Thursday 21 January 2016

KUMPULAN TINDAKAN IBU BAPA BAGI PENDIDIKAN MALAYSIA (PAGE) KECEWA DENGAN SIKAP PAN YANG KONONNYA BERSIKAP TERBUKA DAN PROGRESIF SEPERTI DIGAMBARKAN.



“Apa sudah jadi dengan pendirian parti progresif Parti Amanah Negara (PAN)? Saya kecewa dengan mereka.”

Itu jawapan Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim susulan kenyataan Amanah hari ini bahawa mereka mungkin akan mengadakan demontrasi bagi membantah pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

Apabila diberitahu mengenai kenyataan PAN yang juga menyatakan bahawa dengan DLP, kita akan kembali kepada zaman penjajah, beliau berkata, mereka sudah ‘gila’.

“Saya terkejut bahawa kenyataan ini datang dari mereka, saya ingat PAN bersifat terbuka dan progresif.

“Jelas sekali mereka bukan seperti yang digambarkan,” katanya.

Tambahnya lagi, individu seperti Pena yang turut hadir pada sidang media PAN hari ini bersifat ‘mementingkan diri sendiri dan hanya ingin jadikan kanak-kanak bodoh”.

“Mereka tidak nampak ke video Pemandu yang mencatatkan seramai 400,00 graduan tidak mempunyai pekerjaan, dan kebanyakan mereka adalah bangsa Melayu disebabkan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris.”

Noor Azimah yang turut menganggotai jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), menafikan bahawa terdapat pihak-pihak berkepentingan menjalankan rundingan sebelum projek DLP dilaksanakan.

“Rundingan telah dibuat termasuk dari pihak berkepentingan, kementerian, ibu bapa dan pihak-pihak industri lain.

“Adalah tidak benar bahawa ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa, ia mengambil masa 10 bulan untuk dilaksanakan selepas kajian terperinci, termasuk melihat semua kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).”

Katanya, ibu bapa perlu bersuara demi pendidikan anak-anak mereka seperti yang telah dinyatakan di dalam Akta Pelajaran.

“Biarlah ibu bapa membuat keputusan untuk anak-anak mereka.

“Kementerian telah melaksanakan yang terbaik mengikut Akta Pendidikan dan jika ibu bapa tidak berminat dengan DLP, mereka boleh memilih sebaliknya, kerana ia adalah satu pilihan.”

Pada masa yang sama, beliau turut bertanya mengapa kumpulan yang menentang perlaksanaan DLP berasa begitu terancam.

“Mengapa mereka berasa begitu terancam dengannya walaupun ia satu pilihan.

“Ia bertujuan untuk menjadi lebih progresif dan berdaya saing di peringkat global, jika anda tidak mahu rakyat bersifat berdaya saing, maka pilihlah Bahasa Malaysia.”

Di bawah program DLP, sekolah-sekolah telah diberi pilihan untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

10 comments:

  1. Henti bantuan sekolah agama, Pas mahu DAP jawab
    RAZIATUL HANUM A.RAJAK1 Oktober 2015
    

    Mohd Khairuddin Aman Razali
    SHAH ALAM - Pas menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan dakwaan berhubung penarikan balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli-ahli Pas di negeri itu.

    Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut mendakwa surat tawaran bantuan yang telah dihantar juga ditarik balik.

    "Kami ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli Pas.

    "Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu.

    "Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Beliau juga menyifatkan, tindakan DAP dan PKR itu seolah-olah memberi mesej bahawa apabila berkuasa, mereka juga menjadi zalim dengan sesiapa yang berbeza ideologi politik.

    "Dewan Ulama Pas Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli Pas kerana sentimen politik.

    "Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka," katanya

    ReplyDelete
  2. DAP dan talibarut mereka PAN Imayam mahu umat Melayu Islam tak da pelajaran. Senanglah mereka Nak halau Melayu Kelantan macam mereka halau Melayu Penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. 26 Kampung Melayu Penang Hilang Dari Google DAP

      Semalam kecoh disebelah utara tanah air iaitu di Pulau Pinang telah berlaku menghalau rakyat dikampung Mutiara Batu Feringgi macam pelarian oleh kerajaan DAP.

      Ini senarai kampung yang telah DAP lenyapkan di Pulau Pinang dan terdapat 26 kampung melayu Pulau Pinang sudah dilenyapkan apabila krisis kepercayaan kepada pemimpin Melayu di salah gunakan.

      Sekarang PAN Imayam Pulau Pinang tidak dapat membuat apa-apa kerana mereka telah ditutp dengan wang dan kuasa sementara. Lebih teruk PAN Imayam menganggap Abuya Sifoo Bukit Penang Lebih suci dari Sheikhul Azhar.

      Apakah nasib yang akan berlaku dengan anak cucu di Penang ini dan masih ada yang menyanjungi mereka (DAP) untuk terus menguasai Malaysia dalam PRU14 nanti.

