Sunday 31 May 2015

RM3.6 BILLION DARI INTERNATIONAL PETROLEUM INVESTMENT COMPANY (IPIC) OLEH 1MDB BUKAN PINJAMAN ATAU TINDAKAN MENYELAMAT (BAILOUT) TETAPI TRANSAKSI PERNIAGAAN KATA CEO 1MDB



Bayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) diterima Kumpulan1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi bukan pinjaman.

Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Arul Kandasamy berkata, bayaran berkenaan adalah transaksi perniagaan, bukan pinjaman atau tindakan menyelamat.

“Ia adalah pembayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian meluas untuk menyelesaikan secara menyeluruh pelbagai transaksi aset dan liabiliti kewangan antara IPIC, Aabar dan 1MDB.

“Maklumat lanjut berhubung transaksi berkenaan akan dimaklumkan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan yang dipetik daripada Berita Harian Online, Arul berkata demikian dengan merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan berhubung pembayaran AS$1 bilion yang akan diterima 1MDB pada atau sebelum 4 Jun ini.

Dana berkenaan akan digunakan untuk melunaskan lebih awal hutang RM3.5 bilion kepada satu sindiket bank peminjam antarabangsa.

Susulan daripada kenyataan itu, Arul berkata, pihaknya bimbang dengan dakwaan daripada pelbagai pihak bahawa pembayaran AS$1 bilion itu adalah pinjaman yang menyebabkan 1MDB menanggung hutang tambahan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menyebut, 1MDB akan menerima bayaran AS$1 bilion selepas memeterai perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

4 comments:

  1. for information. blog aku sudah bertukar kembali pada blogspot.

    http://bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Lantak awak orang la nak billion sana billion sini.

    Yang penting hari-hari kami dapat bayar GST.

    Nanti kalau kami tak bayar GST, macamana awak orang nak kaya, ye tak..?????

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Hahaha......rakyat mampu bayar gst skrg tak bermaksud selamanya mampu bayar gst malah gst akan naik dari satu masa ke satu masa samalah dgn zaman beraja dulu kala cukai dipungut setiap masa bagi memudahkan kewangan mrk. Namun jgn dilupa manusia adalah tamak tiada kepuasan kekayaan yg mrk dapat dan akhirnya rakyat jelata akan merana jua. Kenapa byk rakyat miskin budak kecil bencana.anak yatim cacat buta byk di bantu oleh ngo kebajikan dermawan sukarelawan kenapa kerajaan dunia tak mampu jaga kebajikan rakyatnya??? Jadi tiada kerajaan mampu jaga rakyat hanya rakyat itu sdr atau bantuan belaskasian dari rakyat lainnya.
    Maka harapkan kerajaan umpama menunggu bulan tidak dtg tiba.

    ReplyDelete
  4. Puhlamak Kau, den cayo memang dia ni padai cakap putar belit puting beliong,.. bila tersedar habis semua lingkup ranap bukan mudah nak repair kalau dah masuk wad icu. Kalau rakyat masih bebal otak dengan alunan politikus tidor Barang Naik, kemungkinan besar tak lama lagi negara pun boleh bankrup! Tukar kerajaan pun tak mampu tanggong beban hutang, camno? Omak Kau sakit otakle Malaysia!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...