Tuesday 19 January 2016

PENGERUSI PAN TERENGGANU DIMASUKKAN CCU HOSPITAL DUBAI MENERIMA KRITIKAN PEDAS DAN KERAS DARI WARGA MEDIA SOSIAL.



Petang tadi beberapa keping gambar Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang dimasukan di wad CCU  sebuah hospital di Dubai mendapat kecaman keras dan pedas dari warga media sosial.

Raja Bahrin merupakan ahli parlimen PAS ketika bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu dan kini melompat ke Parti Amanah Negara (PAN).

Beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi PAN di negeri Terengganu yang juga sebagai penggerak utama parti itu di Terengganu.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna facebook Khairol Najib telah dikongsikan kedalam grup facebook Gabungan Anak Terengganu (GATE) yang mana majoriti ahlinya adalah rakyat kelahiran atau tinggal di Terengganu.

Jika diambil akan kritikan keras dan pedas itu sebagai kayu ukur masa depan politik Raja Kamarul Bahrin ternyata masa depan politiknya di Terengganu amnya dan Kuala Terengganu khas pasti malap dan gelap gelita.

59 comments:

  1. hari tu hadi masuk spital... byk dosa juga kot... harap tuan guru besar almaksumi hadi bertaubatlah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan beliau sembuh



      http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

      Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


      APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

      Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

      Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

      BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

      Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

      Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

      Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

      Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

      Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

      Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

      Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

      Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

      Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

      DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

      Delete
    2. Bangang punya komen.awat org yg masuk wad sbb dosa byk ka.bukankah sakit tu satu ujian dr Allah.kalau tak reti jgn komen.

      Delete
    3. Tghh masuk hospital sbb tangung dosa pengkhianat pan yg tlh ditarbiah secukupnya tetapi masih terpesong pegangannya kpd perjuangan islam. Jadi tghh sgt bersedih dgn segelintir ahli yg menyertai pas utk mendapatkan jawatan. Bila gagal dipilih maka mereka bertindak menderhaka dan mengkhianati dan berdendam kpd parti yg pernah mereka pimpin dulu seolah2 mereka tidak pernah dididik dgn cara hidup dan perjuangan islam.

      Delete
    4. TGHH Masuk spital ujian dari ALLAH swt bila Raja Bahrin masuk spital sebab dosa hehehe....cakap ini woiii mana satu yg betul? Hang lagakan sama Islam...berat66

      Delete
    5. Patutla di panggil PANdir yg PANgang

      Delete
    6. pengerusi pan masuk hospital konon allah balas dan apa2. malaun haram jadah hadi masuk hospital tak adapun golongan celaka ni kritik ni balsan allah sebab menipu rakyat

      Delete
    7. Anonymous20 January 2016 at 10:30 ni keje dia asyik dok mencaci mengutuk org jer? Dah kebal dari dosa ke?

      Delete
  2. Buruk betul akhlak pencacai pas. Org sakit pun dibuli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/30/umat-islam-rela-mufti-disaman-dap/

      Umat Islam Rela Mufti Disaman DAP ?

      Keadaan dan kesatuan umat Islam sekali lagi diuji oleh parti DAP berikutan DAP dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas tuduhan fitnah yang kononnya didakwa disebarkan melalui teks khutbah Aidiladha pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

      Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilaporkan enggan lagi menerima sebarang penjelasan dan jawapan yang diberikan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, sebaliknya beliau dan barisan kepimpinan DAP Pusat akan tetap meneruskan saman berkenaan demi memulihkan maruah parti berkenaan di negeri Pahang.

      Dalam keadaan ini, sekali lagi DAP bertindak melampau dengan berterusan menekan JAIP berhubung isi khutbah berkenaan. Adakah dengan kandungan isi khutbah yang berbunyi “Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam. Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” ini disifatkan sebagai memfitnah?

      Sepanjang penelitian, tiada salah dengan teks khutbah berkenaan kerana jelas hari ini begitu ramai anak Melayu yang bertindak menyertai DAP seperti A. Samad Said, Rara, Melati, malah Pengerusi DAP Pahang sendiri juga anak Melayu yang beragama Islam.

      Dalam syariat Islam jelas menerangkan bahawa wajib taat kepada ketua yang sama agama dengan kita selagi dia tidak melanggar syariat Allah. Adakah ini boleh dianggap memfitnah DAP?

      Apa yang menarik untuk disaksikan dalam polemik antara Jabatan Agama Islam dan DP ini adalah, sejauh mana keberanian orang Islam samada dari UMNO mahupuun PAS untuk mempertahankan intergriti JAIP dalam menghadapi serangan DAP.

