Thursday 7 January 2016

JAWAPAN TIAN CHUA MENGAPA DEMO SHUTDOWN SUNGAI BESI YANG DI DUKUNGI PAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN DARI DAP DAN PKR.


Isu berhubung tunjuk perasaan
#ShutdownSungaiBesi yang didukungi Parti Amanah Negara (PAN) tetapi tidak mendapat sambutan daripada ahli PKR dan DAP bukan suatu masalah.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata ini kerana setiap parti mahu menunjukkan kebimbangan mereka berhubung sesuatu isu.

“Kadangkala PAN pun memerlukan publisiti untuk menunjukkan mereka membawakan sesuatu isu supaya orang tak nampak PAN bantai PAS sahaja.

“Bagi saya, tidak ada perkara pelik mengenai perkara itu. Adakala Keadilan bersendirian untuk mengadakan demostrasi..adakalanya PAS bersendirian..apa-apa la..saya rasa tidak ada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jumlah peserta yang kurang memberangsangkan khususnya ahli DAP dan PKR semasa tunjuk perasaan #ShutdownSungaiBesi pada ambang tahun baru meskipun isu yang dibawa rapat dengan rakyat.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemberian lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), Tian Chua mengesahkan partinya membuat tawaran kepada PAN.

Katanya, penawaran itu atas dasar persahabatan dan PKR menganggap PAN sebahagian daripada Kerajaan Selangor.

Beliau turut diminta mengulas adakah PAS ada memberi kerusi miliknya kepada PAN.

“Saya ragu-ragu la. Saya tak fikir begitu. Susah la. Kita pun faham kalau you nak PAS beri, PAS mestilah menentang..then DAP pun tak nak bagi. Semua orang tak mahu bagi. At the end, thanks to Keadilan,” tegasnya.

Sebenarnya lebih kepada penilaian dan pandangan PKR dan DAP terhadap PAN.

Cuba PAN itu parti kuat gagah perkasa yang mendapat sokongan dan dokongan sebiji macam PAS .. rasanya mau dikerah semua ahli dan penyokong mereka seramai mungkin untuk turut turun sama.

Masalah besarnya ialah tiada langsung kelibat pemimpin-pemimpin hebat PKR dan DAP turun ... DAP sekadar ada wakil perempuan yang kalah dalam pemilihan DAP Selangor dulu .. sepatutnta paling sengkek pun kenalah Pengerusi DAP Selangor turun atau paling tidak Ahli Parlimen Sungai Besi atau Serdang atau Puchong sebab lokasi demo diadakan berhampiran dengan kawasan yang mereka wakili.

Ini suatu mesej dan isyarat kuat lagi jelas kepada PAN agar sedar diri dimana kedudukan partinya dalam lubuk hati dan mata PKR dan DAP.

PKR dan DAP seolah-olah mau melihat sendiri kemampuan PAN menarik anak-anak muda turun kejalanraya tanpa penglibatan aktif dari PKR dan DAP ... ternyata cukup menghampakan dan memalukan sekali parti yang mendabik dada berkata sudah berjaya melumpuhkan PAS dalam sekelip mata.

21 comments:

  1. Macai2 dalam blog omakkau ni dalam kepala mereka hanya ade perkataan PAN Imayam DAP PAS Imayam DAP takde benda lain yang diingatnya, agak2nya dari mula angkat takbir sampai salam tu jelah perkataan ade dalam kepala, tu pun kalau macai tu islam yang bersolat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANipu la kau ni...

      Delete
    2. dah blog politik takkan nak tulis tentang adobe photoshop kot...

      Delete
    3. Tu dia dah jumpe, Anon 11:56 bila angkat takbir niat dalam hati PANipu PANipu PANipu PANipu.

      Delete
    4. Anon 11.56 PANdir

      Delete
  2. Betul le tu sbb org org Pan ckp berdegar degar bagai nk rak langit tapi habuk pun tak dak ..pikir pikir sendiri ...

