KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 31 January 2016

PERTUKARAN MB ANTARA UMNO DAN PKR SIAPA LEBIH TERTIB, DEMOKRATIK DAN BERAKHLAK??????


Baru-baru ini PKR melalui Ketua Whip Parlimennya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani YB Dato' Johari Abdul mendakwa parti itu lebih tertib ketika menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 2014.

PKR juga mendakwa UMNO tidak tertib dan tidak demokratik dalam usaha menukar dan menurunkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Di media sosial, kenyataan Ketua Whip PKR itu menjadi bahan bualan dan perdebatan hangat. Bagi penyokong totok pembangkang terutamanya dari PKR, PAN dan DAP, mereka mengiyakan dan menerima bulat-bulat tanpa sedikit pun mencuit minda diajak berfikir secara fakta dan rasional tapi bagi penyokong UMNO/BN terutamanya rakyat berfikiran yang tahu cerita sebenar yang sentiasa menapis semua maklumat sebelum dihadam mentah-menah merasakan kebijaksanaan mereka dihina dan diperlekehkan sudah pasti merasa marah.

Secara terus terang Omak rasa termuntah hijau apabila membaca kenyataan berani mati tanpa malu Johari Abdul ini.

Bagi rakyat yang mengikut rapat pergolakkan Menteri Besar Selangor pada 2014, kenyataan PKR itu amat mengejutkan.

Kenapa Johari mengeluarkan kenyataan itu sedangkan seantero dunia (media asing turut membuat liputan) tahu bagaimana parti itu berusaha menyingkirkan Khalid sehingga sanggup menjaja fitnah.

Ya, mungkin Khalid degil kerana tidak mendengar arahan parti (seperti PKR dakwa) tetapi tergamak parti itu memfitnah dan mengaibkan beliau. Bukan saja Islam malah semua agama pun melarang penganutnya memfitnah dan mengaibkan orang.

Seburuk-buruk UMNO pun (baca segelintir pemimpin UMNO), mereka tidak memfitnah Mukhriz apatah lagi membuat siri jelajah pusing satu Kedah kalau tidak pun negara menjaja keburukan Mukhriz. UMNO menguasai media cetak dan elektronik arus perdana tetapi adakah mereka memburukkan Mukhriz?

Jawapannya TIADA. Jadi apakah yang dimaksudkan Johari yang mendabik dada mengatakan PKR lebih tertib dalam menukar Menteri Besar?

Ketika kontroversi Menteri Besar Selangor pada 2014, seluruh negara dimomokkan dengan keburukan Khalid. Ia bukan datang dari UMNO tapi PKR dan Pakatan Rakyat termasuk DAP melainkan PAS.

Dokumen berjudul ‘Menggantikan Menteri Besar Selangor’ menyatakan dan memberi gambaran Khalid seorang MB yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Untuk rekod, bekas Setiausaha Agung PKR , Datuk Saiffudin Nasution telah meminta maaf kepada Khalid bagi pihak parti di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Ogos 2015 kerana memfitnah dengan pelbagai cerita tipu yang direka cipta. Adakah perbuatan PKR itu tertib?

Usaha menyingkirkan Khalid bermula dengan‘Langkah Kajang’ sebagai usaha pertama menukar Khalid walaupun awalnya Ketua Umum PKR yang disanjung tinggi, Datuk Seri Anwar Ibrahim beriya-iya menafikan.

Di situlah juga bibit perpecahan Pakatan Rakyat. PKR tanpa berbincang dengan rakan-rakan lain terlebih terutama PAS terus membuat langkah sumbang yang akhirnya menjadi bibit pertelingkahan PAS-DAP.

PKR menjadikan dirinya seperti tidak berdosa dan maksum sebaliknya PAS pula dijadikan serangan kerana enggan terima pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar wanita pertama di negara ini.


Masih lagi PKR mengikut tata tertib dan demokratik?

Amat menyedihkan apabila ada pemimpin PKR yang masih mampu mengangkat muka, mendabik dada tanpa melihat kepada sejarah dan fakta terus mengkritik UMNO secara keras dalam isu Menteri Besar Kedah.

Lebih baik PKR diam dan muhasabah diri untuk mengelak lebih banyak pekung di dada terburai. Biarpun UMNO sangat tidak disenangi rakyat jelata ketika ini, tapi parti itu tidak memburukkan Mukhriz dan tidak keluarkan dokumen memfitnah Mukhriz.

Tetapi tidak bagi PKR, parti itu sanggup memfitnah Menteri Besar mereka sendiri. Biarpun terpaksa membaca kenyataan mohon maaf di mahkamah, PKR tak kisah kerana cita-cita burukkan dan singkir Khalid telah berjaya.

Dalam hal menjaga tatatertib dengan istana, UMNO dan PKR tidak langsung boleh disamakan kerana UMNO jauh lebih baik dan beradab.

UMNO mengikut protokol dalam urusan menukar Menteri Besar. Lantas, tiga nama calon diberikan kepada Istana Kedah untuk menggantikan Mukhriz.

Tapi PKR dan Pakatan Rakyat? Mereka hanya mencalonkan satu nama. Kononnya tanda sepakat. Tahukah tindakan itu telah membangkitkan kemurkaan Sultan Selangor? Tertib sangatkah langkah PKR itu?

Cermin dulu sebelum berkata-kata jika enggan parti dipandang hina kerana bersuara tanpa fakta.

Bila kita berjalan, jangan hanya mendongak ke langit, selalulah pandang kebawah sambil melihat rumput . Sebelum mengata orang, cerminlah diri. Jika anda lebih buruk lebih baik diamkan diri.

