Thursday 21 May 2015

TUAN PUNYA KERETA FERRARI YANG MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS KERANA KEHABISAN MINYAK DISAMAN POLIS DENGAN TIGA KESALAHAN TRAFIK



Sudahlah malu milik kereta supermewah tidak ada minyak sehingga diisi dengan minyak guna botol .. lkepas itu kena saman pula.

Kepada anggotra polis trafik yang bertugas sejuta tahniah diucapkan kerana tegas dalam menjalankan tugas tanpa rasa gentar dan memihak hatta kepada tuan punya kereta mewah.

Inilah dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga dan muka tersembab kena tahi ayam.

Mungkin ia dianggap kejadian yang memalukan apabila anda memandu kereta mewah berjuta ringgit tetapi tanpa dijangka kereta itu terhenti di tengah jalan.

Itu adalah pengalaman pahit yang berlaku kepada seorang pemilik kereta mewah, Ferrari 458 Italia apabila kereta yang dipandunya kehabisan minyak di Jalan Mahameru, di sini semalam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar jalan berkenaan.

Lebih malang, pemilik kereta mewah itu yang dikenali sebagai Hafiz turut dikenakan saman oleh anggota polis trafik yang kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.

Menurut laman Facebook, Trafik KL yang turut memuat naik beberapa foto kereta Ferrari itu, pemandu tersebut di saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian diri sendiri yang menyebabkan kesesakan lalulintas kepada pengguna jalan raya lain.

Selain itu, pemandu tersebut turut dikenakan dua lagi saman membabitkan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran yang mana nombor plat hadapan dilabel dengan butiran kesalahan “No. pendaftaran hadapan fancy” manakala bahagian belakang sebagai “tidak mengikut peraturan”.

Jadi, peringatan kepada semua pemilik kenderaan terutama kereta mewah pastikan anda mengisi minyak secukupnya untuk mengelakkan anda mendapat malu akibat mengganggu lalu lintas dan paling malang disaman trafik.

11 comments:

  1. Hahaha......
    Masalah saman isu kecil berapa je.... jumlahnya.
    Mampu bawa ferarri taklah saman masalah buat mrk kan! Cuma malu tu yg meranakan.... mana letak muka!!! Lg kawannya pasti ketawa besar.....lepas ni mungkin di jual sj ferarri ni ganti yg lain sebab malu beb.....nak bawa!

    ReplyDelete
  2. Kereta ratusan ribu, saman 2,3 ratus saje. Kasi dermalah kat kerajaan yang semakin sesak ni.

    ReplyDelete
  3. He have 99 problem but ticket is ain't 1

    ReplyDelete
  4. BERJUTA SAHUT RAYUAN NURUL NUHA!!!

    Hebat beb! Siapa kata lelehan 'Air Mata Buaya' Si Nurul Nuha ni tak laku? Kalau ada sesiapa yang beranggapan sedemikian, sudah pasti mereka sudah tersalah langkah. Silap besar beb!

    Dari penangan 'Air Mata Buaya' yang dirembeskan keluar oleh Si Nurul Nuha tu bukan sahaja mampu untuk meruntun hati rakyat di Malaysia. Malah berjuta - juta akan turut serta.

    Tapi malangnya, dari laporan yang diterima sejak malam semalam, hanya berjuta - juta nyamuk dan ulat je yang turut hadir dalam kempen 'Solidariti' yang dianjurkan oleh puak - puak PKR tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'korok mung.." !!

      kata org2 penang..
      "tengkorak pak-hang"..!!

      Delete
  5. Kereta ni saya pinjam dari anak menteri kot......saya tak tahu mana meter minyak.....saya ingat minyak penuh.....hehehe malunya aku


    .

    ReplyDelete
  6. Dah tau kereta mewah kuat makan petrol patutnya standby la awal2...

    ReplyDelete
  7. Najib kebas rm42 bilion relek je mana malu pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 42 bilion korok mu...menipu jo kojo..

      Delete
  8. Kasihan dia, lain kali isi fulll, baru bawa! kena pulak tersadai kat jalan mahameru lagi haru! nak ke depan stesen minyak jauh, nak ke belakang pun jauh, nasib baik ada mat-mat motor yang prihatin tolong beli minyak.

    ReplyDelete
  9. Dia nak ke masjid curi kasut kot

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...