      1. Kg Permatang Tok Subuh
      2. Kg Buah Pala
      3. Kg Pokok Assam,Jelutong
      4. Kg Dodol
      5. Kg Binjal
      6. Kg Batu Uban
      7. Kg Tanjung Tokong
      8. Kg Bagan Dalam
      9. Kg Permatang Tepi Laut
      10.Batu Maung
      11.Kg Pulau Jelutong
      12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
      13. Kg Teluk Kumbar
      14.Kg Dalca
      15.Kg Sungai Nibong Kechil
      16.Kg Tengah Jelutong
      17.Kg Terang Balik Pulau
      18.Kg Genting,Balik Pulau
      19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
      20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
      21.Teluk Air Tawar
      22.Kg Gagah, Bagan
      23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
      24.Kg Selut Sg Pinang
      25.Kg Siam, Pulau Tikus.
      26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

      Pengusiran melayu sama seperti PAP buat terhadap melayu singapore tahun 60an atas dasar Urban Development Program.

      Dah tak ada kawasan majoriti melayu lagi seperti Pasir Panjang, Geylang Serai, Bedok, Pulau-Pulau Selatan. Sesetengah nama ghaib terus dari sebutan seperti Tangjung Keling, Pulau Semulun, Pulau Berani, Instead kita ada marina bay sand.

      Luahan rasa rakyat,
      Aku Anak Penang

      Delete
  3. DAPigs PARTI RASIS YANG "MELACURKAN" BUDAK MELAYU!!!

    Kesimpulannya mudah. Perkara itu memang tak dapat nak dinafikan oleh puak - puak DAPigs tu walaupun dikalangan pemimpin parti mereka sendiri. Bagi la alasan macam mana sekali pun.

    Hakikatnya, DAPigs tu sebuah parti Chauvanist yang suka mempergunakan orang lain demi memenuhi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Terutama dikalangan orang Melayu sendiri.

    Kalau kita tengok sekarang pun, apa peranan yang diberikan oleh kepimpinan DAPigs kepada wakil rakyat berbangsa Melayu dikalangan mereka sendiri? Apa yang DAPigs dah buat?

    Di Pahang, ada dua orang wakil rakyat Melayu dari kalangan puak - puak DAPigs ni. Apa yang dua orang wakil rakyat DAPigs tu dapat? Dimana kedudukan mereka dalam parti tu?

    Yang sorang jadi Ahli Parlimen. IRONIKnya, bila ada program DAPigs dikawasan Parlimen dia sendiri, batang hidung Ahli Parlimen tu pun tak pernah nampak. Nak tengok bayang pun susah.

    Betul dia Ahli Parlimen DAPigs berbangsa Melayu. Tapi apa yang dia buat untuk orang Melayu dikawasan Parlimen dia? Apa yang dia perjuangkan untuk mereka? Satu Habuk pun tarak.

    Yang sorang lagi tu dapat jadi ADUN. Tapi, perangai Haramjadahnya lebih kurang sama je. Ada jawatan dalam parti pun sebab sebelum ni dia main buah ugut untuk dapatkan jawatan.

    Mungkin separuh orang tak tau. Tapi itulah hakikatnya. Bila dia pegang jawatan sebagai Pengerusi Negeri, ramai dikalangan pemimpin DAPigs tu sendiri yang tak suka. Berbulu je diorang dibuatnya.

    Sampai tahap, bila nak bertanding semula, Si ADUN DAPigs tu diugut oleh kepimpinan DAPigs dikawasan DUN dia sendiri. Itu kedudukan orang Melayu dalam DAPigs sebenarnya.

    Walaupun Si ADUN Melayu DAPigs tu sebelum ini lantang mempertikaikan Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), tapi itu pun belum cukup.

    Setakat jadi Barua nak menghina agama dan bangsa sendiri, apa gunanya? Adakah itu tujuan puak - puak DAPigs tu mengangkat pemimpin - pemimpin dikalangan orang Melayu ni?

    Maka, tak payah la puak - puak DAPigs tu nak bangga sangat dengan ahli - ahli Melayu mereka. Pokok pangkalnya, ahli Melayu dalam DAPigs tu bukan sahaja mengadaikan maruah bangsa. Tapi setakat jadi Barua DAPigs!!! Itu je yang layak buat orang Melayu dalam DAPigs!!!

    ReplyDelete
  4. syokk sendiri..Dlm kepala ade otak yd di copy paste je..Malu aku jd penyokong PAS klu cam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa copy n paste untuk meluaskan pengetahuan. Janji jangan copy paste cerita PANipu dan PANdusta

      Delete
  5. pan jadi tukang defend dap dlm bnyk hal walaupun merobek maruah Islam dn melayu.

    ReplyDelete
  6. Satu hari di kelas 6C

    C. Suhaimie: woi azman esok hang nak keja apa ni dah la bodo belajaq malas, keja main, main, main?

    Azeman: keja cikgulah, buat apa belajaq rajin2 buat rugi kena bayaq ptptn, susah nak cari kerja, baik belajaq main2 pahtu masuk maktab jadi guru.

    Usop: btul akak sye 3 kredit je die masuk KU.. grad trus dpt KPM. Bdk U betul pun susah dpt so watpe belajar rajin2.

    budak2 lain: btoi jugak kepimpinan melalui teladan, cikgu mengajar la sorg2. Jom main kawan2.

    c. Suhaimie: grr bengang (btoi juga aku jgn kata SPM cabok, UPSR taik pun tak mampu dapat semua A!) kui kui kui

    ...
    “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...