94 comments:

  1. KE-DUNGU-AN JOE BEDUL MEM-BODOH-KAN DIRI SENDIRI!!!

    Manusia memang mudah lupa. Tidak kiralah sama ada seseorang itu rakyat biasa atau pemimpin. Penyakit lupa ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira usia, pangkat atau darjat. Itu lumrah.

    Namun apabila kepelupaan manusia itu dikaitkan dengan tujuan untuk meraih markah politik semata-mata, ia boleh menjadi jenayah moral yang agak besar.

    Ahli Parlimen PKR Sungai Petani menyifatkan krisis Menteri Besar yang sedang berlaku di Kedah ini sesuatu yang 'buruk' kerana kononnya penyandang didesak berhenti secara terbuka.

    Beliau juga menuduh bahawa episod desakan pucuk pimpinan UMNO Kedah mahu menukar Mukriz sebagai Menteri Besar itu sebagai satu tindakan yang kurang tertib atau tidak beretika.

    Kenyataan yang dibuat di bangunan parlimen kelmarin sekaligus menyerlahkan ke-DUNGU-an pengamatannya perihal politik dan satu pemikiran yang amat tidak adil serta tidak ikhlas.

    Ini kerana Johari bukan sahaja mempunyai pandangan negatif mengenai krisis berkenaan tetapi cuba membuat perbandingan dengan “kecekapan dan keelokkan” cara partinya, menangani isu yang sama dua tahun lalu di Selangor.

    Johari mungkin tidak sedar bahawa sebenarnya beliau “membuka pekong di dada” dan natijah tindakannya itu boleh dibaca sebagai rakus serta tidak sensitif betapa perilakunya cuba “membela dan menggilap” sejarah politik partinya itu semakin memburukkan citra PKR yang tercemar dek strategi bebal yang dipanggil Langkah Kajang.

    Johari yang juga Ketua Whip PKR di parlimen menyatakan bahawa PKR mempunyai alasan munasabah ketika itu untuk menukarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
    "Namun kita menukar MB secara demokratik dengan memberi alasan mengapa beliau harus undur,” katanya.
    Mungkin cara demokratik yang beliau maksudkan ialah dengan ‘mengarahkan wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh supaya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negerinya demi mengizinkan Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil.

    Tujuannya ialah apabila Anwar menang, beliau akan mudah diserahkan jawatan Menteri Besar oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Malang bagi Johari beliau gagal memperjelaskan apakah cara “bersih” dan demokratik yang dilakukan oleh PKR untuk menurunkan Tan Sri Khalid dari kerusi menteri besar.

    Malah yang masyarakat boleh ingat ialah Tan Sri Khalid mencabar pelbagai tuduhan yang dilemparkan dengan cara rasmi terhadap untuk memaksa bekas tokoh korporat itu meletak jawatan dalam mahkamah.

    Apabila tiba hari perbicaraan perundingan diadakan di antara PKR dengan Khalid dan Setiausaha Agung PKR terpaksa memohon maaf dan menarik balik pelbagai tuduhan yang dilemparkan PKR.

    Dalam erti kata lainnya, 'Cara Bersih' yang dimaksudkan oleh puak - puak PKR tu adalah dengan melemparkan pelbagai tuduhan serta menyebarkan Fitnah terhadap Khalid Ibrahim demi untuk menggugurkan dia dari jawatan Menteri Besar Selangor!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim
      FMT Reporters


      PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.

      Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.

      Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

      Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.

      Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.


      “Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

      “Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

      “Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.

      Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.

      Delete
    2. YG LEBIH TERTIB DEMOKRATIK DAN BERAKHLAK IALAH MENUKAR MB PERAK NIZAR KPD MB BLACK METALIC

      IA DIBUAT PARTI DAYAK BERSATU

      Delete
    3. Pkr ni mcm ayam jantan berkokok tp taik penuh dibontot

      Delete
    4. Omakkau barua umno

      Delete
    5. Semua yg menentang PAN akan dituduh ameno. INI adalah kerana DAP Anti Islam

      Delete
  2. Saya hormat Mukhriz Dan TSKI, ada prinsip!

    Bukan macam PAN Imayam pimpinan Mat Selfie Wala DAP tu. Kalah pemilihan merajuk chow Jadi balaci DAP. No maruah no harga diri. Weiii Mat Sabu kasi dengar OK. Jgn buat Pokaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Presiden PAN Rahmatan Lil ' Alamin tak Jadi MB (Menteri Besar) tapi Jadi MB (Macai Besar) DAP.

      Yg Mulia Sifoo Abang Mat Sabu MB (Macai Besar) DAP al selfie

      Delete
    2. Dengan bantuan DAP, Parti Amanah akan berjaya sebagai talibarut DAP.

      Hidup Abang Mat MB (Macai Besar) DAP al Selfie

      Delete
    3. Ini buktinya. Jawab satu per satu. Siap aku bagi Link lagi.

      Sesuci-suci manusia dimata PAN Imayam adalah DAP, sehina2 manusia bagi PAN Imayam ialah orang Melayu berketurunan Islam

      http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

      Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

      APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

      Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

      Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

      BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

      Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

      Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

      Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

      Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

      Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

      Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

      Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

      Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

      Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

      DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

      Delete
    4. Bagila 100 lagi bukti pun...

      Delete
  3. PAN pimpinan Mat Sabu adalah Talibarut DAP

    DAP pula Anti Islam

    http://www.ismaweb.net/2015/02/dap-semakin-rasis-terhadap-islam/

    Oleh Siti Fatimah Ishak

    BANGI, 10 Feb- Pengerusi PEMBELA, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin hari ini mempersoalkan tindakan pemimpin-pemimpin parti rasis, DAP apabila kelihatan semakin biadab terhadap agama Islam.

