Wednesday 23 December 2015

VAPE SUATU ISU YANG MEMENINGKAN KEPALA.



Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan rokok elektronik dan vape seperti mana pengharaman shisha sebelum ini selepas mengambil kira faktor kesihatan dan pembaziran.

Dalam Islam, apabila sesuatu perkara itu hukumnya haram, bermakna berdosa besar jika orang Islam masih melakukannya walaupun mengetahuinya seperti kesalahan kerana tidak solat, tidak puasa ataupun mencuri.

Selepas Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa itu Jumaat lalu, adakah pengguna vape dalam kalangan orang Islam meninggalkan perbuatan itu? Cukup yakin dan percaya ramai yang tidak peduli seperti mana fatwa haramnya menghisap rokok dan shisha yang telah lama dikeluarkan.

Ini berlaku kerana kerajaan Pusat sendiripun tidak menghalang penjualan vape. Pendek kata, vape masih boleh diniagakan dan digunakan sebebasnya. Sama seperti isu rokok cuma kerajaan mengenakan peraturan seperti rokok tidak dijual kepada mereka yang 18 tahun ke bawah dan ke bawah dan tempat mempamerkan pelbagai jenama mesti tertutup.

Namun, adakah peraturan-peraturan ini dipatuhi? Sukar untuk menjawabnya. Tepuk dada tanya selera.

Dalam isu vape ini, Kementerian Kesihatan Malaysia dikatakan pernah cuba mengharamkannya tetapi Kabinet membatalkan arahan itu dengan alasan mahu menjaga usahawan Melayu yang terlibat dalam industri vape.

Alasan itu sebenarnya lebih kepada politik. Sepatutnya kerajaan memikirkan rakyat secara keseluruhan. Kalau perniagaan itu mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan, keputusan perlu melangkaui kaum.

Kebanyakan peniaga-peniaga vape anak-anak muda Melayu tetapi sebahagian besar pengedar dan pembekal adalah bukan Melayu. Jadi alasan Kabinet itu boleh dipersoalkan.

Walaupun bercanggah dengan arahan Kabinet, Kementerian Kesihatan tetap mengambil tegas dengan merampas cecair vape yang mengandungi nikotin dan berperisa ganja mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.

Ketegasan Kementerian Kesihatan itu menyebabkan Menterinya, Datuk Seri Dr. S Subramaniam dituduh tunduk dan telah dibeli oleh syarikat-syarikat pengeluar rokok.

Budaya vaping dikatakan telah menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat pengeluar rokok dan dalam masa yang sama syarikat terlibat perlu membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan.

Dalam hal ini, kita lihat ‘nada berbeza’ antara Kabinet dan Kementerian Kesihatan. Kita sebagai rakyat jelata jadi pening. Apatah lagi peniaga-peniaga vape.

Dan kerana itulah, tidak mustahil fatwa haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya akan dipandang sepi.

Begitupun, Kerajaan Johor dan Kelantan berbeza pendirian dengan kerajaan Pusat. Walaupun ramai peniaga mengadu menanggung kerugian namun kerajaan kedua-dua negeri itu tetap tegas mengharamkan penjualan vape bermula 1 Januari 2016.

Negara jiran, Singapura, telahpun mengharamkan vape berkuatkuasa 15 Disember lalu.

Namun begitu, keputusan Johor dan Kelantan untuk mengawal penggunaan vape itu dijangka memberi kesan besar selagi kerajaan Malaysia atau lebih khusus lagi Kabinet, tidak berfikiran sama seperti kerajaan Singapura.

Mengapa penggunaan vape menjadi popular sekelip mata? Alasan vaping cara terbaik untuk menghilangkan ketagihan merokok tidak masuk akal. Kalau mahu berhenti merokok, pergi saja Klinik Berhenti Merokok yang disediakan Kementerian Kesihatan di hospital daerah dan poliklinik. Kerajaan sudah berbelanja berjuta Ringgit untuk kempen Taknak Merokok kenapa tidak memanfaatkannya?

