Sunday, 17 May 2015
BATAL GST MALAYSIA AKAN MUSNAH KATA BEBERAPA PAKAR EKONOMI.
Ketika kemarahan rakyat meningkat dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan seruan dibuat supaya ia dimansuhkan, ahli ekonomi dan pakar percukaian memberi amaran, sekiranya Putrajaya mengambil langkah berundur, ia membawa bencana kepada ekonomi negara yang sedia tenat.
Pada April, negara melaksanakan pembaharuan cukai terbesarnya dalam beberapa dekad dengan memperkenalkan GST.
Katanya, cukai pelbagai peringkat itu akan menambah hasil kerajaan dan ini amat diperlukan bagi mengimbangi defisit negara yang meningkat.
Malaysia merupakan salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di rantau ini, dan keyakinan pelabur yang rendah sepanjang tahun lalu menyebabkan bon dan pasaran sahamnya mengalami prestasi yang kurang memberangsangkan.
Pakar mengatakan, pelaksanaan GST sudah lama tertangguh – hanya 2 juta dari 28 juta penduduk Malaysia pada masa ini membayar cukai pendapatan – dan pendapatan kerajaan yang bertambah akan mengurangkan hutang kerajaan yang semakin meningkat.
"Pada dasarnya, GST menyebarluaskan beban itu supaya ia tidak tertumpu kepada satu kumpulan kecil pembayar cukai yang kini menampung perbelanjaan golongan majoriti," kata ketua ahli ekonomi Kumpulan Penyelidikan RHB Lim Chee Sing.
"Ia akan membolehkan kita memperluaskan asas cukai dan membenarkan kerajaan meraih lebih banyak pendapatan bagi menguruskan kewangan dengan lebih baik."
Bagaimanapun, kekeliruan mengenai bagaimana cukai itu dijalankan, senarai pengecualian cukai yang semakin panjang dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sehingga 30% dalam beberapa keadaan, menimbulkan masalah kepada pelaksanaannya.
Pada 1 Mei, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalan raya menyeru cukai itu dihapuskan, memetik kesusahan yang dialami golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan harga hampir semua keperluan asas rumah dan bahan makanan.
Tetapi, ahli ekonomi dan pakar memberi amaran, sekiranya GST dibatalkan, ia akan lebih menjejaskan keyakinan pelabur, dan mengundang masalah jangka panjang yang lebih besar bagi ekonomi negara.
Pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melebarkan sasaran defisit fiskal negara kepada 3.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi 2015 dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengimbangi penurunan harga minyak global.
Hasil kerajaan banyak bergantung kepada pendapatan daripada jualan minyak dan gas yang juga membantu mengawal hutang negara.
“Kita tidak mampu untuk membatalkan GST. Ia akan bawa bencana kepada negara, ia akan hancurkan kita," Lim memberitahu.
Beliau berkata, kajian terhadap GST bermula lebih 2 dekad yang lalu di Malaysia, dan keputusan melaksanakannya ditangguhkan beberapa kali.
"Sampai bila baru kita akan bersedia? Kita sebenarnya sudah menangguhkannya begitu lama. Kita tak boleh bertahan lagi," katanya.
Ahli akademik cukai Jeyapalan Kasipillai berkata, walaupun kerajaan berhak membatalkan keputusan melaksanakan GST itu, ia akan jadi satu tindakan yang "melulu dan tidak bertanggungjawab".
“Pada pengetahuan saya, tiada negara dalam dunia ini yang melaksanakan GST dan kemudian membatalkannya," katanya.
"Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit, mengambil kira-kira 3,000 kakitangan Jabatan Kastam. Sektor perniagaan membelanjakan banyak wang melatih kakitangan mereka, dan membeli software," kata beliau yang merupakan ahli Kumpulan Pemantau GST Kementerian Kewangan.
"Semua negara melalui masalah pada peringkat awal dalam 6 bulan hingga 1 tahun pertama. Selepas setahun, apabila semuanya sudah teratur, ia akan diterima dan pemantauan akan mempunyai impak yang lebih besar," katanya.