    Katanya, sejak akhir-akhir ini, pemimpin DAP terlalu menunjuk yang mereka tidak berpuas hati dengan amalan-amalan Islam termasuk khutbah Jumaat.

    Seperti semalam, Exco Pulau Pinang, Chong Eng mengkritik teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor berkenaan ‘Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri’.

    Chong Eng menyifatkan mesej tutup aurat tidak membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan.

    Ustaz Hafiz berkata, apa yang Chong Eng tahu mengenai aurat dan hubung kaitnya dengan penzinaan atau rogol?

    “Sejak bila Chong Eng rajin mendengar khutbah Jumaat?

    “Bayangkan kalau kami umat Islam mula mempertikaikan agama Chong Eng dengan lojik akal kami sendiri, apa akan jadi pada penganut yang sama agama dengan Chong Eng?

    “Jadi, fikirkanlah, jagalah hati umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sehubungan itu, Ustaz Hafiz berkata, Peguam Negara didesak untuk mendakwa Chong Eng mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan atas keceluparan mulut beliau.

    “Dan kepada Chong Eng, anda disarankan untuk belajar lagi mengenai Islam.

    “Jangan sekadar mendengar khutbah Jumaat dan mengulasnya dengan penuh kejahilan mengenai Islam, agama yang diwahyukan Allah ini,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.ismaweb.net/2013/07/desakan-dap-cuba-ubah-status-islam-sebagai-agama-persekutuan/

      Desakan DAP cuba ubah status agama Islam sebagai agama persekutuan


      BANGI, 12 Julai – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membantah tindakan Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming yang meminta lima negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang masih memberi kuasa kepada seorang daripada penjaga untuk menentukan agama anak di bawah umur.

      Presidennya, Tuan Musa Awang berkata, ini sebenarnya antara perjuangan DAP yang mahu menghapuskan status agama Islam sebagai agama Persekutuan.

      “Rang Undang-Undang Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan 2013 belum lagi selesai dibincangkan, hari ini DAP minta pula pindaan di peringkat negeri.

      “Kenapa harus dipinda? Sedangkan enakmen tersebut adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

      “Maka dalam hal ini seharusnya kita yang beragama Islam inilah perlu memainkan peranan dalam mempertahankannya,” tegas Tuan Musa ketika dihubungi wartawan ISMA.

      Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi yang membuat keputusan. Jadi tidak timbul sebarang masalah dalam hal ini sepertimana dengan kes yang dirujuk sebagai Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray.

      Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak itu mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

      Bagaimanapun katanya, beliau kesal dengan tindakan kerajaan kerana telah menarik balik pembentangan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan 2013 yang lalu kerana pindaan tersebut adalah selari dengan perlembagaan dan beberapa keputusan mahkamah yang juga berpendapat seperti itu.

      Seharusnya pihak kerajaan tidak akur dengan mana-mana desakan yang mahu penarikan balik rang undang-undang tersebut dan kini natijahnya mereka mahu pula meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

      Delete
    2. Begitu hebat DAP menentang agama Islam di Malaysia. Pada masa yang sama PAN Imayam pimpinan Mat Sabu sanggup menjadi Talibarut DAP.

      Zaman tahun 50an Golongan anti Islam ini dipanggil Komunis dan siapa yg menjadi talibarut adalah penderhaka yang nyata. Apa abang Mat Sabu buat? Bapak Komunis Karl Marx kata ugama itu candu dia boleh setuju. Lain lagi la.

      Tak percaya; Ni Link kat Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      Kalau President setuju dengan Bapak Komunis, Prebet, Koperal, Sarjan PAN macam mana ???????

      Mari kita londeh Mat Sabu d Khianat

      Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

      " Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."

      Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

      Jesse Labu Keadilan N9ERS

      Delete
  4. Woi PANipu


    Ini aku copy paste dari website DAP. Roketkini.

    Laknatullah punya DAP memaki hamun Khutbah Jumaat. Saya malu dengan Mujahid, Mat Sabu, Dr Dzul, Khalid Samad dll dalam PAN. Sanggup berwalikan DAP Anti Islam kerana mahukan Pangkat.

    Ini bukti DAP memaki hamun Khutbah Jumaat pada tahun 2014. Roketkini tu

    http://www.roketkini.com/2014/02/02/sebar-kebencian/

    Khubah Jumaat sebar kebencian, JAKIM cabar usaha ke arah keharmonian? -Lim Kit Siang

    KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melahirkan kekesalannya terhadap beberapa khutbah Jumaat baru-baru ini yang dilihat sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.

    Beliau berkata, kandungan teks khutbah terbabit yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ternyata amat bertentangan dengan nada positif kerajaan BN untuk menerima tawaran PR agar perbincangan Konsensus Nasional diadakan.

    Yang lain saya tak sanggup copy paste kerana kenyataan dari orang Sesat dan menyesatkan itu amat menghiris hati umat Islam.

    Komem aku : Mungkin PAN Berbangga dengan sifat anti Islam DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh ayat mudah pun nak putar belit. BM x lulus ke? Nampak sangat spesis spm shje.

      Delete
  5. Kah kah kah ....... mmg PKR dan PAN dua2 taik ...... buat kerja pun mcm taik ! Kata berakhlak tinggi ....... tp yg aku nampak depa punya fitnah mmg berskil tinggi mengalahkan cerita tamil !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang mmg walaOnta...sokong lg hadi yg sokong najib utk lwn ikhwanulmuslimin

      Delete
    2. Puak2 PKR, DAP dan PAN ni mmg puak2 yg perasan bagoes..tapi hakikatnya perangai mengalahkan yahudi mabok...dah kantoi fitnah TSKI, melutut minta maaf kat mahkamah..tp luar mahkamah buat balik kerja fitnah tuh...puak2 ni patut buang negeri ke israel jer..

