Thursday 21 May 2015

Ucapan Muhyiddin kepada ceramah tertutup kepada pemimpin-pemimpin UMNO isu 1MDB.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.

Tegasnya Najib perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya.

“Dengan tidak semena-menanya, CEOnya buat hal pinjam sampai 10 bilion. Lepas itu setiap bulan kena bayar interest sampai 100 hingga 200 milion. Tidak pernah terfikir saya mana-mana syarikat dalam dunia tanggung macam begitu beban.

“Buanglah, CEO ini buang, bukan setakat buang, panggil boleh siasat..betul ambil tindakan. Bagi rakyat tengok haah. Barulah pimpinan kerajaan rasa tanggungjawab. Ambil tindakan serius. Kalau tidak buat begitu, ini akan membebankan bawa kita jatuh ke bawah”, jelas Muhyiddin.

Katanya, beliau mempunyai pendirian tegas terhadap isu ini dan tidak sanggup UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa kerana isu berkenaan.

Katanya, apa yang disuarakan bukan bermakna beliau melawan kepimpinan Najib, tetapi demi masa depan parti.

“Saya terangkan Saya bukan nak menunjukkan kehebatan saya, atau nak menunjukkan bahawa saya benci kepada kepimpinan saya atau tidak sebulu dengan presiden saya. Tidak. Saya hormat. Sebagai manusia saya hormat. Bagaimanapun this a problems this is a real problems. Masalah yang nyata bagaimana dalam masa singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban liabiliti 42 bilion”, jelas Muhyiddin.

Katanya, selaku Pengarah Pilihan Raya BN isu berkenaan menjadi beban.

Dalam taklimat yang diberikan, Muhyiddin menafikan wujudnya komplot seperti mana yang didakwa pembangkang dan Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau berkomplot untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.

Sebaliknya beliau menegaskan itu semua fitnah.

“Zaid Ibrahim kata dia telefon saya, Datuk Pa dengan Datuk Nazri berkomplot nak tentukan termasuklah Tun Daim, bohong, fitnah. Jangan percaya dengan mudah dengan media sosial dan telah dinafikan” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Youtube.

3 comments:

  1. Hahaha......
    Apa nak jadi ni......pemimpin kata 1mdb tidak adalah masalah tapi timbalan pula berucap memang 1mdb ada masalah! Jadi siapa bermasalah??? Apa tun m kata tak semestinya salah.... malah ada pihak dari umno cuba hentam tun m dan mati2 kata 1mdb tiada masalah! Kalau mcm tu kenapa timbalan berucap begitu.....? Malah suruh semua pengarah ceo dibuang dan di tahan utk siasatan.
    Ini menunjukkan 1mdb memang bermasalah. Adakah pemimpin bersubahat dan ahli2 umno juga turut serta??? Inilah masalah melayu suka menipu dan tamak.

    ReplyDelete
  2. Senang je si lebam ni cakap. Tak betul buang, tak betul je buang. Dari zaman tun Razak macam ni. Pasal tu Melayu bertambah bengap. Tak pernah dibawa ke mahkamah. OOpssori . Kalau bawa ke mahkamah kang aku pulak kena panggil disoal dek peguam. Kita buang je. Aku pun selamat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah......sack the president

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...