KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 2 January 2013

PELAKON WANITA ANAK PONTIANAK DIDAKWA MEMILIKI DADAH ERIMIN 5 BERSAMA TEMAN LELAKINYA.

Pelakon wanita, teman lelaki didakwa miliki Erimin 5

PETALING JAYA, 2 Jan — Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dua biji pil disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Dis lepas.


Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Feb untuk sebutan kes. — Bernama

4 comments:

  1. Ala...takde hal punya.

    Anak Azean Irdawaty yg ada kilang dadah pon hanya kena denda RM5000 tanpa penjara.

    Dua butir pil. Apa barang. Malaysia ni artis kes dadah semua boleh kowtim punyalah.



    ReplyDelete
  2. artis Malaysia x hbs2 dgn kes dadah (bukan semua)..apa nk jadi ???

    ReplyDelete
  3. Bilala Jamal Abdullah nak dapat Datuk..... Hehehehehe

    ReplyDelete
  4. jamal abdulah pakai baju bn ari tu, gerenti dpt dato; siap dapat supply dadah free lagi nnt..hehe

    ReplyDelete