Monday 18 January 2016

AKHIRNYA PAKATAN HARAPAN AKUI MASYARAKAT MELAYU SECARA MAJORITI BESARNYA MENJAUHKAN DIRI DARI PAKATAN HARAPAN SEHINGGA MEMAKSA PAKATAN HARAPAN TANPA PAS AMBIL TINDAKAN RADIKAL.


Pakatan Harapan akan menggunapakai pendekatan ‘radikal’ dalam dasar dan program yang direka khusus untuk menangani isu Melayu, yang sebelum ini menjadi kelebihan UMNO.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, dasar baharu itu akan diumum secara berperingkat bermula April, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas dan perbincangan terperinci dengan rakyat kebanyakan.

“Apa yang kami maksudkan dengan radikal ialah kita mahu dasar, pendekatan dan program yang menyentuh kebimbangan dan isu orang Melayu, yang selama ini dimanipulasi oleh BN untuk mewujudkan kegelisahan di kalangan orang Melayu, disampaikan secara langsung, kreatif dan objektif,” kata beliau dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Dasar itu dijangka dibentangkan sepenuhnya kepada orang awam pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 15 Julai depan.

Dengan pendekatan baharu ini, Rafizi memberi jaminan kebimbangan kaum lain tidak akan dipinggirkan pakatan itu, yang menggantikan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata, dasar itu perlu dilancarkan dalam masa terdekat bagi menjana momentum untuk menewaskan BN.

“Kita hanya ada 18 hingga 24 bulan sebelum pilihan raya umum.

“Ini merupakan komitmen daripada ketiga parti kepada rakyat dan ia akan dilaksanakan apabila kita mengambil alih Putrajaya selepas PRU-14. UMNO-BN sangka selepas mereka hancurkan Pakatan Rakyat, mereka tidak akan punyai pencabar lagi. Mereka sudah silap,” katanya.

46 comments:

  1. Kah kah kah ........ tindakan radikal ? Apakah PAN putumayam pun dah berubah jadi IS ? Kah kah kah radikal ke tak radikal ke ..... yang pastinya PAN putumayam dah boleh bungkus ! Pi cepat cari kain kapan ....... kah kah kah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimata PAN Imayam yg suci hanya DAP Laknatullah, Dan kaum Melayu Islam Ahlul Sunnah sehina2 manusia dimata mereka

      Pada 7 Jan lalu, IDE mengeluarkan kajian yang menunjukkan ketakutan bercampur kemarahan orang Melayu terhadap DAP adalah tinggi di negeri itu, dan sentimen sama juga dipercayai berlaku di seluruh negara.

      “Kemarahan dan kebencian ini kami kesan di kalangan Melayu luar bandar terutamanya, termasuk di kalangan ahli dan penyokong PAS.

      “Hanya di kawasan yang dimenangi DAP saja menunjukkan peratusan kecil kemarahan itu,” kata Redzuan kepada The Malaysian Insider.

      Redzuan berkata demikian berdasarkan kajian dijalankan IDE pada 13 – 15 November tahun lalu.

      Dalam kajian melibatkan 1,716 responden di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor itu, IDE mendapati sentimen anti DAP sangat tinggi di kalangan Melayu, khasnya luar bandar.

      Bagi soalan “DAP adalah parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Cina”, 72% responden Melayu mengatakan “Ya”, 12% berkata “Tidak” dan 16% lagi “Tidak pasti”.

      Bagi soalan “DAP adalah parti yang anti Melayu dan anti Islam”, 64% pengundi Melayu di Selangor berkata “Ya”, 18% berkata “Tidak” dan 19% lagi “Tidak pasti”.

      Delete
    2. Tanpa sokongan melayu@islam kpd pakatan harapan mcm skg ini maka ph bolehlah terus memanjangkan mimpi utk menerajui pemerintahan negara. Skg barulah ph tersedar dari lamunan mimpi indahnya bahawa tanpa pas dlm gabungan ph maka mustahil sama sekali bagi ph utk mengusai pentadbiran negara. Tetapi sayang seribu kali sayang sbb kesedaran ph utk mengharapkan pas kembali menyertai pakatan mereka telah hancur berderai bila tembelang jahat mereka utk menapikan kepentingan melayu islam tlh terburai dgn tindakan2 mereka menyekat @ memusuhi usaha pas utk melaksanakan hukum islam. Dgn penolakan total melayu kpd pakatan harapan maka hancur berkecailah harapan ph utk memerintah dan dgn kegagalan ph memeritah negara ini maka org melayu@islam sgt bersyukur kerana terselamatlah negara ini menjadi spt singapura yg melukutkan melayu di negara warisan nenek moyang mereka.

