Wednesday 20 May 2015

APAKAH DOA ALMARHUM DATO' USTAZ FADZIL NOOR SUDAH DIMAKBULKAN SATU DEMI SATU??????



Pada tahun 2000, Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS, pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Apakah kini doa Al-Marhum mantan Dato' Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?

Kebanyakan rungutan dan ketidak puashati yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dan berpunca serta asal usulnya datang dari Mahathir sendiri.

Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada media terutamanya media sosial dan blog untuk dihukumkan oleh masyarakat.

Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya.

Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun.

Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara. Dari bersifat penikus sudah menjadi singa garang tidak gentar pada gertakkan serta ugutan nakal.

Senarai salah laku Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari . Dato' Seri Najib Razak yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir atas sifat hormat dan bersikap budiman kenang jasa yang dianggap sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada parti dan negara, kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir yang pasti membuat kedudukan Mahathir dikaca mata rakyat semakin dipandang serong dan sangsi.

Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi pembela namun ramai dari mereka sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang bakal dibongkar itu. Dan mereka ini merupakan antara barisan utama dalam perbicaraan rakyat kini.

Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit  banyak yang kita boleh persoalkan.

Apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya.Dan dia akan terus dengan pembohongan demi pembohongan.

9 comments:

  1. Hormati orang tua. Dia Dah pencen jgn ungkit la. Jadilah blogger yg Budiman. Kita puji has a dia kita ampunkan kekurangan dia. Dr M still the best PM ever

    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
  2. Hormati orang tua. Dia Dah pencen jgn ungkit la. Jadilah blogger yg Budiman. Kita puji jasa dia kita ampunkan kekurangan dia. Dr M still the best PM ever

    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
  3. Masalah dgn juak2 Anuar beraherm ni, mereka ni hati busuk Dan pendendam. Weiiii Anuar kutuk, belajarlah forgive n forget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri lah contoh apa yang juak2 anwar buat dan dedahkan kepada umum, sekarang ini yang berdentam dentum bagai guruh di langit datang dari kem umno sendiri......sifat busuk hati dan berdendam hanya datang dari kem itu

      Delete
  4. Kuali dengan belanga bertengkar ,kata mengata punggung siapa lebih hitam mengapa pinggan yg putih pula disalahkan..

    ReplyDelete
  5. Orang yang dah nyanyok tak kan perasan akan kesalahannya. Yang dituduh buat salah ialah anak didik sendiri. Guru kencing berdiri murid kencing berlari. Ape-ape pun dua-dua kaki kencing. Yang susahnya rakyat jelata. Rakyat pulak ramai yang buta hati, buta perut, bodoh dan bingai. Orang yang bengap tak layak mendapat pemimpin yang cerdik!!

    ReplyDelete
  6. Masalah nya bila Allah dah tunjukkan keburukan umno msh ada lg segolongan pas nak bersama umno dgn angkuh seolah ia lbh alim drp org lain.!!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bang. Berjuang dalam parti takkan nak pakai saga terus menerus. Nak juga pakai mata belalang. Bini pun nak juga dipanggil Datin. Takan nak duduk rumah teres je. Nak juga duduk di banglo. Hmmm bini tu takkan nak yang lama je. Nak juga yang baru. Kalau boleh artis. Semua tu guna duit. Dalam Pas mana ada duit. Kena gabunglah dengan ameno. Baru boleh jadi exco, jadi pengerusi, jadi ahli lembaga pengarah, jadi menteri atau timbalan menteri. Bab akhirat itu lain hal. Apa=apa ini dunia punya hal kasi settle dulu. Sori bang.

      Delete
  7. Aku tak perasan benda yang Almarhum cakap. Namun setahu aku apa yang berlaku sekarang dah bertahun-tahun kapal Melayu ni huru hara. Hiruk pikuk. Tak tentu hala. Serba tak kena. Kelam kabut. Huru hara. Tenggelam punca Cuma nak tunggu tenggelam dan terbakar sahaja. Gamaknya sedikit sebanyak maqbul juga doa orang yang teraniaya. Jadi juga sumpah seranah rakyat marhaen. Diterima juga doa orang tersiksa dan tidak bersalah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...