Sunday, 17 May 2015

MAHATHIR SUDAH KANTOI!!!! ... PANDIKAR AMIN MULIA NAFIKAN BELIAU LETAK JAWATAN SEBAGAI SPEAKER DEWAN RAKYAT.



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, lewat petang Sabtu mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin kononnya beliau telah meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

Kenyataan tiga perenggan itu dikeluarkan di ibu negara susulan laporan di media sosial yang mendakwa memetik mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mendedahkan beliau sudah meletak jawatan dan tugas selaku Speaker Dewan Rakyat akan diambil alih timbalannya.

“Adalah dimaklumkan bahawa saya tidak ada meletakkan jawatan sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat seperti mana yang disebut mana-mana pihak.

“Saya akan bertugas seperti biasa sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke 13 mulai pada 18 Mei hingga 18 Jun 2015.

“Saya akan mempengerusikan Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baru dari Parlimen Kawasan Rompin dan Kawasan Permatang Pauh serta urusan-urusan mesyuarat yang lain yang akan ditetapkan pada 18 Mei 2015,” kata Pandikar Amin dalam kenyataan berkenaan, Sabtu.

Di samping itu, kata Pandikar Amin, beliau juga akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di bawah Peraturan 27(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei ini.

Terdahulu, pada sebelah tengahari Sabtu, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir mendakwa Speaker Dewan Rakyat sudah berhenti, dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak.

9 comments:

  1. Sapa mastermind? Ni mesti keje tun daim..sebijak tun mahathir pun, ada yg lg bijak menghasut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir buat kerja bodoh..berehat jelah.

      Delete
  2. Mahathir ni pandai sepuluh bodohnya satu. Yang satu ni akan terbalikkan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada mahathir pandai mcm tu sekali..dulu keje mudah ambik mcm2 jenis penasihat. Gaji penasihat dah mcm gaji menteri. Ramai pulak tu.

      Delete
  3. Kau tu bodohnya sepuluh cerdiknya zero. Memang dah sah sampai bila pun kekal bodohnya!

    ReplyDelete
  4. Aku pelik betul, speaker pun boleh wat main. Bo da.
    Ni bukan speaker mikrofon.

    ReplyDelete
  5. Cuba pereksa kantung si....

    ReplyDelete
  6. Adakah ini rancangan pelingkop tdm.apakah dengan memflip-flop tdm akan membuatkan ia seakan dijangkiti nyanyuk? Pikir2 la kepada yg sedang berada dalam tong taik....taik sedang bercakaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau taik bukan bercakaran. Tapi bertaburan. hehe.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...