Thursday 1 August 2013

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR KEMALANGAN MAUT PEMAIN SENIOR HOKI NEGARA.



KUALA LUMPUR
: Pemain senior hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam satu kemalangan di lebuhraya Damansara-Puchong dekat Kelana Jaya pagi tadi.

Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.

Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,"

Berasal dari Bukit Cina Melaka, Chua adalah salah seorang pemain hoki kebangsaan paling lama berkhidmat untuk negara.

Beliau memulakan kareer seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain untuk Sukan Komanwel 1998 .

Mendiang yang mempunyai lebih 300 cap mewakili negara pernah muncul dalam dua final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009 .

Kali terakhir beliau beraksi untuk negara ialah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bahru.

5 comments:

  1. Mohd Riyan Adli1 August 2013 at 09:46

    Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.

    ReplyDelete
  2. Satu2nya player yg mantap dri segi fizikal n skill.

    ReplyDelete
  3. semoga di tempatkan disisi orang beriman

    ReplyDelete
  4. Jangan2 ada konspirasi umno agaknya sebab semua bentuk jenayah memang dirancang oleh umno laknatullah tengok je ketua mywatch tu kan konspirasi umno dan polis.

    ReplyDelete
  5. Ape la bodoh sgt ko nk msok kan politik2 bangang ni...rosak btl la pemikiran org2 mcm ko ni...kematian tu xkire politik ke umno ke pkr ke lahanat2 mne pon..klu da tetulis ajal die ko nk ckp konspirasi ape???....rosak org melayu disebabkan politik bangang kt malaysia ni.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...