KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 19 May 2015

ANTARA ALASAN PANDIKAR AMIN MULIA BERHASRAT LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT IALAH TIDAK BOLEH BERKERJASAMA DENGAN SHAHIDAN KASSIM DAN MAU JAWATAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI JAGA HAL EHWAL PARLIMEN DIMANSUHKAN?????




Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pandikar berkata satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju untuk menerima saranan bagi menambah baik perjalanan Parlimen.

"Najib ketika itu jangan bilang dia membaca surat saya. Dia tidak mahu terima, pegang pun dia tidak mahu.

"Sebaliknya dia tanya apa sebenarnya permasalahanmu sebagai speaker," katanya pada satu sidang media di kediaman rasminya di Bukit Tunku Kuala Lumpur, hari ini.

Pandikar berkata antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker.

Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan.

"Jawatankuasa pilihan Parlimen baru juga perlu diwujudkan dan ditambah daripada lima jawatan kuasa pilihan yang sedia ada dalam usaha melicinkan proses perbahasan rang undang-undang.

"Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan Parlimen Malaysia hendaklah dinaik taraf sedarjat seperti bangunan pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan Istana Kehakiman," katanya.

Beliau berkata, Najib meminta masa untuk memenuhi segala kehendak bagi menambah baik perjalanan Parlimen kerana semuanya memerlukan persetujuan Kabinet.

Katanya, mesyuarat Kabinet pada 10 April berbincang mengenai perkara yang diajukan dan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengetuai kajian pembaharuan Parlimen termasuk penggubalan undang-undang.

"Adalah tidak benar perkara yang membawa kesinisan di mana-mana saja kenyataan akhbar yang speaker itu letak jawatan kerana merajuk tiada tandas atau perabot tidak sesuai dengan taraf Parlimen adalah tidak betul.

"Saya meletak jawatan atas niat saya mahu memartabatkan Parlimen Malaysia setaraf Parlimen kelas pertama di dunia," katanya.

Pandikar berkata, sudah menjadi janjinya selepas pilihan raya umum lalu untuk melakukan pembaharuan Parlimen dan sudah menunggu7 tahun untuk berbuat demikian.

Katanya, sebagai speaker, beliau akan terus mengamalkan konsep pengasingan kuasa dan tidak akan tunduk kepada kuasa eksekutif.

"Ini tahun ketujuh saya sebagai speaker, kalau tiada perubahan seperti saya sebut tadi, saya tidak akan teragak-agak menulis kepada perdana menteri dan saya akan meletak jawatan.

"Kalau apa yang saya sebut tidak ditunaikan eksekutif dalam tempoh sebelum Parlimen dibubar balik, saya akan hantar balik peletakan jawatan.

"Tidak perlu orang lain mengumumkan speaker meletakkan jawatan. Kalau perdana menteri tidak menerima peletakan jawatan saya, saya sendiri yang akan mengumumkan peletakan jawatan saya," katanya.

9 comments:

  1. Nama je pandikar...hati kuman.

    ReplyDelete
  2. Pandikar munkee nie berenti sajelah....tak ada maruah ke...nk salahkan org lain atas kesilaan sendiri..

    ReplyDelete
  3. INI BUKTI TUN TIDAK MENIPU

    ReplyDelete
  4. Pendikar yg tak berapa nak mulia.......Sahidan ni pun satu hal mana pergi buat kacau tunjuk kuasa.......

    ReplyDelete
  5. Salam 1rasuah ,

    Kemana pergi wang rakyat (hasil bumi, cukai dan saman)?

    1. Ke menteri. Kabinet najib mempunyai terlampau ramai menteri. Kebanyakan jawatan membazir sengaja diwujudkan untuk jaga kroni dan perut mereka. Contoh, shahrizat (penasihat kementerian wanita), shahidan Kasim (menteri hal ehwal parlimen). Apa fungsi mereka? Sekali sekala buat kenyataan mengampu. Elaun naik 10k.
    2. Penjawat awam. Sana seperti jawatan menteri. 1 pejabat kecil ada 7 orang Kakitangan akibatnya datang goyang telur dan tek sebab kurang kerja. Ada yang masuk keluar ikut suka hati jam berapa. Datang jadi penunggu ofis 1 jam 2 sebelum keluar jaga bisnis restoren, pasar malam atau jual jeruk.

    Bayangkan gaji dan elaun mereka itu jika diberi kepada orang pesakit buah pinggang yang kena hemodialisis 2, 3k sebulan , pelajar dan ibu tunggal ramai anak. Berapa banyak faedah mereka dapat.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar pandai buat kerja pandai, bodo buat kerja bodo.heee

    ReplyDelete
  6. Sebut lama2, lepas tu anda akan perasan anda menyebut "pundek kau"

    ReplyDelete
  7. nk benti xyah nk tunjuk2 sbb....ada pun xguna jugk..bnyak la dia pnye pengasingan kuasa....kau tu dlm BN..nk bertanding pun Najib jugk yg luluskan....bias berlambak2

    ReplyDelete
  8. Sudahlah speaker. Toksah sembang kencang lah nak martabatkan Parlimen konon! Tapi isi nya hampas! Setiap usul utk kepentingan Rakyat..kau tolak. Usul cukur bulu di perkarangan parlimen itu yg kau luluskan. Memang jilake punya speaker!

    ReplyDelete
  9. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    ReplyDelete