      Delete
  2. UMNO-BN sangka selepas mereka hancurkan Pakatan Rakyat, mereka tidak akan punyai pencabar lagi. Mereka sudah silap,”
    Kahkahkah..
    Benarkah Pakatan Harapan menjadi ketakutan buat Umno/BN.? Kahkahkah. wehhh Rafizi.. Siapa yang sebenarnya menghancurkan Pakatan Rakyat.? Sungguhpun Umno/BN hancur dari sudut kepimpinan, tapi untuk mengubah persepsi rakyat terhadap jasa Umno, terlalu sukar memandangkan Pakatan Rakyat telah musnah. Bolehkah Pakatan Harapan diberi kepercayaan setelah Pakatan Rakyat telah musnah. Persoalan, siapa yang memimpin Pakatan Rakyat dulu dan siapa yang memimpin Pakatan Harapan sekarang.?Orang yang sama juga berada dalam PH sekarang.Jadi dimana kebaikan PH tu..? Rafizi harus melihat realitinya dari sudut pemikiran rakyat diperingkat akar umbi bukannya retorik untuk menampakan Pakatan Harapan tu rasional..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR & PH tu sama saja. Yg tukar hanya Takyat kpd Harapan. Tapi orgnya sama kepala otak pun sama. Kalau dlm PR pun tak boleh bersama apa gerenti dlm PH ni boleh sama?

      Hanya dgn buang golongan ulama & ambik geng IRC dlm PAS ingat boleh sepakat? IRC pun ada cita2 sulitnya. DAP pun ada cita2 sulitnya. Nnt bila dah berkuasa masing-masing mula merancang nak jatuh satu sama lain sbb nak rebut harta ghanimah.

      Delete
    2. Kli pakatan harapan berjaya menguasai putrajaya maka dap lah gelak sampai nak pecah telinga sbb berjaya menjadikan negara ini kepunyaan cina selepas pap berjaya menawan singapura dari melayu.

      Delete
  3. UMNO-BN sangka selepas mereka hancurkan Pakatan Rakyat, mereka tidak akan punyai pencabar lagi. Mereka sudah silap,”
    Kahkahkah..
    Benarkah Pakatan Harapan menjadi ketakutan buat Umno/BN.? Kahkahkah. wehhh Rafizi.. Siapa yang sebenarnya menghancurkan Pakatan Rakyat.? Sungguhpun Umno/BN hancur dari sudut kepimpinan, tapi untuk mengubah persepsi rakyat terhadap jasa Umno, terlalu sukar memandangkan Pakatan Rakyat telah musnah. Bolehkah Pakatan Harapan diberi kepercayaan setelah Pakatan Rakyat telah musnah. Persoalan, siapa yang memimpin Pakatan Rakyat dulu dan siapa yang memimpin Pakatan Harapan sekarang.?Orang yang sama juga berada dalam PH sekarang.Jadi dimana kebaikan PH tu..? Rafizi harus melihat realitinya dari sudut pemikiran rakyat diperingkat akar umbi bukannya retorik untuk menampakan Pakatan Harapan tu rasional..

    ReplyDelete
  4. Apa pun cuba dulu.Tidak ada yang mustahil didunia ini. Pakatan jangan putus harapan. Jangan pedulikan cemuhan dan sindiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tahu lobang tahi pun nak coba masuk jugak ke...hehehe...moron

      Delete
    2. berila peluang pada kami puak2 PANdir...lgpun kami janji...sumpah kami akan laksanakan...xkan rakyat x percya dgn janji2 kami...pegang Quran lagi...nak kami tambah talak tiga supaya lbh real? xder yg mustahil bg kami puak2 PANdir..

      hari ni kami janji siapa tau besok kami kifarah....

      Delete
    3. Keluar drp parti yg perjuangkan Islam masuk parti yg perjuangkan Kristian. Inilah org yg gila pangkat & duit. Sanggup jual agama.

      Delete
  5. Nape rapizi pulak....kan elok assmin yg cakap bagi pihak PKR....klu assmin ada PAS bole la masuk bakul sekali.... baru nnpk rakan zina assmin (pas)masuk bakul sekali... tak ada assmin tak ada la PAS di selangork mcm tu la gak sebaliknya...kikiki.....

    ReplyDelete
  6. Salam mana 2.6b?

    Jenayah PATI di Malaysia,

    1. Gadis dibawa lari ke lombok jadi hamba sex.
    2. Amah sembelih anak majikan.
    3. Guard warga asing tembak mati pegawai bank.
    4. Siswi dirogol beramai2 oleh buruh warga asing.
    5. Bangla jahanam rogol rakan sekerja rakyat tempatan.
    6. Polis maut seorang cedera diserang sekumpulan warga asing.

    Jangan bersubahat. Undi PH sekarang. Kembalikan keadilan sosial. Semua orang berfungsi dalam masyarakat mengikut kemampuan intelek masing-masing.

