Tuesday 26 May 2015

PENCURI TV MASJID DI PENJARA SETAHUN



Seorang pemuda dipenjara setahun manakala rakannya yang masih remaja diarahkan ke Pusat Pemulihan Akhlak di Rusila, Marang, sehingga berusia 18 tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam, kerana mencuri sebuah televisyen milik masjid.

Amru Omar, 23, dari Kampung Jeram, Manir, di sini, dan rakannya, 17, dari Kampung Banggol Peradong, di sini, terima hukuman itu selepas mengaku salah mencuri televisyen jenama Sharp milik Masjid Kampung Banggol Peradong Manir, 1 Mei lalu.

Mereka berdua mengaku salah bersama-sama melakukan kesalahan itu yang membabitkan kerugian lebih kurang RM1,000, lebih kurang jam 3.40 pagi.

Kedua-dua suspek didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan fakta kes, pada 1 Mei lalu, lebih kurang jam 3.40 pagi, seorang penduduk yang berjalan kaki menuju ke Masjid Kampung Banggol Peradong Manir ternampak dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan menuju ke kawasan masjid.

Mensyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku, individu itu bertindak menghubungi jirannya yang dikenal sebagai Md Nor untuk sama-sama memerhati gerak geri kedua-dua individu terbabit.

Mereka terkejut apabila mendapati kedua-dua lelaki itu secara tiba-tiba keluar dari kawasan masjid sambil membawa televisyen berwarna hitam dipercayai milik masjid.

Marah dengan tindakan mereka berdua, Md Nor menjerkah sebelum kedua-duanya melarikan diri dengan meninggalkan televisyen itu.

Kedua-dua penduduk itu nekad mengejar mereka berdua dan dengan bantuan penduduk yang turut menyedari kejadian itu akhirnya seorang daripada suspek berjaya ditangkap, manakala seorang lagi melarikan diri.

3 comments:

  1. Inilah ajaran secular liberalism PKR. Masjid sudah tidak dihormati. Harap PAS Selangor dapat menasihati wan jijah yg ajaran liberal secularism merosakkan Muda mudi yg sibuk dgn vigil. Madalah PAS Selangor terlalu Sayang akan PKR.

    Insan Insaf
    Reformist. Dulu, kini Dan selamanya

    ReplyDelete
  2. Dah tahu macam ni PAS nak kawan dgn PKR lagi??? Adoooiiiii kata parti amal makruf nah munkar. PAS Selangor wajar bertaubat

    ReplyDelete
  3. Itu membuktikan yang puak - puak PKR Haramjadah tu sendiri pun masih tidak cukup kompeten untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri secara terbuka.

    Bagaimana mungkin puak - puak PKR Haramjadah tu mampu untuk mempromosikan isu 'Keadilan' sedangkan Keadilan dikalangan mereka sendiri pun tidak mampu untuk ditegakkan?

    Kita tengok nasib yang menimpa Si Chagubard tu sendiri pun cukup la sebagai bukti yang nyata. Digantung keahlian hanya kerana semata - mata dia menyuarakan pendapat dan membuat aduan.

    Tapi, tindakan yang dikenakan terhadap diri Si Chagubard tu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan saluran keadilan yang sewajarnya. Dia digantung tanpa dirujukkan kepada lembaga disiplin parti.

    Si Chagubard tu dikenakan tindakan tanpa dia diberikan sebarang ruang untuk membela dirinya terhadap isu yang dibangkitkan sebelum ini. Soalnya, dimana letaknya Keadilan yang dilaung - laungkan selama hari ini?

    Dan yang lebih IRONIKnya, tidak ada pulak dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan Haramjadah tu nak memperjuangkan keadilan buat Si Chagubard tu sendiri!!! Mati kering je mamat tu dibuatnya. Nampak sangat yang diorang ni hanya sekadar mementingkan diri sendiri!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...