Wednesday 27 May 2015

DAP MAHU MENGUASAI PAS MELALUI MUKTAMAR KE-61 INI.



Tindak tanduk pemimpin DAP mutakhir ini semakin ketara menunjukkan mereka sedang merancang untuk menguasai PAS melalui Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Jelas kelihatan DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan PAS yang berani berkata 'tidak' atau 'no' kepada DAP. Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan PAS yang tegas seperti ini, DAP telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden PAS yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan-desakan DAP dalam mesyuarat-mesyuarat PR.

Muktamar PAS yang akan bermula Khamis minggu hadapan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaik pimpinan-pimpinan PAS yang dapat memenuhi kehendak DAP atau dengan perkataan lain mereka yang 'yes man'. Usaha DAP dilihat mulai berputik apabila buat pertama kali sejak era Kepimpinan Ulama, Presiden PAS yang kini disandang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dicabar. Pencabar kepada Presiden PAS sekarang ialah Ustaz Ahmad Awang, sememangnya dikenali seorang yang lunak terhadap desakan-desakan DAP.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang yang cukup dikenali sebagai tokoh yang tegas dan berprinsip sejak zaman mudanya, merupakan penghalang besar kepada DAP dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahu mendominasi kehendak mereka dalam PR. Beberapa kehendak DAP dan Anwar terhalang apabila Presiden PAS memberi keputusan tegas untuk tidak bersetuju, seperti 'Perancangan 16 September 2008', 'Penamaan Baru Bian sebagai Ketua Menteri PR', 'Pembentukan Kerajaan Konsensus Nasional', 'Langkah Kajang' dan 'Pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim'. Ketegasan Presiden PAS terhadap perkara-perkara ini menyebabkan PAS semakin dilihat sebuah parti yang berprinsip dan bermaruah.

Bagaimanapun, apabila di kalangan pimpinan-pimpinan di bawah Presiden mula menyanggah ketegasan Presiden mereka sendiri, khususnya sejak isu 'Langkah Kajang', pihak yang tidak senang dengan ketegasan Presiden PAS ini mulai menghidu peluang untuk menyingkir beliau dan pimpinan-pimpinan PAS yang setegas beliau. Situasi ini makin terserlah, apabila ada pimpinan-pimpinan tertinggi PAS yang menyanggah Presiden mereka sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat PR, malah pernah satu ketika 'membakul sampahkan' keputusan Presiden PAS yang dipersetujui sebulat suara ketika mereka mewakili PAS dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 17 Ogos tahun lalu. Sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan-pimpinan yang lunak dengan desakan DAP ini, sudah pasti dilihat satu peluang keemasan untuk mereka.

Sikap DAP yang keterlaluan campurtangan dalam urusan dalaman PAS dan cuba mencorakkan siapa yang perlu naik sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan dalam PAS merupakan punca utama keretakan dalam PR. Manakala sikap sesetengah pimpinan PAS yang merelakan urusan dalaman PAS dan mahukan PAS menjadi lunak serta tunduk terhadap kehendak DAP, adakah satu tindakan bacul dan khianat. Sekiranya hasrat DAP untuk menaikkan pimpinan yang lunak terhadap desakan mereka berjaya dalam muktamar kali ini, PAS akan menjadi sebuah parti yang hilang maruah dan suara tegas Islam semakin luntur di Malaysia.


Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS

6 comments:

  1. Fenomena aneh semenjak 2 menjak ni banyak blogger macai pkr tukar profession dpd blogger seks lucah dan porno jadi blogger politik tabur fitnah spt gendang perang, libang libu etc. Sbb tu banyak hujjah blogger macai berunsur fitnah, seks lucah dan maki hamun .................. modus operandi depa cuba pengaruh netizen dgn fitnah2 depa . Depa dibantu oleh blogger pasma dan jebon spt greenboc, alhussyen etc yg bertuan gurukan LKS dan LGE yg percaya kpd kebebasan utk berlgbt dan liberalisme serta penyucian dosa2 utk masuk syurga sbgmana kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Ingat macai pkr @ gurkha DAP dgn seks dan fitnah berpisah tiada !

    ReplyDelete
  2. DAP bodoh & bacul...

    ReplyDelete
  3. Towkey bayar gaji.
    Kuli ikut lah cakap towkey.
    Ada paham ?

    ReplyDelete
  4. PAS kna sedar la diri.. dlm kapal PR sapa nakhoda & sapa kelasi? Ikut je la arahan kepimpinan PR.. buduh tu simpan sikit ya jgn tunjuk sgt.. malu kt org.

    ReplyDelete
  5. Puak anwarinas dan ultra kiasu dap akan beli perwakilan....klu stakat 2000 perwakilan apa ade hal....puak ni akan beli undi dan rasuah perwakilan....puak ni memang terroris dlm rasuah beli undi....hadi sudah kena kencing dng perwakilan...pencalonan banyak bukan bukti sokongan.....

    ReplyDelete
  6. Inilah bila berbaik dgn KAFIR yg kenal halal & haram. DAP menampakkan permusuhannya dgn Islam.

    DAP baik dgn UMNO; OK! PKR baik dgn UMNO; OK! PAS tak baik dgn UMNO; tak OK! Sbb dia tawan PP & skg semua org Cina dah sokong Dinasti Lim, jadi Dinasti Lim ni ingat dia dua beranak akn kuasai PP sampai bila2. Sbb tu dia sombong. Hari tu Dinasti Lim dah keluar quota utk rumah rakyat 1:30. Iaitu satu rumah utk Melayu, 30 rumah utk Cina. Apa mcm PAS?

    UMNO pula kata tengok Cina cuba usir org Melayu keluar drp PP. Tapi UMNO tak jwb; Kenapa masa UMNO berkuasa di PP UMNO tak tolong org Melayu. Masing2 org UMNO nak rebut kekayaan utk diri mrk saja. Tanah2 wakaf pun mrk songlap. Skg bila Cina berkuasa & nak halau org Melayu baru nak bising. Nasi dah jafi.bubur!!!!

    Org Melayu bangsa paling malang. Sokong UMNO pum rugi tak sokong UMNO pun rugi. Nadib org Melayu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...