    #KEDEPAN ( kembalikan degree berasaskan kepandaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am ) biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu mcm tu ahmad maslan layak la jd menteri. cgpa dia tinggi. bodo buat kerja bodo??.allah dah bg tahap iq diorang mcm tu. biar bodo tapi briman & x sombong dlm bercakap..

      Delete
    2. aku sebelum ni mmg respek gak dgn dap ni. kes penarikan bantuan sekolah agama, memutuskan hubungan dgn presiden pas & memutuskan hubungan dgn pas sarawak walhal pakatan rakyat masih wujud. sikap egois dap membuat "respek" aku hilang dan aku tak sggup ambik risiko nak bg dap perintah malysia. mmg benar cina tak blh jd pm tapi kita kena igt amerika yg besar tu pun yahudi blh control. syiria mejoriti sunni pun blh diperinrah minoriti syiah asad. klu kita lihat dlm pakatan hari ni dap yg paling dominon dlm ketiga2 parti..

      Delete
    3. Aku sokong 01.42. Konon DAP anjur seminar Maqasid Syariat nak tunjuk hudud tak penting. Tapi dlm maqasenid syariat paling utama adalah memelihara agama. Kalau PAN sokong DAP yg menentang hudud (agama) sbb DAP perjuang Kristian. Kalau perkara utama dlm qasid tu sendiri sudah ditentang oleh DAP Kristian. Ertinya mereka benar2 "munafiq" krn buat seminar nak tolak agama Islam.

      Nampaknya mereka dlm DAP & penyokongnya amat keliru. Tak mau hudud tapi buat seminar maqasid syariat. Ini benar2 putar alam. Yg syok tu ada org dgn nama Islam turut bantu Kristian menentang Islam. Mampus depan Tuhan nnt nak jawap apa?

      Ikut maqasid betul2 dgn pelihara agama islam & lawan mereka yg menentang & cuba mengenepikan Islam dlm kehidupan org Islam.

      ISLAM ADALAH CARA HIDUP YG SEMPURNA.

      Delete
  7. Pakatan Harapan mempunyai harapan yang cerah untuk ke Putra Jaya. PAS...nampak dah mengelabah bila PKR beri sokongan kepada Amanah mengadakan program ceramah di Kelantan. Nampaknya PAS akan bersendirian dalam pilihanraya ke 14. PAS kalah pun tak mengapa sebab PAS tak berhajat ke PUTRA JAYA kerana PAS masuk pilihanraya untuk mencari redha ALLAH semata.Tahniah kerana masih wallaun kepada presideng yang tidak ada matlamat membantu rakyat yang sedang berperang menghadapi cabaran kos hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANdir la lu mat....mmg ler PH cerah...sbb bila buat ceramah kosong...cerah ler nampak khemah2 tu...adehhhh...

      Delete
  8. Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya sayang kepada manusia lain terutama manusia yang cintai keadilan, ketelusan, berintegriti, ... tanpa mengira siapa manusia ini. Kalaulah manusia itu beragama Islam, maka bertambahlah perlu kita untuk menyayanginya. Jangan kerana dia tu bukan Islam atau bukan melayu, maka manusia itu jahat dan zalim.

    Teringat aku akan lemparan kata-kata dari seorang anon bahawa aku akan terjerumus ke dalam lubang biawak dengan mempertahankan orang Yahudi dan Nasrani semasa aku mempertahankan LGE. Beliau mengemukakan hujah dengan merujuk kepada hadis.

    Aku mengaku bahawa aku bukan lulusan agama dan hanya seorang lulusan bidang sains yang mengutamakan logik. Logik akal yang bersandarkan keimanan aku kepada Allah swt.

    Bagi aku, Yahudi dan Nasrani tu fizikal sahaja. Yang ditakuti ialah kita mewarisi sifat dan tindak tanduk Yahudi dan Nasrani yang mana sengaja dan sentiasa menDUSTAkan firman Allah swt demi kepentingan diri sendiri.

    Kalaulah perangai kita macam Yahudi dan Nasrani, maka tiadalah perbezaan antara kita dengan depa.

    Saudaraku yang aku sayangi, biasakanlah diri dengan keBENARan, keADILan dan semua sifat yang mulia, maka in shaa Allah kita akan benci kepada keMUNGKARan, keZALIMan dan FITnah.

    Biasakan dengan yang BETUL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa....mana kau masa dap dan pkr menghina org Islam sebelum ni? mana kau masa dap putuskan hubungan dgn presiden bkn dgn parti?mana kau masa kemungkaran kezaliman dan fitnah dikenakan keatas pas? atau mmg kau ni blogger gempaq dap jer? apa dap buat semua wokeh...ek? dah la...

