Tuesday 8 January 2013

BN SELANGOR BERGOLAK KENCANG!!!!... UMNO DAN MIC BERGADUH BESAR BEREBUT PARLIMEN KOTA RAJA!!!!!!...BERITA BURUK UNTUK UMNO/BN TAPI BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT.


Semalam bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Amza Umar desak pucuk pimpinan BN memberikan ruang dan peluang agar Parlimen Kota Raja ynang menjadi kerusi tradisi MIC semenjak diwujudkan kepada UMNO pada PRU 13 nanti.

Pengundi Melayu  maukan calon Melayu bertanding kerusi parlimen Kota Raja dalam pilihanraya umum ke 13, kata kata bekas ketua beliau.Umno 


“Sentimen orang Melayu di kawasan ini mereka mahu orang Melayu yang bertanding kerusi parlimen Kota Raja.


“Mereka mahu BN meletakkan calon dari Umno bertanding di kerusi parlimen tersebut. Mereka juga calon Umno untuk kerusi DUN Seri Setia.


“Inilah yang dimahukan oleh orang Melayu dan NGO-NGO Melayu di Kota Raja,” katanya.


Amzah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sentimen pengundi di Kota Raja menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.


Pada pilihanraya umum 2008, MIC bertanding dua kerusi iaitu parlimen Kota Raja dan DUN Seri Andalas. Kerusi parlimen dimenangi calon PAS, Dr Mariah Mahmud setelah mengalahkan calon MIC S. Vigneswaran  dalam pilihanraya umum 2008 manakala Seri Andalas oleh Dr Xavier Jeyakumar.


Manakala beliau sendiri yang bertanding di DUN Seri Muda sebagai wakil UMNO kalah kepada calon PKR, Suhaimi Shafie dengan majoriti 5974 undi dimana pada PRU 2004 beliau menang dengan majoriti 5202 undi.

“Perkara ini tidak pernah berlaku di mana-mana kawasan lain di mana MIC mendapat kerusi parlimen dan kerusi negeri manakala Umno hanya satu kerusi DUN.

“Jadi di sini (Kota Raja) kita mahu kerusi parlimen dan Seri Muda diberikan kepada Umno, manakala kerusi DUN Seri Andalas dikekalkan untuk MIC,” tambah beliau lagi.

Desakan beliau telah mengundang padah dan reaksi keras dan pedas dari Ketua Pemuda MIC Selangor
Shanker Raj yang berkata beliau percaya orang Melayu masih menyokong calon MIC dalam pilihanraya umum ke 13.


Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Kota Raja menganggap mana-mana pemimpin komponen BN yang mendakwa orang Melayu tidak mahu calon MIC sebagai kenyataan peribadi.


“Hubungan masyarakat India dan Melayu adalah kukuh,” katanya ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Umno Kota Raja, Datuk Amzah Umar bahawa pengundi Melayu di parlimen itu mahu calon Melayu bertanding di kerusi berkenaan.


Shanker memberi amaran kepada sesiapa saja yang cuba untuk merosakkan keharmonian masyarakat Kota Raja.


Beliau juga menyeru supaya  jangan cuba mempermainkan sentimen perkauman dan memecah belahkan hubungan mereka.


Menurutnya, kerusi Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas merupakan kerusi tradisi MIC.

BELUM BERTEMPUR ...BN SESAMA SENDIRI DAH BERGADUH BESAR MEREBUT KERUSI...JIKA MENANG NANTI BEREBUT PULA NAK ROMPAK TANAH DAN HARTA NEGERI.

HEBOH DAN JAJA SATU DUNIA KATA KESEPAKATAN DAN KESATUAN BN AMAT KUKUH DAN JITU.... HAKIKATNYA TIDAK BEGITU.

MEMBUKTIKAN UMNO LANGSUNG DIHORMATI APATAH LAGI DIGERUNI OLEH PARTI-PARTI KOMPONEN BN...

KATA-KATA YANG SEMUA PARTI KOMPONEN PATUH PADA KEMAHUAN UMNO ADALAH TIPU DAN PALSU BELAKA.

KEHARMONIAN DALAM BN PUN UMNO TAK MAMPU NAK URUS TADBIR...APA JAMINAN UMNO MAMPU MENJAGA KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA INI.

UMNO DAN MIC BERGADUH.....RAKYAT TEPUK TANGAN.


3 comments:

  1. MIC ni kebajikan kaum India pun tak terbela.
    Macam mana nak layan orang melayu.

    ReplyDelete
  2. I suspect UMNO in KOTA RAJA are PKR people...thats the fact!

    ReplyDelete
  3. Pemandu petronas cup prix 2013 sokong pas? Lihat Sini atau adakah Bn?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...