Beliau berkata, negara tidak akan dapat mencapai status negara maju tanpa peningkatan yang amat diperlukan dalam hasil daripada kutipan cukai.
"Kita tak sepatutnya bercakap tentang menghapuskan GST, sebaliknya, cabarannya ialah tentang bagaimana memperbaiki mekanisme ini," kata Jeyapalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
musnah? sebab apa? sebab hutang yang dijamin oleh kerajaan?
ReplyDeleteberapa agaknya pakar ekonomi tu dibayar ye?
dulu boleh pulak tangguh gst, kenapa skrg tak boleh?
It does not matter how much you earn.
DeleteWhat matter is how much you spend.
Kalau ketirisan tidak dibendung, pungutan "tol" masih diamalkan, percentage utk org politik masih ada, banyak mana pendapatan negara pun tak akan cukup!!!
Hasilnya, hasil mahsul negara tak tau lepas ke mana, simpanan rakyat digunakan dan pelbagai cukai dikenakan .
Kalau mahu lihat rakyat terus susah, negara musnah, undilah lagi BN! It will bring an end to us all. Be End!
Hahaha......
DeleteSelagi umno memerintah sampai bila pun tirisan akan mengalir malah semakin membesar tahun ke tahun.
Cuba kita fikir Adakah hutang isirumah semakin meningkat??? Begitu juga hutang negara saban tahun??? Maka tirisan wang disamun juga akan meningkat dan sebab itu juga kenapa negara china sering mencari jln memerangi rasuah di semua jabatan kerajaan tetapi di malaysia bagaimana??? Ini tak boleh itu tak boleh semua nya diselindungi oleh kuasa pemerintah. Maka jgn kata gst boleh sebabkan negara dlm tenat kalau bukan sebab rakyat tidak faham politik mainan politik dimana bila pemerintah salah guna kuasa dan menyamun wang yg ada maka pemerintah yg baru akan dipilih agar mrk tidak mampu pertahankan kuasa mrk dgn menubuhkan gegasi yg kuat utk menghalang kuasa mrk dirampas. Maka sebab itu kenapa umno susah ditumbangkan namun kalau rakyat berani bersatu maka tak mustahil mrk akan tumbang dan pemerintahan baru mengambil alih utk menyita kroni2 gegasi umno satu persatu dgn kuasa yg ada ,namun bukan mudah disangka kita sebab pihak berkuasa sebelum ini berpihak pada mrk, jadi mesti ada yg sehaluan.
Jadi hanya rakyat bisa jatuhkan gantikan malah byk jabatan dlmannya akan dibuang kerja atau ditahan bagi menyiasat kesalah2 mrk lakukan,dan dgn ini byk ruang kosong boleh diisi oleh rakyat yg tiada kerja tapi punyai kelulusan. Inilah perubahan dan kuasa gegasi akan hancur penyamun akan lari, mulalah hidup baru atau anda lebih suka hidup dijajah, senangkan hidup org lain susahkan hidup sdr.
Hahaha.......
DeleteGst di wujudkan utk menyukai rakyatnya dgn lebih adil dan seimbang dan pendapatan rakyat adalah tinggi saban tahun. Cukai gst bertujuan membangunkan perbangunan utk kemudahan rakyat sambil memajukan negara. Namun dimalaysia berbeza dimana gst diwujudkan utk membayar hutang si pemerintah yg telah lama menyamun wang negara dan memberi imbuhan pada semua kaki tangan kerajaan malah menteri2 bagi menguatkan kuasa mrk yg skrg ini lemah. Jadi gst bukan kebaikan buat rakyat sebaliknya rakyat dipergunakan utk membantu mrk menyelesaikan masalah yg mrk telah lakukan selama ini. Adakah anda nak jadi bapatiri mrk??? Kalau benarlah umno utk rakyat demi rakyat kenapa tidak mrk keluarkan wang yg mrk samun dari negara dikembalikan utk menyelesaikan masalah mrk??? Jadi bodohlah kamu yg membuta tuli langsung tidak memahami di kehidupan ini siapa akan membantu kita kalau bukan kita sdr.