      Delete
  9. Kepada pemimpin PAS, terutama peringkat pusat..sudah2lah hendak menjadi ketua dalam gabungan.

    Sedar diri, akui kelemahan diri. Gunakanlah ilmu yang telah Allah berikan kepada kalian di tempat yang betul(ajarkan keindahan agama islam).

    Buang jauh2..perangai sombong, berlagak.

    Kerana,semua itu..menjauhkan non muslim kepada islam. sesungguhnya syaitan akan menghasut umat islam hingga ke hembusan nafas terakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku percaya..Pas sedang istiqamah hingga kemenangan..

      Delete
    2. well...sekrang2nya kaula PANdir paling warak skrg ni...syukurla...dulu masa tolak hudud...terlupa nak rujuk ilmu yg Allah berikan...smpi fatwa LKS pun kau pakai...elokla klu kau nak buang perangai sombong dan berlagak tu...pulangla seat org...dan jgn la takut2kan non muslim pd keindahan hudud islam ni..x apllicable pun kt non muslim...jgn terpedaya sgt hingga ke hembusan terakhir

      Delete
  10. lge ajar ostad mengenai tuhan yg menunjukkn kebenaran

    terasa mcm tntawi ini seorg muaalaf dn bkn ostad

    byk kejadian dimana tntawi menunjukkn beliau seorg yg tidak cermat dlm mengeluar kenyataan... hobi berckp dulu baru fikir

    tuduhan rasuah bkn mudah utk disuarakn kerana ia perlukn bukti kukuh berdokumen

    klu lah pas laksana hudud dgn penuh culas dn byk prasangka sudah tentu islam akn tercemar. puak yg tidak adil dn culas tidak layak memerintah negara kerana malaysia akn lbh teruk dpd pemerintahan umnu

    kpd pas cukup2la menjadi beruk tunggangan umnu merosakkn kelapa... nnti kelapa tertimpa atas kepala srndiri.... umnu cuci tgn.

    ingat senang ke umnu nk terima pas atau nk bg upah sedikit dpd 2.6b tu

    pas mesti tunjuk setia dn prestasi cemerlang dulu utk hancurkn pembangkang... selagi tk berjaya jgn harap umnu dh puashati dgn pas

    tantawi taubatlah.. malulah dgn bkn islam ajar awak...ingatkn awak kpd tuhan

    awak tunggang tunggik siang mlm dn suka tuduh dap anti islam dn melayu dn rasuah.. tp awak salam peluk dgn bapak rasuah negara.

    setiap isu yg memalukn pas akn mengurangkn sokongan rakyat pd pas... jgn salahkn amanah dgn label pengkhianat.

    memfitnah itu adalah pengkhianatan terhadap ajaran Nabi saw

    awak kenal ke Nabi saw... atau nk lge ajarkn awak mengenai Baginda saw?

    ReplyDelete
    Replies
    1. elokla ikut lge tu...dia pun setuju sgt org islam ikut kehendak g25...bagus tu...islam dlm dada only ma..u..u...i..i...buat apa amar maaruf nahi mungkar...buat susah saja...sama2 kita liberalkan islam...ikutla ustaz lge kau

      Delete
  11. Ek eleh omakkau pusing ayat mcm pundek.tukor jele nama blog ni jd blog pundekkau
    Kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pundekkau tu maksudnya kau la pundek...ngaku jgk PANdir akhirnya...ngeh ngeh ngeh

      Delete
  12. Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang terkejut dengan surat Menteri Besar Kelantan, DatuK Ahmad Yakob yang melarang kehadiran anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam program parti itu mahu hak demokrasi semua parti politik dihormati.

    Jurucakap Amanah Kelantan, Che Ibrahim Muhamad berkata PKR dan Amanah telah secara rasmi menandatangani pakatan politik dalam Pakatan Harapan 9 Januari lalu dan tentulah kedua-dua parti akan saling bantu membantu dalam meraih sokongan rakyat.

    "Sebagai pemimpin yang memahami Islam beliau harus menghormati pendirian politik setiap rakyat dan organisasi politik dalam membuat pilihan dalam sistem demokrasi," katanya.

    Memberi respon kepada kehadiran tokoh-tokoh PKR dalam majlis anjuran Amanah, Ahmad Yakob seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian menulis surat kepada semua pimpinan PKR Kelantan agar tidak menyertai program anjuran parti Amanah.

    Laporan itu turut menyebut sekiranya ada pimpinan PKR yang ingkar perkara tersebut Ahmad menegaskan untuk tidak teragak-agak menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat.

    Che Ibarahim menyifatkan pendirian seperti ini amat bercanggah dengan nilai demokrasi yang memberikan kebabasan memilih pendirian politik bagi setiap parti dan individu.