      Sejauh pengetahuan, umat Islam di Pantai Timur adalah yang paling taat dalam beragama dan seharusnya dalam keadaan meruncing begini mereka tampil kehadapan mempertahankan JAIP dari terus menerus diaibkan oleh DAP Pahang.

      Andai kaum Melayu boleh dihimpunkan dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang baru lalu tanpa mengira fahaman politik, kenapa tidak kali ini dalam usaha mempertahankan kredibiliti Jabatan Agam Islam Pahang?

      Delete
    2. Inilah jenis yg hati berkarat. Bila org bg teguran tentang salah laku dan minta supaya merenung segala kesilapan dan kembali kpd jln kebenaran maka dituduh pula sebagai pembuli.kesian tengok telatah pencacai pan yg tlh buta mata dan hati.

      Delete
    3. TGHH masuk spital hari tu rasanya ada ke PAN dok maki hamun dok kutuk hehehe...islam itu bersih JGN KOTORKAN
      Satu lagi yg dok copy paste tak habis2 citer sama...bila laa nak berhenti buat keje sia sia?

      Delete
    4. PANgang mudoh lupo...dulu bkn main sedap hina maki hamun ulamak2...PANipu lebih

      Delete
    5. Pas parti bahlol,cpt2 masuk Umno,ramai lebai2 serupa pak pandir

      Delete
    6. Pas parti bahlol,cpt2 masuk Umno,ramai lebai2 serupa pak pandir

      Delete
    7. Suruh lebai Hadi taubat juga,brp kali dah sakit jantung masuk hospital, tak payah makan gaji buta lagi,HARAM lebai,asyik ponteng dlm parlimen,kecewa pengundi dgn lebai ni.

      Delete
    8. Suruh lebai Hadi taubat juga,brp kali dah sakit jantung masuk hospital, tak payah makan gaji buta lagi,HARAM lebai,asyik ponteng dlm parlimen,kecewa pengundi dgn lebai ni.

      Delete
  3. Semoga Allah Yang Maha Penyembuh menyembuhkan semua penyakit Raja Kamarul Bahrin dan membimbing beliau ke jalan yang lurus dan benar. Amin.

    Kita merasa amat dukacita melihat sebilangan kecil manusia Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi menunjukkan akhlak yang amat buruk dengan menghina beliau. Adakah mereka merasa diri mereka suci dan bersifat maksum sehingga mereka berani menghina seorang saudara Islam yang sedang sakit? Mereka sendiri pun belum tahu masa depan mereka sendiri !

    Yang ikhlas,
    Penyokong PAS Yang Beriman pada Allah dan RasulNya


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tu suci sgt ke pangang... Org dah khianat.. Takkan nak puji..

      Delete
    2. Sama PAS pun nak bertekak? Akhlak dah letak kat lutut kaa? Haiya manyak malu sama olang kapir wooo

      Delete
    3. Anon 00:58,

      Kebiadapan kamu menunjukkan kamu jahil tentang Islam seolah-olah kamu sama dengan geng yang tidak bersunat ! Amat memalukan !

      Delete
    4. PANngang terpaksa menyamar jadi ahlia PAS...tapi xXpandai nak menyamar...hahahahaha...xkr PANdir dan PANgang

      Delete
    5. Anon 10:35 pandai menyamar sebab Anon 10:35 mempunyai lidah bercabang seperti biawak !

      Delete
    6. Kasihan melihat manusia jahiliah bodoh sombong menghina orang Islam yang sedang sakit sedangkan perbuatan itu bukan ajaran Islam.

      Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

      Delete
  4. Awat...akhlak pencacai PAN bagus sgt?...pigirahhh...poorahhh...puihhh...malah hati lebih busuk...kah3...perasan depa saja yg suci konon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat...akhlak pencacai Anon 00:11 bagus sgt? ...pigirahhh...poorahhh...puihhh...malah hati lebih busuk dari bangkai babi...kah3... Anon 00:11 perasan Anon 00:11 saja yg suci konon ! Rasa nak muntah !

      Delete
    2. Ini kah rupanya akhlak orang PAS?.Islam mengajar kita mendoakan org yg sakit supaya cepat sembuh, bukan maki hamun dia dgn bahasa kesat.
      Istighfar lah.

