Saturday 30 May 2015

AKHIRNYA SETELAH DIKANTOIKAN KEDUA-DUA SHAHRIR DAN CEO 1MDB MENGAKU MEREKA ADA BERTEMU SEPERTI RAKAMAN GAMBAR INI



Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui bertemu Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, dan berkata pertemuan itu bagi membolehkan beliau memahami isu tersebut secara mendalam.

Shahrir berkata, sebagai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pengerusi BNBBC, beliau harus memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB  sahaja.

“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli Parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.my.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata,  BNBBC juga dari masa ke semasa mendapatkan penerangan daripada pelbagai pihak mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.

Beliau berkata, pertemuan bersama Arul yang diadakan pada Rabu malam itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, pada malam sebelumnya, beliau turut berjumpa dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.

Veteran Umno itu berkata, dalam kedua-dua pertemuan tersebut, beliau turut menyampaikan pandangan supaya syarikat  berkenan dan kementerian  mengambil langkah untuk menambahkan modal syarikat sejajar dengan liabiliti yang ditanggung 1MDB tanpa bergantung kepada dana awam dan pinjaman baru.

“Saya berpendapat 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ia tidak dimodali sewajarnya,” katanya.

The Malaysian Insider awal hari ini melaporkan, Arul mengesahkan bertemu Shahrir sehari selepas beliau sepatutnya menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Arul bersama mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipanggil untuk memberikan penjelasan kepada PAC berhubung isu yang membelenggu syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu pada Selasa, namun kedua-dua mereka meminta penangguhan kerana tidak hadir pada tarikh tersebut.

Arul bagaimanapun mengatakan pertemuannya bersama Shahrir diadakan hanya selepas beliau pulang ke Malaysia.

"Ya, saya bertemu dengan Shahrir, tapi itu pada Rabu. Saya tidak dapat hadir ke sesi PAC kerana hanya pulang ke tanah air pada Selasa malam," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara.

"Saya sedia menjawabnya jika ia ditanya dalam sesi PAC nanti," kata Arul.

The Malaysian Insider difahamkan Arul bertemu dengan Shahrir pada malam Rabu di sebuah hotel berdekatan KL Sentral, Kuala Lumpur dan ia berlangsung sehingga lewat pagi.

Shahrir berkata, pertemuan selama tiga jam bersama Arul beliau tidak menyentuh soal penyiasatan PAC terhadap syarikat tersebut.

“Saya menghormati kedudukan PAC sebagai sebuah jawatan kuasa tetap Parlimen, PAC menerima permintaan Arul untuk ditangguhkan kehadirannya kepada suatu tarikh baru menggantikan pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa  lalu,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak berbincang mengenai PAC dengan Arul kerana percaya proses pengauditan yang sedang dilakukan Ketua Audit Negara serta penyiasatan oleh PAC terhadap 1MDB.

“Itu sesuatu yang harus dihormati malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mahu ia disegerakan,” katanya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini dilaporkan berkata, laporan awal pengauditan yang dijalankan jabatan audit akan dikeluarkan penghujung Jun ini.

15 comments:

  1. Jarang dengar ostad ceramah tentang bab jinayah dan audiennya tediri dari perompak dan lanun berkot dan tai. Begitu juga jarang terdengar ceramah projek merompak oleh ketua perompak dihadiri oleh ostad ostad dan tok alim!!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko beli sendiri lah nombor2 tu. Nanti ko kaya. Tak kan ko tak percaya pada nombor ko sendiri. Kalo ko sendiri x percaya pada nombor tu, ko bohong lah.

      Delete
  2. Apa ko merepek ni syaiton....g belai hanjing sana.....

    ReplyDelete
  3. Salam 1rasuah,

    Ramai keparat yang masih enggan mengundi selain umno kerana mereka takut dengan propaganda melayu akan jadi hamba. Walhal Melayu jadi hamba bukan kerana umno tidak memerintah tetapi kerana sikap mereka yang malas berusaha, tunggu hendak disuap dan nak short cut.

    Mereka PENGECUT untuk bersaing justeru amat mengharapkan kuota dan cable.