    "Ini amat pelik kerana ia melibatkan campurtangan pemimpin sebuah parti kepada urusan parti lain yang mempunyai struktur organisasi yang sah," ujar beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kerusi PAS dibawak lari, PAS adalah parti yg mempunyai struktur organisasi yg sah..

      Delete
    2. Dah tgk ke sambutan kpd PAN di kota belud dan kota raja?.. Siapa agaknya yg layak melutut pd PAS nanti??
      ..

      Delete
    3. pkr tgh test power tp time dkt pru nnt tgkla pkr bermuka2 dgn pas balik...

      Delete
  13. Biro undang-undang parti Amanah negara (Kanun) mengucapkan tahniah keatas ahli parlimen Temerloh, Ustaz Nasruddin Tantawi yang akhirnya menarik balik kenyataan beliau yang tidak benar ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini.

    "Bagi Kanun, sikap mengaku kesilapan bila didedahkan dengan kebenaran sebenar adalah satu sikap terpuji walau dilakukan oleh mana-mana pihak sekalipun," kata pengerusi biro, Hanipa Maidin dalam satu kenyataan.

    Bagaimanapun beliau berpendapat sepatutnya al-Bayyinah (keterangan bukti) dikemukakan oleh pihak yang menuduh bukan pihak yang kena tuduh.

    Di mahkamah hari ini Nasrudin menarik balik tuduhan tanpa asas beliau ke atas Lim Guan Eng dan beliau diperintahkan membayar kos RM10 ribu.

    Dalam kenyataan sama Hanipa turut mengucapkan taniah kepada Lim Guan Eng.

    "Kanun mengucapkan tahniah kepada Saudara Lim Guan Eng kerana dapat menebus balik namanya yang dikotori oleh satu tuduhan yang tidak berasas,"katanya.

    Nasrudin yang diwakili peguamnya Wan Rohimi Wan Daud memaklumkan kepada mahkamah untuk menarik balik kenyataan beliau bertarikh 6 Ogos 2014.

    Kenyataan berkenaan berkaitan kaedah tender oleh kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung pembinaan terowong bawah laut.

    ReplyDelete
  14. Laman Facebook Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan hari ini dihujani kritikan ramai netizen yang mengaitkan gejala fitnah dengan kecenderungan Ahli Parlimen Temerloh itu menggunakan nama Allah dalam status di media sosial itu pagi tadi.

    Ditulis kira-kira jam 10 pagi, beliau menulis, “Saya mula langkah dan tindakan serta sikap yang saya ambil untuk memulakannya hari ini dengan Nama Allah swt. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ameen. Rahmaaaka Abghii Ya Ilaahi. Raadhian.”

    Walaupun status berkenaan meraih lebih 380 ‘likes’ setakat pukul 3 petang tadi, majoriti komentar daripada 74 komentar berbaur sindiran dan kecaman daripada pengguna Facebook.

    Reaksi netizen terbabit dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gara-gara artikel kontroversinya, 'Apa beza Kidex dan Penang tunnel?’ pada 6 Ogos 2014 lalu di Facebook beliau.

    “Fitnah orang suka suka pakai nama Allah? Kaki jual agama,” kecam Chad Syazwan Phuii manakala Cikgu Jeril menulis,” Dah buat fitnah, lagi nak ‘backup’ diri guna nama Allah. Tak malu punya ustaz. Apa-apa pun tahniah.”

    Sementara itu, Aliff Ashraff secara menyindir berkata, jika dirinya di tempat Nasrudin, beliau akan bersara dan melepaskan semua jawatan politik sebaliknya menjadi penjual kitab sepenuh masa.

    “Ostad (Ustaz) betulkah ostad telah memfitnah LGE (Lim Guan Eng) dalam isu tender terbuka? Insaflah ostad. Jangan fitnah,” tegasnya lagi.

    Bagi Azmawi Azizan, beliau mendoakan Parlimen Temerloh yang mempunya komposisi campuran akan bertukar Ahli Parlimen pada pilihan raya umum
    ke-14 nanti.

    Turut menyebut impak keputusan mahkamah tersebut ke atas kerjaya politik pemimpin Pas itu, Omar Shukri Hamzah yang meninggalkan komentar, “Lobilah geng Amno (Umno) cepat-cepat sikit bagi jawatan. Kot- kot PRU (pilihan raya umum) depan dah tak dapat jadi YB Ostad lagi. Apa punya orang agama lagu (macam) ni.”

    Nada sama juga disebut oleh Nazri Hazard, “Lain kali ustaz jangan suka sangat tengok blog-blog Umno. Jual je lah maruah tu kat Umno ustaz,” manakala Ramlee Mohammed menyebut, “Jangan jual agama dengan harga yang sangat murah.”

