Tuesday 26 May 2015

PELAKON DRAMA "LOVE YOU MR ARROGANT" KEITH FOO DI DENDA RM1OO OLEH MAHKAMAH KERANA BERSIKAP "ARROGANT" DAN BIADAP MAKI HAMUN ANGGOTA POLIS.



Pelakon Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam atas pertuduhan mengaibkan dan menghina anggota polis trafik ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya, Mac lepas.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintahkan pelakon drama bersiri popular 'Ariana Rose' itu dipenjarakan 10 hari jika gagal membayar denda.

Tunangnya, Kim Raymond yang hadir menemani pelakon itu membayar denda berkenaan.

Artis yang turut membintangi drama bersiri 'Love You Mr Arrogant' itu didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan terhadap Faizul Amri Md Zan bagi tujuan mengaibkan dan menghina anggota polis itu.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Davis,  Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi, 15 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Menurut fakta kes, Faizul Amri menahan kereta Mercedes-Benz yang dipandu Kim, 30, seorang model, dan Kim didapati positif alkohol dengan bacaan 203mg selepas ujian pantas alkohol dijalankan.

Keith yang ketika itu berada di dalam kereta berkenaan keluar dan bertindak memaki hamun polis trafik itu dengan kata-kata kesat.

Ketika rayuan, pelakon itu yang tidak diwakili peguam memohon maaf dan memberitahu mahkamah dia menyesali perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira pelakon itu tidak menghormati badan penguatkuasaan dan dia sebagai orang yang dikenali ramai sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada umum.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nur'Aminahtul turut menegur tindakan Keith sebagai perbuatan yang tidak patut dilakukan dengan mengambil kira polis trafik tersebut hanya menjalankan tugasnya.

4 comments:

  1. MAKI HAMUN POLIS HAK ASASI MANUSIA - CINABENG DAPIGS

    ReplyDelete
  2. Nurul Izzah pula seorang kawan hanjing kerana Awal hadir sesi touch d hanjing 2014.

    Patut disamak dan disaman tangannya kerana pegang bends NAJIS

    ReplyDelete
  3. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  4. Murah sangat denda tu, patut letak RM 2,888.00 baru kena dengan taraf artis macam dia.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...