    Mereka lebih suka mengeluh, menyalahkan orang dan berdengki kenapa mereka miskin di bumi sendiri sedangkan mat indon baru datang boleh jadi kontraktor kaya. Teruskan lah mencipta alasan wahai bangsat dan biar umno menjual harta kekayaan mu.

    Tolak UMNOBN undi PR kembalikan keadilan sosial agar semua berfungsi mengikut tahap kepandaian masing-masing.heee

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    ReplyDelete
  4. Hahaha.....
    Jumpa tak jumpa tapi jumpa akhirnya terjumpa.
    Mrk tak salah asal tak ada bukti dan senang2 menyamun tetapi kita tak salah tiada bukti tetap salah asal mrk mahu salahkan kita. Negara ini dah lama lari dari undang2 yg adil hanya yg berkuasa itulah undang2 berat sebelah .
    Semoga melayu kaya senang lenang tiada dosa hendaknya.....dgn pimpinan melayu pilihan anda.

    ReplyDelete
  5. Yang perlu ialah penerangan yang mudah kepada rakyat untuk di fahami. Masaalahnya mungkin banyak sangat rahsia tersembunyi menyebabkan semua dok peram teloq masing2.

    ReplyDelete
  6. Kadangkala aku takut dan was-was:

    Perjumpaan sesame UMNO
    Bincang hal UMNO oleh
    Orang-orang UMNO
    Akhirnya tidak kemana-mana.

    Yang di bincang dah terlaksana,
    Hasilnya rusak dan tiada makna
    Kesudahannya rakyat juga yg merana.

    Audit di buat penuh bermakna.
    Cuba elak takut terkena
    Untuk selamat demi UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorong papan tarik papan,
      Buah keranji dalam perahu,
      Suruh makan dia makan,
      Suruh belajar dia tak mahu.

      Buah keranji dalam perahu,
      Perahu belayar ke Mongolia,
      Suruh belajar dia tak mahu,
      SPM tak ada A pun najib beri degree juga.

      Delete
  7. Piiiiirahhhhhh
    selagi umnobn masih berkuasa, janganlah berharap sesuatu yang ajaib akan berlaku.
    tambah pula bila ada sokongan UG

    ReplyDelete
  8. SAYA IBU LISA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA SEMUA KARNA ANKA YANG DIBERIKAN OLEH MBAH BASKORO TERNYATA TEMBUS,AWALNYA SAYA COBA COBA MENELPON DAN SAYA MEMBERITAHUKAN SEMUA KELUHAN SAYA KEPAD MBAH BASKORO,,ALHAMDULILLAH MBAH BASKORO TELAH MEMBERIKAN SAYA SOLUSI YANG SANGAT TEPAT DAN DIA MEMBERIKAN ANGKA YANG BEGITU TEPAT..,MULANYA SAYA RAGU TAPI DENGAN PENUH SEMANGAT ANKA YG DIBERIKAN MBAH BASKORO ITU <<<9569>>> DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH BERHASIL,SEKALI LAGI MAKASIH BANYAK YAA MBAH BASKORO TIDAK AKAN LUPA BANTUAN DAN BUDI BAIK MBAH BASKORO YANG MEMBANTU SAYA SELAMA 5X PUTARANG BERTURUT-TURUT TEMBUS DAN,JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI MBAH BASKORO DI NOMOR 085 343 721 911

    ReplyDelete
  9. Cuba teka. Ada sorang ketua jabatan akan dibuang kerja. Siapa dia? Kahkah

    ReplyDelete
  10. Shahrir & Arul jumpa dimana? Hotel @ kedai mamak? Awat tk bawak adik nye skali Khalid samad. Arul tu umno ke Mic? Takdak ahli umno layak jd bos 1MDB? Umno macai pun boleh. Kahkah

    ReplyDelete
  11. Mana boleh kata tak leh. Yg adapun nak keleh.kot kot tak boleh seleh. Kena pulak igat polis.

    Lek pai lek koyak pisang makang kulit.

    ReplyDelete
  12. Sokong Najib teraju Malaysia. Nyahkan Muhyiddin!

    ReplyDelete
  13. Shahrir boleh je kata itu mcm sy tp bukan sy.. tentu puak2 pr percaya, sebab depa xprcaya besi..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...