    Gunakan lutut dan siku

    Menghangatkan lagi situasi di ruangan komentar bagi status pemimpin Pas itu apabila terdapat sebahagian komentar menyebut lutut dan siku iaitu ungkapan popular dalam perbahasan Nasrudin pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 tahun lalu.

    “Tarik ustaz tarik. Jangan lupa, bulan depan pertandingan tarik tali tu. Pastikan pingat emas di genggaman. Gunakan lutut dan siku tu baik-baik,” selar Faizzmeer Syafiq Ruslan.

    Begitu juga Ahmad Nafiah yang berkata, “Mana siku, lutut? Mulut tak ada insurans terimalah padahnya. Malu cara ostaz bercakap suka fitnah orang walaupun beliau (Lim Guan Eng) kafir” manakala Ezany Elias membidas, “Apasal tarik balik? Teruskan sajalah. Lain kali jangan cakap pakai siku dan lutut.”

    ReplyDelete
  15. Langkah Pas Kelantan melarang kepimpinan Keadilan (PKR) hadir majlis anjuran Parti Amanah Negara (Amanah), di Kelantan dilihat sebagai satu tindakan undur ke belakang dan secara langsung parti itu seakan mahu jadi polis mengawal gerak geri politik PKR.

    Tindakan itu juga sebagai tidak menghormati kepada kebebasan demokrasi yang sepatutnya dihirup oleh PKR. Pas tidak ada kuasa atau hak untuk menghalang atau marah jika ada pimpinan PKR menyertai program anjuran Amanah, kerana ia tidak ada dalam apa-apa perjanjian.

    Hakikat yang perlu disedari bahawa PKR memang ada hubungan politik dengan Amanah, jadi apa-apa bentuk kerjasama di antara keduanya adalah halal. Pernubuhan Pakatan Harapan disertai sama oleh Amanah bersama PKR dan DAP mengesahkan hubungan itu. Justeru terserah kepada parti itu untuk melangsungkan kerjasama dengan Amanah di Kelantan atau DAP di mana-mana negeri. Secara perundangan kerjasama itu tidak melanggar konsesnus Pakatan Harapan.

    Kelantan bukan hak eksklusif Pas, yang memberi kuasa kepada Pas mengawal demi kepentingannya. Begitu juga PKR tidak pernah memberi kuasa kepada Pas untuk mengawal para pemimpinnya. Kalau pun Pas tidak ada hubungan dengan Amanah, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk Pas cegah pemimpin PKR berkerjasama dengan Amanah.

    Sebelum melarang PKR, Pas sewajarnya juga perlu menyedari sejauh mana ia melayan dan menghormati PKR di Kelantan? Apakah Pas benar-benar ikhlas dan jujur kepada PKR? Apakah semua apa-apa yang diperuntukan (benefit) kepada PKR menerusi Pakatan Rakyat dipenuhi oleh Pas?

    Apa yang Pas lakukan kepada PKR semua orang sudah tahu. PKR hanya dijadikan rakan "hama" sahaja. Banyak hak-hak yang patut dinikmati oleh PKR sebagai rakan kongsi tidak dipenuhi Pas. Nasib PKR dalam kerajaan Pas di Kelantan seperti melukut di hujung gantang.

    Dalam pada itu apabila PKR sedia bekerjasama dengan Amanah mungkin mereka sudah dapat membaca mengenai masa depan politik di Kelantan. Bahawa sambutan rakyat kepada Amanah mungkin mengatasi sambutan kepada Pas. Adalah "bongok" bagi PKR kalau dia terus berpegang kepada kayu buruk?

    Dalam berpolitik, Pas sepatutnya lebih terbuka dan bersikap gentlemen. PKR selaku rakan Pas juga tidak pernah menghalang Pas daripada duduk semeja dan sepentas dengan pemimpin Umno. Nampak dalam hal ini pemimpin PKR lebih profersional.

    Kalau hendak diikutkan keadaan, tindakan pemimpin Pas bersama Umno itu boleh ditegur oleh PKR. Apakah PKR tidak geli geleman melihat Abdul Hadi Awang duduk bersama Najib Razak, orang memenjarakan pemimpinnya? Namun PKR tidak sepatahnya pun mengkritik tindakan songsang Pas itu. PKR menghormati apa juga jalan dipilih oleh Pas.

    Semalam seperti mana dilaporkan, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada pemimpin PKR (Rafizi Ramli) yang hadir dalam majlis anjuran Amanah di negeri itu. Setakat ini ada tiga majlis yang membabitkan pemimpin PKR yang berlangsung di Kelantan, di Tumpat, Pasir Mas dan Kok Lanas.