Buruknya vape ini apabila bukan perokok pun turut menggunakannya. Pengguna bawah umur termasuk pelajar sekolah pun semakin meningkat. Begitu juga pengguna wanita. Berkepul-kepul asap kononnya ‘naga’ betina’ seperti yang ditunjukkan dalam rakaman video di laman sosial. Bertudung pulak tu, Sungguh menjengkelkan.

Ada juga ibu bapa yang mengajar anak kecil menghisap vape. Alasannya sebagai hiburan kerana asapnya yang banyak. Ibu bapa jenis apakah itu?

Pendek kata isu vape ini takkan selesai selagi kerajaan tidak membuat pendirian tegas dan tetap. Tidak bolehkah Kabinet mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya keluarkan garis panduan atau peraturan untuk peniaga-peniaga vape untuk diguna pakai pihak berkuasa tempatan seluruh negara.

14 comments:

  1. SHAH ALAM - Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.

    Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

    “Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah.

    “Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah.

    “Sesiapa rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

      " Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."

      Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

      Jesse Labu Keadilan N9ERS

      Delete
    2. PAN BIKIN "U-TURN", ENGGAN PERTAHANKAN MAT SABU!!!

      Aik!!! Dah 'Pusing' pulak? Hari tu beria - ia sangat diorang ni nak mempertahankan kemaluan Si Mat Sabu tu jika ada orang ambik tindakan undang - undang terhadap Presiden mereka.

      Tapi sekarang, lain pulak yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin parti yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu. Dia kata, semua tanggungjawab yang dilakukan oleh mana - mana perlu ditanggung sendiri.
      “Dalam AMANAH (Parti Amanah Negara), kami tidak punyai masa untuk ‘backing’ mana-mana pimpinan hatta presiden kami jika beliau tersalah langkah,” kata Pengarah Hubungan Antarabangsanya.
      Kata dia, semua pihak dalam parti itu perlu berhati - hati dalam segala tindak tanduk mereka atau mengeluarkan kenyataan kepada umum supaya ia tidak mengelirukan orang rramai.
      “Semua bertanggungjawab atas diri masing-masing seperti mana ditekankan dalam Surah Al-Anam ayat 164,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
      Mohammad Tazli berkata, mana-mana pihak dalam parti itu perlu menarik semula kenyataan atau membuat penerangan yang terperinci jika membuat kenyataan yang tidak dipersetujui masyarakat.

      Beberapa pemimpin tertinggi parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu sebelum ini membuat beberapa kenyataan yang mengelirukan orang ramai dalam isu akidah dan undang-undang negara.

      Situasi itu menyebabkan rasa kurang sedang sebahagian besar pemimpin dan penyokong - penyokong Pakatan Harapan memandangkan parti itu merupakan salah sebuah parti gabungannya.

      Termasuk la dengan Si Mat Sabu tu apabila dia membuat tuduhan terhadap PAS yang didakwa telah diresapi dengan fahaman pihak Ekstremist seperti gerakan militan ISIS di Iraq.

      PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS Pro-Pakatan Rakyat yang disingkirkan pada pemilihan parti itu Jun lalu kerana dilihat terlalu tunduk kepada kemahuan puak - puak DAPigs. Maka sebab itulah diorang dilabel sebagai 'Pentaksub' dan 'Pengampu' DAPigs!!!

      Delete
    3. Atas alasan2 diatas, baik abang Mat resign. Bagi jawatan tu kat Mujahid

      Delete
    4. Nsjib resign. Bagi jawatsn kat muhidin

      Delete
  2. Bila PAN berpecah, golongan Jim akan buat parti baru namanya Vape Amanah Negara atau VAN.


    Satu PAN siaikong oleh DAP, satu lagi VAN yg didalangi oleh JIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno pecah. Org2 besar ikut najib. Org bawahan ikut muhidin. Pru14 umno kena boikot. Org cina mca gerakan undi PH

      Delete
  3. Tajuk berkenaan vape tapi bongok2 di atas komen tentang Syiah. Ada pergi sekolah tak?

