Saturday 23 May 2015

KEDUTAAN MESIR TIDAK LAYAN PERKASA




Seorang anggota Perkasa bertindak membaling memorandum ke perkarangan Kedutaan Arab Mesir selepas hasrat menemui kakitangan bertugas tidak dilayan.

Memorandum berkenaan bagi membantah hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas presiden negara itu, Mohamed Morsi dan tokoh ulama tersohor Sheikh Yusof al-Qaradawi.

Sebelum itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memasukkan tuntutan berkenaan ke dalam peti surat.

Bagaimanapun seorang ahlinya kemudian bertindak mengambilnya dan bertindak spontan mencampak dokumen berkenaan.

Mengulas mengenai kegagalan penyerahan memorandum itu, Ibrahim mendesak kerajaan menyuarakan pendirian termasuk memutuskan hubungan diplomati dengan Kaherah.

“Kita perlu nyatakan pendirian, malah untuk mengumumkan putuskan hubungan diplomatik dengan Mesir, hukuman ini tidak munasabah

“Mana suara Amerika, yang katanya penyokong demokrasi, tapi di Malaysia mereka cuba campur tangan dalam urusan dalaman,” tegasnya.

Ibrahim yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, suara daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga tidak kedengaran berhubung isu itu.

“Kita minta kerajaan Malaysia jangan berdiam diri, kita ada OIC tapi kebanyakan ahli negara Arab adalah tali barut AS (Amerika Syarikat).

“Malaysia harus berani ke hadapan seperti zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, semasa mahu menyerahkan memorandum itu, Perkasa turut bertembung dengan PAS di hadapan Kedutaan Mesir

Parti itu turut berada di kawasan berkenaan bagi mengadakan bantahan.

Ketika diminta mengulas mengenainya, Ibrahim berkata mereka tidak mendekati kumpulan terbabit memandangkan PERKASA bukan pertubuhan parti politik.

“Mungkin kita tak pergi kesana walau tujuan yang sama sebab kita tak tahu mungkin mereka tak jemput mereka dalam kumpulan mereka kerana kita bukan pertubuhan politik dan mereka pun tidak jemput kita.

“Walaupun tujuannya sama, kita tak tahu mungkin mereka tidak sambut kita, mereka pun tak jemput kita. Kita nak sertai mereka, tapi takut mereka kata ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’,” katanya.

5 comments:

  1. Hahahaha.......
    Melayu melayu.......negara sdr penuh dgn masalah tak mampu nak selesai masih nak bantah hidup Mati org mesir!!!! Jgn ingat diri islam terus bantah sana sini ikut kehendak kamu. Duta mesir juga punya hak utk tidak layan Sebab bukan hak mrk nak campuri hidup mati org itu. Dulu lain skrg lain bukan zaman melaung laung keramat sudah boleh di hormati sebab org dah benci mcm budak menangis meminta sesuatu bila tak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah.
      Parti yang dulu kuat menyokong mursi takkan diam kot.
      Takut?
      Kalau cam tu brahim ni lebik baik dari parti tu.

      Delete
  2. Taik hanjing .

    ReplyDelete
  3. Taik je. No hujah. Bullshit

    ReplyDelete
  4. Brahim katak nk jadi hero. Mesir mana nk layan. Cuba bawa Rosmah mesti dia ajak masok. Hahaha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...