    Majlis berkenaan khabarnya mendapat sambutan hangat dan mungkin inilah yang mencemaskan Pas Kelantan sehingga membuat bantahan rasmi. Pas Kelantan sudah dapat merasai majlis itu bakal menimbulkan masalah kepada mereka. Sikap Pas ini kontras dengan kenyataan beberapa pemimpinnya sebelum ini yang menganggap kehadiran Amanah tidak menjadi kudis gatal pun dan tidak pernah menakutkan Pas.

    Sekali lagi saya hendak sebut di sini, Pas Kelantan perlu berjiwa besar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja. Pas tidak perlu takut kepada mana-mana pihak juga kalau benar parti itu benar masih masih diterima rakyat Kelantan. Pas perlu sedari apa erti demokrasi, dan jangan bersikap seperti polis untuk mengawal PKR atau Amanah dari mengugat kedudukannya. Kelantan adalah padang terbuka untuk direbut sesiapa sahaja. Tidak bermakna bila Pas menguasai Kelantan kini ia menjadi hak milik Pas selamanya.

    Dan kalau Pas ingin tenang dan selamat, masih ada peluang untuk parti itu. Caranya mudah sahaja, ia mesti menerima Amanah sebagai rakan politiknya bukannya Umno. Bolehkah?

    ReplyDelete
  16. ISU saman Lim Guan Eng terhadap Tantawi dalam kes Penang Tunnel selesai siang tadi. Terbukti dakwaan Tantawi tidak betul dan Lim Guan Eng berjaya memaksa Tantawi mengakui kesilapannya di mana Tantawi terpaksa betulkan kenyataan beliau sebelum ini dan terpaksa membayar kos mahkamah RM 10K.

    Tahniah kepada Guan Eng kerana telah menjelaskan kepada kita bahawa ulamak tidak semuanya betul. Malangnya, Tantawi tidak mohon maaf kepada Guan Eng kerana kita faham tidak semua ulamak sanggup merendah diri dan mengakui kesilapannya.

    Apa yang penting, bukan isu maaf atau tidak.

    Yang penting isu pokok iaitu dakwaan Tantawi selama ini terhadap Guan Eng adalah salah.

    Dari segi moralnya Guan Eng mengatasi Tantawi walaupun Tantawi mendapat pujian daripada Nik Abduh kerana kehebatannya membuat kenyataan bohong.

    Tidak pelik jika ulamak akan mempertahankan ulamak lain apatah lagi satu parti walaupun ternyata rakannya itu melakukan fitnah. Tidak semua ulamak itu baik, sebab itu ada dikategorikan ' Ulamak As-Su'".

    Ada yang menggambarkan pertembungan Guan Eng dengan Tantawi ini adalah pertembungan "Kuffar dan Ulamak".

    Aku tak setuju kerana ini akan menjejaskan nama Ulamak di kalangan Non Muslim. Mana mungkin ulamak boleh melakukan fitnah samada fitnahnya menyebut nama orang yang difitnahnya atau tidak.

    ReplyDelete
  17. TIDAK mengapa jika PAS menolak kerjasama dengan UMNO. Tapi, yang peliknya, PAS dilihat seperti hilang punca, hilang pondoman, hilang akal dah jadi semakin bodoh dan banggang.

    Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin atasan PAS menunjukkan mereka benar-benar sudah 'tenat' setelah di tendang keluar dari Pakatan Rakyat oleh rakan kongsinya, DAP.

    Kesian tangok PAS sekarang ini. Dah tiba masanya PAS membuat rombakan besar-besar supaya mengganti atau memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda mereka bagi menggantikan pemimpin-pemimpin mereka (PAS) yang kini dilihat sudah hilang punca, idea.

    Mereka (pemimpin2 veteran PAS) kelihatan sudah 'nyanyuk' yang seban hari 'meroyan' seperti orang gila.

    Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu tetap tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO, juga Pakatan Harapan. Sebaliknya, beliau berkata, PAS hanya akan kekal bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.

    Huhuhu...kan pelik tu. PKR tu dari gabungan mana? Tidakkah PKR itu dari gabungan 'Pakatan Harapan' yang mana DAP berada sama didalam Pakatan Harapan dan adalah rakan kongsi PKR.

    Jadi, ini bermakna PAS terpaksa berhadapan dengan DAP sekali lagi walaupun cakap-cakap bodoh dari Sertiausaha PAS bahawa PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan DAP.

    Nak jalin apa jadahnya kerana DAP tolak PAS. PAS juga tidak serik-serik dan belajar dari kesilapan lampau bahawa PKRlah dalangnya yang membuat PAS ditendang keluar dari Pakatan.

    Sekali lagi ditegaskan disini, tidak mengapa PAS menolak kerjasama degan UMNO, tidak ada ruginya. Biarkan lah PAS dengan omong-omong kosongnya yang mana mereka hanya layak di gelar 'pembangkang' dulu, kini dan selamanya.