      Delete
  6. Pkr bukan saja tidak demokratik malah kurang hajar dan melampau apabila istana meminta lebih dari satu nama calun dia Pkr buat pekak badak hantar satu calun dan ajak sekali Dap supaya kurang hajor dengan istana. Dap apa lagi peluang keemasan menghina melayu, Islam dan istana terbuka. Tanpa buang masa mereka sama2 kurang hajor dengan istana.
    Aku tak sokong Najib tapi dari penelitian aku dia ada hantar beberapa nama calun pada istana apabila diminta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR, DAP dan PAN mana faham arahan dlm BM, lainla kalu bahasa tamil imayam..istana kata nak 3 tp diorg faham satu nama..lepas tu salahkan PAS..bahlol btl

      Delete
  7. Kasihan sama hadi dan harun din. mati2 sokong najib pasal derma (?) last2 pandi ag habaq duit derma utk lwn ikhwanulmuslimin. nampaknya dah tak dak beza antara hadi dan harun dgn al sisi yg sembelih beribu2 umat islam hatta yg sdg solat dlm masjid. bila agaknya hadi dan harun nak pi mesir ziarah al sisi? satu kaum katakan! jgn lupa kasi tazkirah sikit...maklum le hadi kan tuan punai sehat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya2. Kasihan sama haron din, asyik kena kelentong aje. Kelmarin si Ravi keling tokey rayani air pun tipu nak lantik haron din sbg penasihat syariah kompeni...

      Delete
    2. BETUL DUIT TU UTK LAWAN PAS DISURUH SAUDI

      DAN DGN DUIT ITULA PAS BERJAYA DIBODOHKN UMNU. BILA GUNA SENJATA DUIT.. MESTILAH UTK DISOGOK DGN JANJI2 PALSU. TK PERLU PERANG PUN.

      ITUPUN DUIT TK HABIS PAKAI. HAHAH MURAH SUNGGUH HARGA PASUG BLH DIBELI UMNU. TERPAKSALAH NAJIB PULANGKN SEMULA SEBB CIPUT SAJA PUN PAS DH DIJINAKKN

      TP PAS LUPA UMNU KAKI PENIPU. DIJANJINYA DUIT... BUAT KERJA KOTOR ROSAKKN PR DULU. BILA DH BERJAYA TERHEGEH2 PUAK PASUG NK TAGIH DUIT TU...

      UMNU BUAT BODOH JE GUNA TEKTIK LAMBAT2KN HABUAN.

      TK LAMA LG UMNU AKN BGTAU PASUG... I LIEEEE!

      SO HUDUD MASUK LONGKANG...MUSUH KELILING PINGGANG. PENYOKONG DITIPU. QURAN HADITH DIPERMAINKN

      DN PAS AKN LEBIH HINA DR BABI DLM BUKIT KERANA MENJUAL AGAMA

      SESIAPA YG NK MENGELAK DPD BALA YG SEDANG MENANTI SAAT UTK MENIMPA PENIPU AGAMA INI... JAUHI PAS DN BERTAUBATLAH

      AGAMA BKN HNYA DIMULUT YG MENGHAFAL QURAN HADITH TP DIPERBUATAN DN AKHLAK YG MULIA.

      PEMBOHONG PEMAKI PENJILAT ORG ZALIM BKN AKHLAK MULIA. IA AKHLAK ISI NERAKA

      PEWARIS NABI SAW MESTI MEWARISI SIFAT NABI SAW... FATHONAH... BIJAKSANA... BKN SEMATA2 LULUSAN AGAMA

      KLU BODOH KENA TIPU BYK KALI. ITU BKN FATHONAH NAMANYA.. ITU KE TANAH... TK LAYAK MENGAKU PEWARIS NABI SAW.

      Delete
  8. Kira pi tolak mai pkr dan umno sama saja dlm punukaran mb ni.

    ReplyDelete
  9. Kahkahkah. Padan muke hadi dan harong ding...igt najib hadap sgt ke adi dan harong ding tu...semata-mata nk kasi najib menang je.lepas tu kene terajang la pas mcm dulu
    Lepas tu pas baru sedar nk buat pas for all balik,ulang balik benda2 yg sama..mmg org2 amno kata pas ni xcerdik dulu aku xpercaya..skrg br percaya napee amno kata pas mcmtu
    Kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha padan muka siJohari ni...belit punya belit, last2 terkantoi diri sendiri. Sekarang dah terbukti yg PKR ni lg teruk dr UMNO...ketua kaki jubur..anak buah kaki lebong..kena sangatla tu

      Delete
    2. Ahmad maslan pkr...

      Delete
  10. Gbap Halban31 January 2016 at 12:04

    Ini lah penyokong TOTOK PKR Haramjaddah yang baca tak paham, tulis merapu, benak otak akal dah letak sama taraf dengan BABI.

    Hang pie mampuh lah tak memahalkan makanan kat malaysia nie..

    ReplyDelete
  11. Salam mana 2.6b ? ,

    Ramai keparat yang masih enggan mengundi selain umno kerana mereka takut dengan propaganda melayu akan jadi hamba. Walhal Melayu jadi hamba bukan kerana umno tidak memerintah tetapi kerana sikap mereka yang malas berusaha, tunggu hendak disuap dan nak short cut.

    Otak mereka tak pandai dan mereka sendiri PENGECUT untuk bersaing justeru amat mengharapkan kuota dan cable.

