Jangan kaitkan Perkasa dengan Umno

GEORGETOWN - Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam  A.Tanasekharan hari ini diberi amaran keras oleh Speaker Dewan, Law Choo Kiang kerana mengaitkan Perkasa dengan Umno.


Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan Perkasa untuk mengadakan demonstrasi anti-kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum.


"Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.


Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Adun (BN-Pulau Betong) Muhamad Farid Saad  menuntut Law, meminta agar wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut.


"Umno adalah Umno, Perkasa adalah Perkasa. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara.


"Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid. - Bernama

PERGH!!!!!... BETAPA HINANYA PERKASA SEKARANG INI DIMATA UMNO...HABIS MADU SAMPAH DIBUANG... PERKASA KINI SUDAH DILIHAT MACAM NGO YANG TIDAK MEMBAWA UNTUNG KEPADA PERJUANGAN UMNO.

KALAU PERKASA MASIH TAK SEDAR DIRI.. TAK TAHU NAK CAKAP APA..SELALU JIKA PERKASA CUKUP RAPAT DIHATI UMNO SUDAH PASTI ADUN UMNO/BN TIDAK MELENTING JIKA PERTUBUHAN ITU DIKAITKAN DENGAN UMNO.

JELAS SEKARANG PERKASA UMPAMA KEDATANGAN MU TIDAK DIUNDANG PEMERGIAN MU TIDAK DIHALANG MALAHAN AKAN DIHAMBAT.