    Maka, kesimpulannya, PAS sengaja ingin mencari nahas dan sekali mereka ingin lihat 'punggung' mereka akan di tendang oleh DAP dan PKR.

    PKR hanya memerlukan kerjasama dengan PAS semata-mata untuk PRU ke-14 yang akan datang ini. Mereka (PKR) memerlukan sokongan dari ahli-ahli PAS bagi mengundi calon mereka di PRU nanti. Itu jelas dan realistik.

    PAS tetap akan di perkuda-kudakan oleh PKR. Jadi kesimpulannya bahawa mentaliti pemimpin-pemimpin atas PAS yang menolak kerajasama dengan UMNO adalah satu langkah yang salah dan akan merugikan diri mereka sendiri.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu belum tgk lagi kut analisa IDE... Keputusan mahkamah tidak menjejaskan perspektif org MELAYU terhadap DAP!!

      Delete
    2. juga tidak menjejaskan malah menambahkan lagi kasih sayang PANdir pada DAP....muahhhh

      Delete
  18. Parti pas akan lenyap di bumi malaysia bila PRU KE 14 nanti n ramai pemimpin2 nya akan melutut dengan parti amanah dap n pkr kerana parti mereka akan tumpas sepenuhnya di setiap negeri n mereka akan kehilangan ahli n pengundi2 di setiap negeri kerana pemimpin2 mereka semuanya dh jadi lidah biawak n juga sombong ego angkuh n takbur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bercakap cuba sedar diri betapa sombong ego angkuh takburnya kamu..
      Aku percaya..Pas sedang istiqamah hingga kemenangan..

      Delete
    2. PANdir kan suka ckp gempaq...

      Delete
  19. Hoi puak2 pembangkang. Jangan kau bermimpi nak tawan Putrajaya. Bodoh ke apa korang ni baik Pas, Pkr, Amanah & Dap. Sepatutnya korang aku campak ke laut satu per satu. Ini Umno BN lah. Tetap terus berkuasa si bumi Malaysia. Pergi jahanam dengan politik korang! Yang bahlol shj cerita nak tukar kerajaan..ko ingat apa ! Kami Umno BN tidak sebodoh kamu! Kahkahkah dasar manusia yg kuat bermimpi! Puiiii aku ucapkan. Hidup Umno. Hidup BN

    ReplyDelete
  20. Radikal dlm ertikata anti melayu islam raja2 melayu YA. Sah dah jadi komunis. Kah kah kah.

    ReplyDelete
  21. Bila DAP pakai songkok dan sentuh isu orang Melayu, aku - "heh...hahahaha..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. cepat kaya dan kepengen menang angka togel 2d 3d 4d 5d 6d.

      ,,.,KISAH NYATA ,
      Aslamu alaikum wr wb..
      Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis
      dan berbagi kepada teman2 melalui room ini,
      sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga
      dan mencapai kesuksesan yang luar biasa, mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki,
      namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang,
      hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yang saya punya,
      akhirnya saya menaggung utang ke pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 600 juta ,
      saya stress dan hamper bunuh diri anak saya 2 orng masih sekolah di smp dan sma,
      SUAMI saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anaka-naknya ditengah tagihan utang yg menumpuk,
      demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue,
      ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman
      dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya.
      dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan NYI SEWIKA hidupnya kembali sukses,
      awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir
      dan melihat langsung hasilnya, `
      saya akhirnya bergabung dan menghubungi NYI SEWIKA di No 0853-7778-3434
      Semua petunjuk NYI SEWIKA saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim,
      Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya,
      akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya,
      semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha,
      kini saya kembali sukses terimaksih NYI SEWIKA saya tidak akan melupakan jasa AKI.
      JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH,
      SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB NYI SEWIKA DI 0853-7778-3434


      ((((((((((((DANA GHAIB)))))))))))))))))


      Pesugihan Instant 5 MILYAR
      Mulai bulan ini (January 2016) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal,
      serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar,
      Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :

      Mempunyai Hutang diatas 1 Milyar
      Ingin membuka usaha dengan Modal diatas 1 Milyar
      dll

      Syarat :

      Usia Minimal 21 Tahun
      Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
      Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
      Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
      Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda

      Proses :

      Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
      Harus siap mental lahir dan batin
      Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
      Pada malam hari tidak boleh tidur

      Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :

      Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
      Ayam cemani : 2jt
      Minyak Songolangit : 2jt
      bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt

      Prosedur Daftar Ritual ini :

      Kirim Foto anda
      Kirim Data sesuai KTP

      Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 5 MILYAR

      Kirim ke nomor ini NYI SEWIKA: 0853-7778-3434
      SMS Anda akan Kami balas secepatnya

      Maaf Program ini TERBATAS hanya untuk beberapa Orang saja..?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...