    Mereka lebih suka mengeluh, menyalahkan orang dan berdengki kenapa mereka miskin di bumi sendiri sedangkan mat indon baru datang boleh jadi kontraktor kaya. Teruskan lah mencipta alasan wahai bangsat dan biar umno menjual harta kekayaan mu.

    Tolak UMNOBN undi PR kembalikan keadilan sosial agar semua berfungsi mengikut tahap kepandaian masing-masing.heee

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
    Replies


    1. SEMUA DAKWAAN ANDA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG BUKTI -

      Ko hanya main tembak rambang saja --
      Kalau di mahkamah bukan saja ko kalah tetapi terpaksa membayar kos mahkamah.


      Delete
  12. PKR tu ada darah UMNO. Tak pelik berpolitik cara UMNO malah kadangkala lg teruk. Yg jelas PKR lebih anuar dr rakyat perjuanganya.

    PAN pula puak yg kalah dan buat parti lain atas alasan lebih proaktif dsb. Kalau nenang x punya buat parti baru. Dalam udia parti yg muda dan hendak cepat kehadapan ..padtinya bergantung pd DAP laknat itu. PAN parti yg membisu bila Islam dilanyak DAP.

    ReplyDelete
  13. Pehhh khalid ibrahim bekas mb sokong tppa. Terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. khalid mana? sahak gugup ke...ni sugar daddy omak nih...songgeh omak sampai mancung gigi bila sebut nama sahak...ptui

      Delete
    2. Omakkau barua umno

      Delete
    3. omakkau agen btn utk cetus perkauman. lps tppa omakkau pun tkde market dh.. apco akn buat keje propaganda sepenuhnya

      Delete
  14. hadi + haron = al sisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian betul harun hadi tu... taraf labu labi je

      rupanya najib dpt duit utk hancurkn pas.. pas pulak cinta kt najib umnu... hahaha bodoh bodoh

      mcm pompuan kena sontot sbb caya janji manis lelaki casanova. abis madu sepah dibuang

      tk habis pun 2.6b utk bodohkn pas... mulah mulah ini chow kit punya sulah tua maaaaa. lu hutang pun blh maaa.

      klu betul ulamak waris nabi saw tkkan kena patuh 40x pada lubang yg sama

      tgk saja tgna... sekali pun umnu xdpt patuk.. itu pewaris nabi saw

      Delete
    2. harung jing + aljuburi = al taik al penipu al loyar buruk.

      Delete
  15. Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada PAS sendiri.

    Malah di dalam portal PAS Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati PAS terhadap Menteri Besar Kelantan (dari Pas) ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan PAS melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

    Yang diselindungkan PAS ketika itu ialah:

    ● Ada di antara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk Umno-BN. Hakikatnya pada ketika itu Umno-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

    ● Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai BN pada 1973.

    ● Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan Umno hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan Umno.

    ● Dalam tempoh 1973-1978, Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-Umno.

    ● Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin PAS Kelantan sendiri.

    ● Mohd Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

    ● Krisis Kepimpinan PAS Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.


    Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga PAS.

    ● Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Baru. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bgus bro... teruskn dedah buruk pas yg betul bkn fitnah

      sbb penyokong pas ramai dh sesat ingat pas ni agama.. keluar pas dianggap murtad.

      ulamak pas mksum dh mcm ayatollat syiah

      penyokong dh mcm IS kerja nk bunuh org yg xsokong mereka je.

      hudud?lps tppa lg tkleh nk buat. yg sain tppa umnu lah yg pas cinta sgt tu.

      Delete
  16. ● Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

    ● Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

    ● Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama Umno dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri. ● Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN.

    ● Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung PAS dijadikan “kambing hitam PAS” apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong rang undang-undang Darurat.

    ● Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-Umno ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-Umno, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

    ● Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, menyebabkan Umno terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-Umno.

    ● Rentetan dari itu juga menyebabkan “krisis dalaman PAS” kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

    ● Keluarnya PAS dari gabungan BN-Umno, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.

    ● Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan PAS cuba menggadaikan Kelantan.

    Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab PAS tersebut. PAS “diceraikan” selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari 1978 lg puok-puok Pas nie buat perangai setan dia... bila laa nk berubah...

      Delete
    2. Satu kupasan sejarah yang terbaeeeek. Harap2 totok2 PAS akan baca dan faham....ini fakta dan bukan cerita dongeng

      Delete
    3. kalo buta ati dan buta mata tu mmg xkn trima la kupasan sjrah ni... fkta ni fkta... jgn nk spinnnnnn...

      Delete
    4. berpuluh tahun dah kesah balak nie... sekarang lagi terbongkar kesah balak

      Delete
    5. Baca betul betul dan nilaikan .

      Perpaduan UMNO dan PAS goncang memang sebab pemimpin Pas sendiri yang tikam belakang Asri Muda.

      Sekarang ni PAS nk jadi liberal tak ada pulak dia nak keluarkan sebarang kecaman dan hentaman

      Delete
    6. walak membabi buta = walaunta

      Delete
    7. Bila la puak2 PAN ni nak bertaubat...dah jauh sangat terpesong nih...katanya fakta tapi lebong blaka. Kalu betul dah lama dah SPRM dakwa, ni tak ada pun. Begitu jugak dgn dakwaan sipujaan hati puak2 ni iaitu si Husam...bila la dia ni nak kotakan janji nak sumpah cerai bini dia tuh...senyap sampai ke lanie..tak berani la tue!!

      Delete
    8. Melalak membabi buta = PANdir

      Delete
  17. Omak Kau tolong jawab...

    Apa beza cara menukar Menteri Besar antara Pas dengan Umno?

    Sama?

    Hampir sama?

