Sunday 31 May 2015

MOHON JANGAN KETAWA ... RUPA-RUPANYA GAJI MB DAN ADUN PAHANG NAIK SEHINGGA 167 PERATUS SEBAB AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT YANG BERADA DALAM KESUSAHAN KATA ADNAN YAAKOB.


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan kenaikan gaji 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Kenaikan itu juga membabitkan gaji Speaker DUN daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan dan Timbalannya (RM2,662 kepada RM7,000 sebulan).

Sementara itu, gaji Menteri Besar pula dinaik-kan kira-kira 110 peratus daripada RM14,175 kepada RM30,000 sebulan manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (RM6,109 kepada RM14,000 sebulan) dan gaji Setiausaha Politik Menteri Besar (RM3,993 kepada RM9,000 sebulan).

Kelulusan tersebut diumumkan Speaker DUN, Datuk Ishak Muhamad selepas menerima cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob agar Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 dipinda.

Keputusan itu juga dibuat setelah mendapat sokongan sebulat suara daripada kesemua ADUN dalam persidangan tersebut yang bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini.

Adnan berkata, keputusan meminda gaji tersebut tertangguh sejak sekian lama dan dibuat bagi memastikan kesemua ADUN dapat memberi khidmat terbaik kepada pengundi di kawasan masing-masing.

“Kalau kita membuat perbandingan dengan negeri lain, terdapat perbezaan ketara dan Pahang merupakan antara negeri yang lewat berbuat demikian.

“Kenaikan ini turut mengambil kira kepentingan rakyat yang sedang berada dalam kesusahan, saya sendiri sangat berat dan susah hati untuk mencadangkan pindaan ini dibuat,” katanya.

10 comments:

  1. HARI TU KHALID IBRAHIM NAIKKAN GAJI KO TAK BISING

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin yg zalim boleh terus berkuasa selagi mempunyai rakyat yg bodoh dan senang digula2

      Delete
  2. Hahaha.......
    Kan najib nak gaji usd15000 maka patut dinaikkan setinggi yg boleh utk senangkan rakyat.
    Rakyat bawahan tu nantilah naik sikit2 sebab yg atasan lebih penting utk perbangunan rakyat.
    Rakyat senang negara aman melayu mewah cina menagih india merayu dayak meminta akhirnya siapa yg senang kaya umpama raja.

    ReplyDelete
  3. Kenyangkan lah perutmu dulu..manakala rakyat menderita,tunggu la habuanmu di akhirat kelak..rakyat ketawa Dan kamu pula menderita..

    ReplyDelete
  4. Rakyat yg dlm kesusahan tp korg punya gaji naik mencanak.. bingai punyai MB...

    ReplyDelete
  5. Err...Sebab GST 6% gaji naik 167%..bijak.bijak

    ReplyDelete
  6. SAYA IBU LISA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA SEMUA KARNA ANKA YANG DIBERIKAN OLEH MBAH BASKORO TERNYATA TEMBUS,AWALNYA SAYA COBA COBA MENELPON DAN SAYA MEMBERITAHUKAN SEMUA KELUHAN SAYA KEPAD MBAH BASKORO,,ALHAMDULILLAH MBAH BASKORO TELAH MEMBERIKAN SAYA SOLUSI YANG SANGAT TEPAT DAN DIA MEMBERIKAN ANGKA YANG BEGITU TEPAT..,MULANYA SAYA RAGU TAPI DENGAN PENUH SEMANGAT ANKA YG DIBERIKAN MBAH BASKORO ITU <<<9569>>> DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH BERHASIL,SEKALI LAGI MAKASIH BANYAK YAA MBAH BASKORO TIDAK AKAN LUPA BANTUAN DAN BUDI BAIK MBAH BASKORO YANG MEMBANTU SAYA SELAMA 5X PUTARANG BERTURUT-TURUT TEMBUS DAN,JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI MBAH BASKORO DI NOMOR 085 343 721 911

    ReplyDelete
  7. Eeer gaji dia naik 167% sbb ambil kepentingan kesusahan rakyat??? Dia nk dermakan gaji dia tu kat rakyat ke?

    ReplyDelete
  8. Gaji pokok 30k belum masuk segala elaun-elaun lain
    kereta disediakan
    minyak disediakan
    pemandu disediakan
    rumah disediakan
    pembantu disediakan
    pegawal disediakan
    eskot disediakan
    semua bil utiliti percuma
    elaun mesyuarat
    elaun pengerusi anak2 syarikat kerajaan negeri
    komisyen projek lagi....
    perggghhhhh satu sen pun tak kaluar duit poket sendiri


    "mengambil kira kepentingan rakyat dalam kesusahan....." aduhhh BM dapat berapa masa SPM ni??? Dalam sejarah hanya arwah MB kelantan yang tidak mengambil elaun-elaun beliau dan isteri malah memulangkan semula kepada negeri....

    ReplyDelete
  9. Bodoh punya Adenan gedebeg, bulatkan sahaja % kenaikan gaji tu ke 200% kan ke lebih senang, tak payah pakai culculator pun nak kira 167%, tidor pun nyenyak! Rakyat Pahang bukan boleh buat apa-apa pun, mereka bukan boleh lari tak bayar cukai!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...