Thursday 4 July 2013

PENYOKONG TEGAR SLOGAN 1M'SIA DIHERET KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN MENERIMA RASUAH??????


Tertuduh, Azhar (depan) dan Md Salmi berpakaian baju T kelabu logo 1M'sia(belakang, kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen 2 Alor Setar, semalam atas pertuduhan rasuah.
ALOR SETAR - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan pengusaha kafe dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini semalam atas pertuduhan menerima suapan berbentuk rasuah sebanyak RM500.

Bagaimanapun tertuduh, Inspektor Azhar Esa, yang berkhidmat di Bahagian Ketenteraman Awam Cawangan Pengiring Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar dan Md Salmi Jamaludin, 27, yang mengendali sebuah kafe di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sini, mengaku tidak bersalah.

Azhar, 33, dituduh menerima suapan wang tunai bernilai RM500 itu melalui Md Salmi daripada Mohd Khairuldin Othman, 22, sebagai sogokan supaya melepaskan sebuah motosikal yang disita di bengkel Reng Maa Motor, Jalan Kota Tanah, Alor Setar, pada 2 Februari 2012.

Motosikal itu kemudiannya dibawa dan disimpan di Bahagian Trafik IPD Kota Setar.

Manakala Md Salmi pula dituduh menerima suapan RM500 daripada Mohd Khairuldin sebagai dorongan untuk melepaskan motosikal itu yang disita di bengkel Reng Maa Motor oleh polis Trafik IPD Kota Setar pada tarikh sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Februari 2012 kira-kira jam 5 petang di gerai Medan Kota, Jalan Pegawai dekat sini.

Azhar didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), manakala Md Salmi mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta 694.

Kedua-duanya tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama jika disabitkan kesalahan.

Mengikut akta tersebut kedua-dua tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada akhir pendakwaan, Hakim Mohd Rosli Osman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 5 Ogos depan untuk perbicaraan serta bagi membolehkan tertuduh melantik peguam masing-masing.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Syahrul Khuzaini Amiruddin menjalankan pendakwaan.


PUNYALAH SOKONG KUAT SLOGAN 1M'SIA...SAMPAI PERGI MAKAHAMAH SEBAGAI TERTUDUH PUN PAKAI BAJU YANG ADA LOGO 1M'SIA.... SIKIT PUNYA BESAR KE LOGO 1M'SIANYA.

3 comments:

  1. Umno bn memang terkenal ngan rasuah. Dari pemimpin atas sampai kebawah termasuk ahli biasa semua rasuah. Rasuah tiada berpisah dgn umno.

    ReplyDelete
  2. tuan!kenapa perlu tutup kepala.apa istimewa nya hang hingga boleh tutup kepala dan tidak pada orang awam.kenapa?malu?masa buat dosa hang tak ingat Allah swt dan berasa malu.la ni hang berasa malu pulak pada pengetahuan awam.tu la bila iman tolak tepi bila berkerja.hang kena letak agama dihadapan dlm apa jua hal.tak rasa malu ker bila kalimah Allah swt dan nama Rasulullah di junjung bila bertugas.apa jenis manusia hang nie.

    ReplyDelete
  3. Dok rok sekepeng set nih....rm 500 pun nyo gomo...Bahe parok gak sikit. .baru kelah tutup muko tuh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...