Tuesday 19 May 2015

SETELAH LEBIH 4 BULAN BERLALU RAYUAN TERAKHIR KES RASUAH KHIR TOYO DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN BELUM BUAT KEPUTUSAN.



Mahkamah Rayuan pada 30 hb Mei 2013  mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.

"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucut hak harta tersebut.

Khir merupakan menteri besar Selangor yang kedua disabitkan kesalahan rasuah, selepas Datuk Harun Idris.

Walaupun pihak pembelaan mengemukakan 33 alasan rayuan, tetapi mahkamah menggabungkannya kepada enam perkara, iaitu:

1) Persoalan sama ada dia adalah seorang penjawat awam;

2) Sama ada pembayaran sebanyak RM3.5 juta untuk membeli harta itu mengikut harga pasaran;

3) Sama ada dia mempunyai hubungan dengan pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni;

4) Sama ada Shamsuddin telah menjadi rakan kongsi dalam jenayah;

5) Kredibiliti kontraktor Nasir Ismail; dan

6) Sama ada pembelaan Khir boleh diterima.

Kepada semua soalan tersebut, Hakim Azahar berkata hakim Mahkamah Tinggi betul berhubung fakta bahawa Khir adalah seorang penjawat awam - iaitu bekas MB dan bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - dan mahkamah berpuas hati dengan kredibiliti Shamsuddin, yang menjual rumah untuk Khir, bersama-sama dengan Nasir sebagai kontraktor yang mengubahsuai harta tersebut.

Katanya, Khir telah menunjukkan minat dalam harta yang dinyatakan di atas sebelum Shamsuddin menjual kepadanya, malah dia juga telah membayar terlebih dahulu kos pengubahsuaian.

Menurutnya, RM3.5 juta itu bukan jumlah yang adil dan munasabah untuk membelinya kerana Shamsuddin telah membeli hartanah itu pada harga RM5.5 juta beberapa tahun sebelumnya.

Oleh itu, Hakim Azahar berkata, adalah perlu bagi Mahkamah Rayuan untuk tidak mengganggu penghakiman Mahkamah Tinggi.

Mengenai hukuman ke atas Khir, Hakim Abu Samah berkata petang ini bahawa hukuman itu adalah budi bicara mahkamah dan "kita tidak cenderung untuk mengganggu hukuman (oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam), termasuk pelucutan hak, kerana subjek pertuduhan adalah harta yang berharga. "

"Kami mengekalkan hukuman dan pelucutan hak tersebut," Hakim Abu Samah memerintah.

Shafee berkata, beliau menerima arahan supaya merayu keputusan itu dan memohon penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami akan memfailkan rayuan keesokan hari juga," kata Shafee.

DPP Dusuki Ahmad membantah sebarang penangguhan hukuman, dengan alasan sesuatu rayuan tidak beroperasi sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman.

Bagaimanapun, Hakim Abu Samah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Khir.

Pada 9hb Disember 2014 panel lima orang hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin mendengar rayuan terakhir Khir terhadap sabitan hukuman penjara 12 bulan.

Anggota panel yang lain ialah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha  dan Datuk Ramly Ali.

Selain Shafee Abdullah , Khir juga diwakili oleh peguam M Athimulan dan peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud mengetuai pasukan pendakwa.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pernah menjelaskan, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk menyiapkan penghakiman mereka ialah dalam tempoh tiga bulan selepas kes itu didengar.

“Tetapi dalam kes-kes tertentu, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman. Ia bergantung kepada kerumitan kes itu,” katanya ketika menjawab soalan wartawan mengenai penghakiman kes Liwat II Anwar Ibrahim pada 5hb Disember 2014 lalu.

Kini kes Khir Toyo sudah berlanjutan sehingga 4 bulan .. masih tidak dengar khabar berita bila penghakiman akan siap.

Rakyat ingin bertanya .. BILA LAGI NAK SIAP!!!!!

4 comments:

  1. Laaaa lambat skit saja. Kes ssiful bertahun tu

    ReplyDelete
  2. Untunglah Khir Toyo......tak payah masuk penjara......itulah keadilan di Malaysia.....yang salah tak masuk.....yang terfitnah masuk.....Ini yang Marsitah cakap dulu......kalau merompak.....siperompak dibagi kerja....

    ReplyDelete
  3. Kaya sungguh orang ameno. Yang miskin ialah penyokong dan penjilat. Miskin bukan kerana ape. Miskin kerana pemalas. Sekolah bodoh. Nak gaji mahal. Kelulusan PMR. Hidup bergaya tapi berat tulang. Ketua senang lenang. Awak naik kapcai duduk dalam kotak kasut PPRT. Kata kat orang ketuanan melayu, berjuang untuk tanah air tapi awak tanah pun tak de, air pulak kena bayar. Apa punya mangkak?????

    ReplyDelete
  4. Taupun, sekarang rakyat msia mesti jauhi umno..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...