Pakar ekonomi bodoh, baghal, bengong dan etc.
ReplyDeleteNegara musnah bukan sebab tiada GST.
Negara musnah sebab BN kuat rasuah, pecah amanah, ketirisan puluhan billion ringgit setahun, pembaziran dan boros.
Sekian, terima kasih.
PKR lagi kuat rasuah.
DeleteIni yg aku tak faham. Cerdik pandai Malaysia tak tahu ke apa yg terjadi skrng. Rakyat di kampung dan pinggiran bandar cukup terasa teruk nya dgn adanya GST. Ini lah yg dikatakan cerdik pandai pelacur. Sokong kerajaan membabi buta.
ReplyDeleteHey....fikirlah sikit kita kalut dgn 1MDB, duit dah dihabiskan, rompak sana rompak sini, nak bayar hutang perancangan bodoh kerajaan. Jangka panjang diperkenalkan GST,duit pun masuk melimpah ruah, maka berjolilah suami isteri dan kroni2nya, sambil bayar hutang negara nak bankrupt. Siapa susah rakyat juga yang susah.
Janji kononya nak buat pembangunan utk rakyat dgn duit GST. Mampus lah kalau di buat, itu dasarnya, pembohong.
Apa kata sita harta orang politik yang kaya raya secara luar biasa tu.itu dsaja caranya...rompakan itu belum pernah kena gst pon.
ReplyDeleteMasaalahnya ketelusan memang tak wujud dari dulu. Pengurusan negara terasa macam penuh putar belit dan kepentingan peribadi.Kalau betul untuk kebaikan negara dan rakyat nampak kejujuran pemetintah sudah tentu rakyat yang cintakan negara sanggup berkorban. Tapi tak nampak keikhlasan dari pihak pemerintah terutama UMNO. Spin sana sini. Habis tu nak salahkan siapa.
ReplyDeleteApabila pemimpin itu tidak warak & zuhud dan penyokong2 nya banyak buat maksiat ni la...bala' allah akan tiba....semua org kena tanggung bala'
ReplyDeleteDuit rakyat duit mak bapak umngok.suka hati diaoranglah.
ReplyDeletePakar ekonomi kunun. Rkyat nk menteri yg 'pakai' otak..bkn menteri yg brbuih mulut + 3.85 dlm isu GST nih. Budak2 sklh pn tau, negara x hncur pn kalo GST d mnsuhkan...byk lg cara utk tngkatkn duit negara selain drpd kenakan cukai ke ats rkyat
ReplyDeleteKalau musnah ekonomi pun jangan salahkan sesiapa. Orang Melayu kena salahkan diri sendiri. Lebih 50 tahun merdeka namun majoriti orang Melayu bangang-bangang, bodoh, bengap, kalau pandai pun ilmu digunakan untuk menipu, untuk mengaut kekayaan untuk diri sendiri. Secara amnya ramai rakyat Malaysia yang pandai-pandai. Tapi yang berkuasa menentukan yang pandai dipinggirkan. Yang diambil yang bodoh bodoh, kalau yang pandai tetapi boleh dipulas anunya. Bila memilih ketua mengikut bangsa, suku kaum dalam negara majmuk inilah jadinya. Tak kira bodoh ke berkurap ke atau kaki betina ke disebabkan bangsa sendiri tetap juga dipilih. Singapura dan Taiwan tidak kaya hasil bumi namun boleh maju. Korea Selatan pun begitu juga. Di negara maju yang korup dan berkurap selalu letak jawatan atau dipenjara atau pun bunuh diri. Jadi kita harap pemimpin-pemimpin Melayu yang bengap dan jahat bolehlah bunuh diri kerana gagal memajukan negara ini!!
ReplyDelete