    ReplyDelete
  3. Kita bagi la peluang kt PAN... klu gagal kita tukar la lain.. sweet kn ayat aku...

    ReplyDelete
  4. pas pan dap umno bn pkr xkan kekal.semuanya akan hancur bila masanya tiba.ingatlah,semua benda xkekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...mcm taik, bila dihanyutkan oleh air menuju ke tong taik akan hancur secara perlahan.

      Delete
  5. aku simpati pada PAN...tp nak buat camana...dh dilaknat oleh sekelian pelaknat (baca Baiah)..bukan tak boleh keluar parti...keluarlah... tp kerusi tu jgn curi...sbb tu hati busuk mereka semakin hari semakin menonjol secara terbuka...moga mereka semua bertaubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANtaik memang busuk dan hodoh.

      Delete
    2. amboi mulut.lancang sungguh.duk kumpul dosa ke neraka la tu.

      Delete
  6. Aku sendiri dari trg, bola sampai gombak dgn Bentong, touch n go jem gila, dari terowong lagi.. Dia nak kumpul duit dulu.. Nak kecek sokmo.

    ReplyDelete
  7. Aku sendiri dari trg, bola sampai gombak dgn Bentong, touch n go jem gila, dari terowong lagi.. Dia nak kumpul duit dulu.. Nak kecek sokmo.

    ReplyDelete
  8. Aku sendiri dari trg, bila sampai gombak dgn Bentong, touch n go jem gila, dari terowong lagi.. Dia nak kumpul duit dulu.. Nak kecek sokmo.

    ReplyDelete
  9. Kami Rakyat MALAYSIA sudah mula bosan dan meluat dengan sikap semua parti politik Malaysia.....semuanya TAK GUNA SATU SEN PUN dan TIDAK BOLEH DIHARAP hanya pandai bercakap dan ceramah saje dan memfitnah....dari UMNO PAS PKR PAN serta DAP ....Kami dah bosannnn...kita mintak biar tuhan hantarkan dan turunkan balak bencana kepada semua Parti2 Politik di Negara Malaysia ini

    ReplyDelete
  10. Jangan ko tipu ako brensek!

    Dong dah ke kantor polisi hari ni buat repok. Maling!

    sekian,
    Jeff Ulu Bernam
    Reformis Dulu, Kini dan Selama-lamanya

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu alaikum yang punya room,Saya pendatang baru di room ini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada KI KUNCORO meskipun ini lewat internet saya mau berterima kasih banyak karna berkat bantuan Angka togel 4D 1180 yang AKI berikan ternyata benar-benar tembus dan alhamdulillah AKI saya menang angka sebanyak Rp 290 juta dalam bentuk uang Indonesia saya menang banyak karna saya pasang angka KI KUNCORO dari 5 bandar di sini,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan AKI,awalnya saya kurang yakin dengan angka yang AKI berikan kalau ternyata alhamdulillah saya menang 4D lagi dan kalau boleh saya jujur AKI sudah berapa banyak peramal di internet yang saya hubungi tidak ada satupun yang tembus malahan hutang-hutang saya bertambah banyak tapi dengan bantuan AKI kini kehidupan saya jauh lebih sukses dari pada sebelumnya ini dan alhamdulillah saya ada rencana pulang kampung AKI karna sudah 4 tahun di SINGAPURA jadi pembantu rumah tangga tidak perna pulang ke indonesia tapi karna bantuan AKI saya akan pulang ketemu ke dua orang tua saya itu semua berkat bantuan AKI jadi bagi teman-teman pencinta togel yang tidak pernah merasakan kemenangan 4D silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor : 0823 1332 9888 atau bisa anda >>>KLIK DI SINI<<< Karna angka yang di berikan KI KUNCORO saya sudah buktikan dalam 5 putaran ini tidak perna meleset dan saya pastikan anda tidak akan kecewah dan anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti cuma KI KUNCORO yang menjamin 100% kemenangan.kalau mau bukti hubungi sekarang....? DARI SAYA IBU LISA TKI DARI SINGAPURA.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...