    2 x 5 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh bapak kao tlg jwb... mana sama? Macai umno mkn dedak tn presiden, loyal2. WalaONTA pas kena kencing tuang guru, walaq2...sama ke? kembar x seiras tu.

      Delete
    2. Bila masa pulak PAS ada tukar menteri besar? banyak mkn bak kut teh si anon 13.30 ni!

      Delete
    3. Anonymous31 January 2016 at 16:03 DIA REFER MB SELANGOR DAN MB KEDAH LAA NAK POLITIK SANGAT ADOII

      Delete
  18. langit masih seperti dulu, membakar dan terus, membakar kulit, mamat-mamat malaysia, petani,buruh,penoreh getah dan sebagainya termasuk buruh am

    pertemuan berlangsung di atas bangku rumahnya, waktu itu aku bertugas sebagai PRO dan wartawan majalah PERISTIWA, terbitan, Dian SDn Bhd, dibawah kelolaan, allahyarham Datuk Yussof Zaki, pengasas majalah Dian, pada awal tahun 1960an, tidak lama dulu

    sebagai menteri besar kelantan, Allahyarham,entah mengapa dan kenapa "tidak sehaluan" dengan pucuk pimpinan PAS, Datuk Haji Asri Muda. Beliau lebih rapat dan dekat dengan Tengku Razaleigh Hamzah, yang pada waktu itu Menteri Kewangan

    dikatakan setiap kali Ku Li pulang ke Kota Bharu, beliau akan bertemu dengan Ku Li. Dan sebagai termaktub dalam sejarah., setelah di pecat dari jawatan Menteri Besar, Kelantan, menerusi dewan undangan negeri kelantan, rakyat kelantan bangun, menyokong Mohd Nasir, impak poilitiknya berlaku Mageran, pemerintahan Mageran dan pada pilihanraya 1978, UMNO dibantu oleh parti Berjasa, yang baru ditubuhkan Mohd Nasir, berjaya "menewas, menumbang" dan membumihaguskan pemerintah Islam Pas di negeri kelantan, sejak berdekad, sejak pilihanraya pertama diadakan di malaysia

    ternyata kelantan yang dulunya menjadi kubu kuat Pas akhirnya tertewas dan tersungkur dikaki UMNO dalam pilihanraya 1978.

    ReplyDelete
  19. Ada persamaan antara Pas Kelantan era Allahyarham Datuk Muhamad Nasir dengan era Ahmad Yaakob.

    Kedua-dua menteri besar Pas ini lebih mesra dengan Umno.

    Jika Muhamad Nasir mesra dengan Tengku Razaleigh, Ahmad Yaakob pula mesra dengan Najib.

    Penghujung kemesraan Muhamad Nasir dengan Tengku Razaleigh berakhir dengan Pas tumbang di Kelantan.

    Apakah sejarah Pas Kelantan tumbang tahun 1978 akan berulang pada tahun 2018?

    Tanda-tanda kearah itu semakin jelas!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRESIDEN Pas yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, selepas krisis ini, PAS menerima ahli baru, tiap-tiap bulan, tidaak kurang dari 5, 000.

      Katanya, walaupun 18 orang keluar isytihar keluar parti, 5,000 orang telah memohon untuk menyertai parti itu.-22/7/2015

      # kahakah....itu 5 6 bulan dulu....sekarang ni dah senyap dah pasal kemasukan ahli baru...dah habis borang kot?

      atau semua 30 juta rakyat malaysia dah jadi ahli Pas..

      kahkahkahakkk>>>>>

      Delete
    2. Anon 14.10, keahlian PAN dan berapa ratus org dah sekarang nih? keja kuat2 bro edarkan borang PAN tu kat pasar mlm..kalu hari jumaat tu kerja lebih sikit, selitkan borang tu kat viper kereta...tak payah jeles dgn PAS..paham!!

      Delete
    3. YANG PELIKNYA KALAU SAMBUTAN SIKIT UTK PAN KENAPA OMAKKAU ASYIK BESAR2KAN CITER PAN DLM BLOG DIA? KE NAK BAGI IKLAN FREE? AKU X FAHAM BETUL....TAK PASAI2 PAN DPT SOKONGAN KESIAN DARI RAKYAT YG SENYAP

      Delete
  20. Bagi pemimpin PKR perkataan malu atau takut menfitnah memang tidak ada dalam kamus mereka.Lihat saja kenyataan dari mereka kita yang tak terlibat dalam politik pun kadang2 tersenyum sumbing melihat telatah ini.Mungkin bagi mereka inilah cara terbaik untuk memperolehi kuasa.Hakikatnya orang tahu bahawa cara ini sangat tidak bermoral dan teramat jijik.Tidak akan selamanya orang tertipu.

    ReplyDelete
  21. Jika wirid hanya bab melayu,dap dan kondem pula pas nampak sangat macai manai ni spesis barua cyber trooper ameno keh keh keh

    ReplyDelete
  22. PAS Kelantan belajar dari pengalaman tahun 77..sbb tu PAS kena singkirkan PAN di Kelantan lantaran mereka boleh jd spt parti BERJASA yg sanggup menjual diri pada pemerintah yg kuat termasuk DAP..