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam
    Reformis Selama-lamanya

    ReplyDelete
  4. Punca masalah vape, rokok pub,kelab malam,peraturan,judi dan sebagainya banyak. Tetapi punca kepada segala masalah ialah umat islam sekarang sudah hilang nilai islam pada diri, sudah tiada Iman dan taqwa. Apabila majlis fatwa mengharamkan vape , maka seseorang yg beriman akan bertindak seperti berikut;-
    - Para remaja akan meninggalkan amalan menggunakan vape kerana takut melakukan perkara haram yg akhirnya mendapat azab Allah swt.
    - Ibu bapa pula akan sentiasa menasihat dan memantau dan melarang anak2 drpd terlibat dgn vape.
    -Para peniaga pula akan menghentikan penjualan vape kerana sedar rezeki yg diperolehi adalah rezeki haram,daging anak isteri yg tumbuh hasil rezeki haram hanya layak masuk neraka dahulu.
    - Kerajaan yg beriman akan terus mengeluarkan arahan mengharamkan vape kerana takut mereka bersubahat dgn perkara haram kerana yakin orang yang bersubahat melakukan perkara haram, dosanya adalah sama dgn mereka yg melakukannya.
    Jadi nampak ke tidak punca segala masalah? Tiada Iman dan taqwa,halal haram perkara no 2, no satu ialah wang,wang,wang,

    ReplyDelete
  5. Sembang sahaja semua.

    nak haramkan vape!?
    haramkan rokok!

    Pertikaikan lah apa pembabitan kerajaan untuk rokok!?
    ada usaha nak band rokok? x de, siap buat kepen, x nak rokok seludup.

    ape ke jad!?

    pas2 nak cakap vape ni perosak golongan anak2 muda.

    Rokok dah lama bertapak dan kebanyakan perokok datang dari golongan muda jugak! ada gov. beria-ia nak buat hujah mcm vape ni?
    x de jugak kan

    senang kata semua sembang lebat sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika semua dapat menjauhkan diri daripada perkara haram, tak jadi masalah. Biarlah peniaga melayu yg nama saja islam tetapi bertuhankan wang menjalinkan vape, jgn beli ja. Lama2 bila tak laku, mereka dgn sendiri stop penjualan vape ni. Nak harapkan kerajaan tolong umat islam kat malaysia ni,,lama sangat dah kita berharap, bukan berkurang, bertambah ada.

      Delete
  6. mamgkok hayun betul...
    ada bnyak perkara haram di mlaysia ni.
    rokok haram..
    judi haram..
    arak haram..
    rasuah haram..
    tapi tindakan tegas, rampas, sita dan seumpamanya hnya ke atas vape sahaja..kenapa
    dan mengapa..
    jawabnya
    ... mis shurru la... tiada masyuk la..
    rokok, arak bayar cukai tinggi bro..

    ReplyDelete
  7. Majlis fatwa kebangsaan mengambil keputusan mengharamkan rokok dan vape.

    rokok = haram
    vape = haram
    maka,
    rokok = vape = haram

    tindakan keatas penjual rokok berjenama = dibiarkan.
    tindakan keatas perjual vape berjenama = dirampas.

    jadi,
    tindakan keatas penjual rokok berjenama ≠ tindakan keatas perjual vape berjenama
    kesimpulannya ialah tindakan yang double standard.

    penghisap rokok = tidak menghormati keputusan majlis fatwa.
    penghisap vape = tidak menghormati keputusan majlis fatwa.

    maka,

    penghisap rokok = penghisap vape = tidak menghormati keputusan majlis fatwa.

    ada orang kata, emak memberi susunya dan susu formula kepada anak-anak mereka sebagai usaha untuk membantu sel-sel otak berhubung. rokok dan vape menyebabkan sel-sel otak tidak berhubung dan lembab. penghisap rokok dan vape akan menyebabkan sel-sel otak tidak berhubung dan lembab. ini menyebabkan pelaku boleh dikategorikan sebagai tidak kenang budi emak mereka.

    maka,

    perokok = penghisap vape = tidak kenang budi emak mereka.

    sekadar salingan saja, jangan ambil serius ye...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka suka kata mcm tu....kalau bapak atau atok ko merokok dulu....ko jd generasi tak mengenang budi....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...