      Delete
    3. Fuyoo...cayala PANgang ckp..sekali baca cam org alim yg warak lagi suci...tapi bab hukum allah...abubsifoo walibtokong jgk PANgabg2 ikut....PANdit lebih

      Delete
    4. Fuyoo...cayala lidah biawak Anon 10:36 ckp..sekali baca cam Abu Jahal yg 'warak' lagi 'suci' konon!

      Delete
  5. Semoga Raja Kamarul pulih seperti sediakala. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau igt ceramah sorg2 xder org nk dgr xXkeciwa ke...xperla mungkin kelantan dan terengganu pas xkan menang tanpa undi cina kot

      Delete
  6. Anon 00:23.....realitinya mmg nyata penyokong pan amat buruk akhlaknya......pegi la blog2 pro pan......amat terang dan nyata.......jgn spin aaaaa......

    ReplyDelete
  7. Aku dengar Ada kes budak Temerloh tak mohon Maaf tapi Tarik balik Kenyataan. Apa benda la Ni.......lebih Belit Dari filem Hindi. Dengar cerita Dia Ni budak pas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dgr dari ahli2 PANgang tu...jgn caya sgt...nnt kau pun jd PANgang

      Delete
    2. Koi mmg org Tloh,mmg nyesal undi mangkok makan gaji buta sbg mp.Mana janji2 ko lebai sblm mng Pru 13,Haram makan gaji buta,dok kat kuantan asik perasan sbg ulamak,apa sumbangan utk penduduk TLOH,habuk pun takde,asik fitnah je kerja ko,padan muka kena sekolah dgn cina dap.blah la bahlol dgn Hadi mkn gaji buta.

      Delete
  8. Sha, sebelum u jatuh sakit atau di timpa sebarang musibah I dah maafkan u

    ReplyDelete
  9. Salam 1rasuah ,

    Di luar negara,
    Ada gst tapi hiway tanpa tol,
    Minyak mahal tapi harga kereta dan tambang murah (subsidi kerajaan),
    Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar pandai, tak perlu tuisyen.
    Universiti hasilkan tenaga engineer, doktor, saintis, usahawan dan pekerja am.
    Kilang banyak tapi untuk rakyat,
    Untuk servis kerajaan rakyat bayar cukai tak perlu swasta.
    Bayar kabel tv tak perlu tengok iklan.

    Di Malaysia ,
    Ada gst hiway masih bertol.
    Minyak mahal harga kereta mahal, tambang mahal (makan keliling).
    Pendidikan kena bayar tapi tenaga pengajar SPM teruk, kena ambil tuisyen (2x bayar).
    Universiti hasilkan pekerja gomen atau penganggur tunggu keja gomen.
    Kilang banyak tapi untuk pendatang.
    Rakyat bayar cukai untuk pekerja gomen dan bayar myeg juga (2x bayar).
    Bayar bil astro tapi iklan macam tv3.

    #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
  10. Jenis orang terengganu memang sudah di robotkan oleh hadi .otaknya biul belaka .apa yang hadi kata kna ikut apa yang hadi larang jangan ikut ,tetapi bila dia tuduh pul kuda semua bersetuju dengan hadi yang melakukan fitnah .inilah jenis manusia terengganu .otak tak bolih diubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut laa Teganu sampai sekarang diperintah oleh PAS...hehehe

      Delete
    2. Jgn jadi PANgang ikut org berceramah sorg2 dah la...

      Delete
  11. Dah nampak blogger omakkau dok kacau bilaukan pembangkang asyik dok hentam pembangkang yg nak hancurkan UMNO...citer pasal UMNO satu habuk pun tak dak? Agak2 dah dapat fulus dr Kak Mah kot banyak ke Kak Mah bagi? Ada billion billion?
    Sampai kiamat laa UMNO perintah mesia...pembangkang dok tarang satu sama lain...UMNO dok bertepuk tangan omakkau dok libas mereka yg nak jatuhkan kerajaan zalim...cuba solat istikharah wahai omakkau agak2 betul ke agenda yg omakkau dok hentam dalam blog dia ni? Jgn nanti di pdg mahsyar byk soal jawab....nauzubiLLAHiminzaalik...tepuk dada tny iman...berubahlah...KENALI MUSUH KITA SEKRG UMNO UMNO UMNO KITA NAK JATUHKAN UMNO FAHAM BAHASA KE TAK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah sedap montot jer nk jwb padang masyar passl umno....kikikiki....ulamak pas yg hukum kafir dan mcm2 lgi kelentonng ko nk campak kemana...ice cream jamban...china doll ulamak PAN pulak tutup mata belum lgi songkap 7 billion duit kjaan sgor olrh assmin ulamak pokimak ni wat ape.... kat padang masyar nnti yg tu ko ingat write off mcm tu jr.....bodo punya anon 5.39