    ReplyDelete
  23. Orang PAN cukup marah kalau bab-bab sentuh DAP pasti akan dituduhnya ini kerja cai-cai ameno.Sayang dan hormat sungguh dia dengan seeful bukit penang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn sentuh dap selagi tk tipu nk laksana hudud dn selagi dap xsonglap duit tabung haji

      sapa sentuh dap siap dia

      Delete
  24. aku mmg dh tak dak hati ngan PAS nie...
    tapi ramai Ustaz dn ulama menyokong PAS...
    mmg nk kena pancung...
    tp tgk LA UMNO...
    dendam menguasai UMNO...
    yg pemalas Dan glia jawatan mmg ramai...
    mcm mana nk maju...
    tau2 bgtau Melayu dah tak bole bergantung pada Keistemewaannya...
    wahai akar umbi UMNO , perjuangkanlah Islam...
    utk kebaikan sendiri jg...
    "Membina Islam Secara Damai"

    #PAN_mesti_tumbang_dulu
    #CIMB_08050002702205

    ReplyDelete
  25. TAHUKAH ANDA : 9 DARI 10 CINA PRO DAP TAPIIII ANDA LAGI TERUK KERANA ANDA HIPOKRIT PUM PANG PUM PANG KATA CINA ITU CINA INI TAPI BELI HP, LAPTOP, BARANG DAPUR SEMUA KAT KEDAI CINA HEHHH - HATTA PAD BINI DAN PAD ANAK PEREMPUAN HAMPA PUN BILA DATANG HAID BELI KAT KEDAI CINA....... bahkan Mydin pun belambak jual barang dari kilang cina dap nih

    PSM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 16.59, tak payah la tunjukkan sangat kebodohan hang tu..tak ada istilah hipokrit la pasal islam tak melarang beli brg kat kedai cina atau barangan buatan kilang cina selagi brg tu halal, tapi utk org islam, haram bagi undi kat parti yg menentang tertegaknya hukum islam spt DAP dan sekutunya PAN..ada paham ka..kalu tak g tanya imam masjid ko

      Delete
  26. Umat pas ni bodoh benta. Hantu raya umno. Isu khutbah pun boleh spin. Org tegur jgn main isu perkauman pun kecoh. Akal mana? Kenapa jd isu agama plak. Dah besar sgt ke sampai bersungguh nak back-up umno. Ahli agama tp akal/otak guna mcmana nak tafsir Al-Quran yg lebih kompleks. Bangsa Cina lebih ramai menganut Islam jika dibanding dgn org melayu yg kemetot ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak2 yg dilaknat oleh sekelian pelaknat ni cuba nak backup DAP la pulak...mmg sial la korang mcm anon 17.54..dah terang2 DAP nak saman majlis ugama islam pahang pasal khutbah aidiladha. Apa hak si kapir ni nak dictate kandungan khutbah org islam. isi kandungan khutbah tu hanya menggariskan batas iman dan kufur..jd org islam tak boleh sokong puak2 yg menentang hukum islam..tu jer. Satu lg, si zulbijik tu lagi celaka..sanggup jd barua kapir.

      Delete
    2. Macam dia plak tuhan ikut suka nak laknat org...taubatlah sedara...kalau org mcm ni dlm PAS hancur...akhlak dan ihsan KOSONG...bkn setakat non muslim yg lari jauh dari Islam...org yg dah Islam pun lari jauh2...AKHLAK MANA DER?

      Delete
    3. itu ayat dlm sumpah baiah yg dilafaz oleh puak2 PAN la der..sah2 diorg mengaku sanggup dilaknat oleh sekelian pelaknat bila khianat..korg tanggungla sendiri! AKHLAK?..bila puak korg caci maki TGHH dan PAS korg tak terfikir ker pasal AKHLAK?...cam bagoes jer..sial

      Delete
  27. Salam OMAKKAU, aku makin nak termuntah beruk baca blog hang. Jangan bagitau orang, akai hang letah bawah lutut. Aku dulu penyokong PAS 110% tau, itu dulu. InsyaAllah hang akan berubah lepaih ni.

    ReplyDelete
  28. Kali pertama PAS memerintah Terengganu setelah berjaya dalam PRU1959. ADUN Setiu, Daud Samad berkelahiran Pasir Putih, Kelantan telah dilantik sebagai Menteri Besar yang pertama selepas era kemerdekaan Kerajaan PAS Terengganu pimpinannya hanya mampu bertahan selama 2 tahun, berikutan undi tidak percaya di Sidang DUN pada tahun 1961.

    Kali kedua PAS memerintah "Negeri Penyu Menangis di Rantau Abang" ialah dalam PRU1999.

    ADUN Rhu Rendang, Hadi Awang dilantik sebagai Menteri Besar. Kerajaannya hanya mampu bertahan sepenggal sahaja dan tumbang dalam PRU2004.

    Kelemahan pentadbiran dikenal pasti sebagai punca utama tumbangnya Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Daud Samad dan Hadi Awang dalam kedua-dua PRU tersebut.

    Lagipun kejayaan PAS dalam kedua-dua PRU itu berdasarkan oopurtunistt. Kejayaan PAS dalam PRU1959 ada hubung kaitnya dengan Parti Negara. Manakala dalam PRU1999 kemenangan PAS dibantu oleh faktor Anwargate yang melanda negara.

    Berdasarkan faktor-faktor di atas, saya membuat kesimpulan bahawa PAS Terengganu tidak mempunyai kekuatan dalam meneruskan hayat politik pemerintahannya walau pun Presiden Pas adalah orang Terengganu.

    Kejayaan Pas Trengenau memenangi 2 PRU tersebut semata-mata menumpang tui atas kesengsaraan orang lain.

    Dan peluang Pas Terengganu menang PRU 14 semakin tipis hasil daripada tindakan tidak cerdik Presidennya yang semakin menjadi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas kerajaan PAS tumbang melalui satu undi tidak percaya, ketiga-tiga bekas Adun Parti Negara itu dilantik sebagai ahli Exco kerajaan Perikatan Terengganu di bawah pimpinan Ibrahim Fikri.

