalah satu salah laku yg amat serious oleh orang No 1 Malaysia... Saya doakan orang terlibat dlm penyelewengan ini mendapat hukuman di atas muka bumi ini supaya menjadi pengajaran pada yang lain.. wallahuallam.
ReplyDeleteYang kuat buat fitnah ni UMNO. Tuduhan tanpa bukti dan direka-reka bukti adalah UMNO. Canang fitnah kat media perdana UMNO.
ReplyDeletePembangkang dedahkan skandal pemimpin UMNO ni di Parlimen. Siap dengan bukti bukti.
nnt akan ada filem bertajuk..Cahaya Semakin Suram buat Ameno huhuhuu..produser2 filem dh boleh cari org tulis skrip..pasti meletup
ReplyDeletekalau betul kenapa semua link gambar tu dah broke ..? dari lnik rafizi punya server ni bukan dari link mana2 pautan.. http://rafiziramli.com/wp-content/uploads/2013/01/12.jpg .. kenapa dia delete ..?
ReplyDelete