      Delete
  12. Omakkau ini memang celaka punya blog kerana hari2 menjaja fitnah untuk pemimpin pan, kenapa omakkau x berani menyiarkan pemimpin2 pas yg kena saman n kena buang oleh ketua menteri LGE di pulau pinang n juga sambutan dingin penduduk sarawak mendengar ceramah pemimpin2 pas yg kaki putar belit di setiap kampung n juga kenapa omakkau x berani nak siarkan gambar2 cawangan2 parti pas di sarawak dah lumpuh n penduduk di setiap kampung di sarawak x benarkan pemimpin pas buat ceramah di tempat atau di rumah mereka n sampai sekarang x ada seorang pun calon2 dr pas muncul di khalayak ramai pada masa ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program PAN kat sarawak mendapat sambutan yg sungguh dahsyat la...hahahahaha lawak

      Delete
  13. ego hampa akan dibalas..kat dunia dh nampak dah...
    k lah...
    Cuba fokus matlamat...
    bolehkah Islam maju dgn DAP...

    #boikotAmanah

    ReplyDelete
  14. xde isu dh ke puak2 ni.... jgn hanya nampak kesalahan org je, pas ni pun bkn semua betul kena beringat, lidah org yg mengaku ulama tu jauh lbh tajam dr lidah org biasa jd tak perlu nk taksub sgt, jgn menilai perjuangan org lain tu salah hakikatnya yg menggunakan nama islam tu pun belum tentu selamat, jgn ingat masuk pas itu dijamin syurga.... sudah2 la....

    #semakinbosandenganpuakpas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp yg pasti sokong dan undi KAPIR DAP utk menolak tertegaknya hukum hudud akan dilaknat oleh ALLAH..ingat tu bebaik

      Delete
    2. jgn cepat letak hukum la ko bukan Tuhan nk hukum org ikut suka hati ko je, ini politik campuran bkn politik islam 100%.... jgn ko ingat pas tu semua betul..... klau sungguh nk tegakkan hukum hudud suruh selesaikan yg asas dulu.... kuasai pusat dlu bru blh sembang.... dh basi dh dgn ayat nk buat hudud ni tp xde matlamat nk kuasa xde perancangan yg bijak utk menguasai pemerintahan..... apa ko ingat main cakap saja dh blh hukum org tolak hukum Allah ke? klau aku kata pas hanya menggimikkan hukum Allah ni utk raih sokongan ko nk kata ape?...

      Delete
    3. Sokong Hudud tapi realitinya penakut dan penipu,pakai serban konon tapi puak2 ni kereta mewah,naikla unta lebai,makan gaji buta je tau,jgn bertopengkan agama utk kemewahan

      Delete
  15. begitu terdesaknya org2 pas sehingga mencampuri urusan parti lain pkr, siap bg warning jgn hadir majlis amanah walhal pas hadir bersama umno xde pula nk warning2.... lebih memalukan pkr pun x pernah masuk campur hal pas nk kerjasama dgn umno..... kerana dendam kesumat dan marah menguasai pemimpin pas, smpai berfatwa hapuskan amanah malah x beri pula pd parti lain hadir program amanah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu meroyannya puak PAN pasal PAS halang penyokong dr menghadiri program PAN..ikut suka hati PAS la nak keluarkan arahan dan mcmana nak uruskan parti dan ahlinya, naper ko sibuk..kalu ko nak ikut program PAN terpulang kat ko la..bingai la ko ni

      Delete
    2. tu la klau bangang tu jgn tunjuk la mangkuk.... xde lg parti lain yg mencampuri urusan parti lain.... mcm rumahtangga ko juga ko nk biar org lain masuk campur ke? mmg tahap bodoh lebih bodoh dr ahmad maslan la ko.....hahahaha klau org pkr nk ikut program amanah pun ko nk ambil tindakan disiplin ke? oiii bodoh kalau ahli pas yg bodoh mcm ko je blh kena tindakan disiplin la bangang.... bukan ahli ko blh buat ape? meroyan je la ko hahahahaha paling tidak pun ko cerai talak 3 trus dgn pkr.... hri tu dh cerai dgn PR tp yg pelik tempat lain je dia cerai kat selangor xde pulak..... alahai la bodohnya penyokong pas ni buta rupanya dia ni....