      Undi tidak percaya itu dikemukakan setelah tiga orang Adun dari PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk 'dibtainwash'.

      Ini menyebabkan kerajaan PAS terengganu itu tidak dapat diselamatkan dengan apa cara sekali pun apabila tiga orang Adun PAS turut berpaling tadah setelah tiga Adun dari Parti Negara menyertai Umno.

      Sebenarnya kerajaan PAS Terengganu masih boleh diselamatkan lagi jikalau pimpinan PAS bersedia bertolak ansur dengan Parti Negara dalam pembahagian portfolio.

      Dato' Onn Jaafar memberitahu Zakaria Hashim dan Hussain Yaakub (Ibnu Muslim) bahawa Parti Negara bersedia bekerjasama dengan PAS dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri kalau seorang Adun dari Parti Negara diberi portfolio yang ada hubungannya dengan pemberian tanah.

      PAS menolak cadangan yang dikemukakan oleh Parti Negara itu dan akhirnya perhubungan dua parti itu menjadi tegang dan retak.

      Jelaslah kepada kita bahawa kerajaan PAS Terengganu masih boleh diselamatkan sekiranya Daud Samad sebagai Menteri Besar mahu menyerahkan soal pemberian tanah kepada Parti Negara.

      Delete
    2. Itulah contoh kebodohhan pemimpin Pas Terengganu. Tidak terkecuali juga di Kedah.

      Biar hilang kerajaan asalkan kebodohan tetap tidak terjejas.

      Delete
    3. Contohi kebijaksanaan pimpinan PAN yg membawa lari kerusi yg dimenagi atas tiket PAS..lepas tuh dgn muka tak tahu malu minta jawatan dlm majlis perbandaran, bukan 1 atau 2 tapi 24..hahaha tp the best part, diorg claim yg diorg tu Amanah...kepala bana tul

      Delete
    4. Anonymous31 January 2016 at 22:15 tahu ke undeng undeng SPR jika letak jawatan sebagai ahli parlimen atau adun? Ingat senang ke? Blaja dulu baru komen...buat malu jerk

      Delete
    5. Bro anon 22.31...peduli apa dgn syarat SPR tuh, yg paling utama korg dah khianat, dan melanggar sumpah baiah utk letak jawatan korg. Sumpah baiah tu atas nama ALLAH, bukan atas nama TGHH atau PAS. Letak jer jawatan baru rakyat nampak korg mmg "walk the talk" dan berAMANAH..faham!!

      Delete
    6. Bro anon 23:36 sepatutnya semua ahli parlimen PAS dan ADUN letak jawatan sebab mereka baiah atas perikatan 3 parti so semua patut letak jawatan BARU ADIL ke guane? SO SEMUA MEMANG TAK AMANAH KAKI BELIT SEMUA AHLI PARLIMEN DAN ADUN PAS DAN EX-PAS TERUTAMANYA SO LETAK JAWATAN BELAKA

      Delete
  29. Konboi bebaskan aljuboori kat sas alam tak ada sambutan lansung...ko orang suma tak ada rasa ngilu kat jubo memasing ke..? Ini suma bahana pasal singkir TSKI tak ikut peraturan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. org dah tak percaya dan tak nak bersubahat ngan peliwat tua kutuk tu...org bodoh yg mudah di jubur dan dikelentong jer yg percaya ngan dia..keh keh keh

      Delete
  30. KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

    Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355 di Parlimen.

    Ketua Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.

    "Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja," katanya.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Amar, Takiyuddin perlu bertanggungjawab]

    Fadli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Husam sendiri sudah menyedari beliau bukan lagi relevan dalam arus politik semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fadhli budak hingusan nk lwn husam... lempang aje budak bodoh pas tu.

      suruh tegur najib tk berani. nk tunjuk hero dgn husam.

      balak kena ronpak depan mata... buta ke. buta hti buta nata.

      inilah pelapes parti assobiyah pas ug

      Delete
  31. Pantat lah omakkau... kalau mcm ni..cara kau mengendalikan blog.. org buat blog utk meningkat minda. Ini tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki taik dicermin taik sedang menggelupur dan marah tak tentu hala.

      Delete
  32. Tan Sri Khalid Ibrahim tokoh yang dibela PAS, pun sokong TPPA
    AMALAN UNDIAN BLOK YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA.

    ReplyDelete
  33. Ramai puak umno kat sini komen backup pas. Umno dah lali dgn fitnah,dan ahli terikut2 tanpa sedar. Hati2 umno itu bangsat negara.

    ReplyDelete


  34. Semua parti politik mempunyai maktalamat (manifesto) masing2,:

    UMNO MCA MIC - untuk membela bangsa2 yang diwakilinya, yg telah lama tertidas di bawah penajahan

    PAS - untuk membela ugama Islam

    PKR - untuk membela keadilan - majoriti Melayu melihat pemecatan DSAI adalah satu kezaliman.



    Nah sekarang Parti PAN (AMANAH) INI MEMBELA APA --
    APA TUJUAN PARTI INI DITUBUHKAN --
    APA MANIFESTO NYA

    Aku lihat parti ini hanya untuk ahli2 PAS yg kecewa kerana kalah dlm pertanding


    ReplyDelete
  35. PAS perjudikan Islam utk keduniaan.

    ReplyDelete
  36. Hi! Please join me on WowApp. Visit my personal page and see what it is all about. Thank you.
    shahrulzahari73: https://wowapp.com/w/shahrulzahari73

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. Ya!
    PKR yg jelajah fitnah tski memang jilake...

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  40. Ada pn crita psl TSKI, rindu nk baca.. Tengs omakkau... ;)

    ReplyDelete