      Delete
  16. Sudah2 ler Omak Kau...serupa jadi lidah Umno dah skrg ni.

    ReplyDelete
  17. Puak pas ni klu khutbah maakaaiii.... puak ni jer mcm hebat.. klu kat padang masyar nnti mcm dah tak kena soal.... ko jaga padang masyar ko...aku jaga padang aku..... butuh la...

    ReplyDelete
  18. Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

    ReplyDelete
  19. agak2 klu dia letak jawatan cara elok ,rasanya mereka tak melenting mcm ni. pengajaran yg cukup besar ialah jgn cuba khianat orang. smpai bila2 orang igt. lbh parah keturunan kena tempias, cth. dia ni anak kepada yb yg bawak lari kerusi pas kat terengganu. apa pun semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  20. PUTAR BELIT FAKTA, LIM GUAN ENG TIDAK TERAGAK-AGAK AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

    Kenyataan Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Lim Guan Eng pada 19.1.2016, KOMTAR

    YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik tuntutan saman fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (“Defendan”) (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung dengan suatu artikel bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang ditulis dan dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebook-nya pada 6.8.2014 (“Artikel tersebut”).

    Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 18.1.2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Lim Chong Fong ekoran daripada permohonan penyelesaian dari Defendan dan persetujuan Defendan untuk:-

    (a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan Artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap YAB KM.

    Kenyataan yang diutarakan oleh Defendan dan seperti yang direkodkan oleh pihak Mahkamah yang Mulia serta disahkan kembali oleh Defendan berbunyi seperti berikut -

    “Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri; dan

    (b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos.

    Memandangkan saya sendiri telah menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai tersebut di Mahkamah Tinggi semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan YB Ustaz Nasrudin menulis suatu rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah.

    Samada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, YB Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah. Harus ditekankan disini bahawa:–

    (a) walaupun prosiding guaman terhadap YB Ustaz Nasrudin dijadualkan untuk berlangsung semalam dan hari ini, YAB KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Dalam pada ini, YB Ustaz Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap YAB KM dalam Artikel tersebut;

    (b) meskipun YB Ustaz Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen-dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa Artikel tersebut sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap YAB KM, YB Ustaz Nasrudin enggan memohon maaf daripada YAB KM. Malah, YB Ustaz Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah-faham yang telah dicetuskan akibat daripada Artikel tersebut; dan

    (c) andainya YAB KM mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ daripada YB Ustaz Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali.

    Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa Artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

    Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, pihak YAB KM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

    RAJA SYARAFINA RAJA SHUIB

    Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

    ReplyDelete
  21. DOA untuk orang-orang yang suka berbohong, memfitnah, & menzhalimi.

    “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari kejelekan akhlak, amal, dan hawa nafsu”. (HR.Muslim, Nasa’I, & Abu Dawud).

    “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari keburukan pendengaranku, keburukan pengelihatanku, keburukan lisanku, keburukan hatiku, dan keburukan angan-anganku”. (HR.Abu Dawud & Tirmidzi)

    “Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang ENGKAU masukkan ke dalam neraka, sungguh ENGKAU telah menghinakannya, dan tidak ada seorang pun penolong bagi orang-orang yang zhalim”. [QS.Aali ‘Imraan (3) : 192]

    “Ya Tuhan kami, kami telah menzhalimi (menganiaya) diri kami sendiri dan sekiranya ENGKAU tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, tentulah kami termasuk orang yang merugi”. [QS.Al-A’raaf (7) : 23]

    “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan kami adalah orang-orang yang sesat”. [QS.Al-Mu’minuun (23) : 106]

    “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya maka jika kami kembali (kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang yang zhalim”. [QS.Al-Mu’minuun (23) : 107]

    “Dan jadikanlah bagiku buah tutur yang baik pada orang-orang yang kemudian”. [QS.Asy-Syu’araa’ (26) : 84]

    “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzhalimi (menganiaya) diriku, maka ampunilah aku, maka ALLAH mengampuninya. Sesungguhnya DIA-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. [QS.Al-Qashash (28) : 16].

    Semoga kita semua dijauhkan dari orang yang suka berbohong, memfitnah, & berbuat zhalim dan ALLAH selalu memberi petunjuk, bimbingan, jalan yang benar kepada orang-orang yang suka berbohong, memfitnah, & berbuat zhalim.

    Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...