Monday 25 May 2015

SARAWAK IKUT JEJAK LANGKAH JOHOR, TERENGGANU DAN PULAU PINANG SERAP GST



Sarawak akan menyerap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan perbandaran dan kerajaan negeri, umum Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semalam.

Beliau yang berkata langkah tersebut adalah sebahagian usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat.

Adenan bagaimanapun tidak menyatakan bila penyerapan GST itu akan dikuatkuasakan.

Menurutnya, kerajaan negeri menyedari pelaksanaan GST telah mengakibatkan kenaikan harga beberapa barangan di negeri ini dan secara langsung membebankan rakyat.

“Kita akan bayar (GST kepada Kerajaan Persekutuan) bagi pihak rakyat. Perkara ini kita buat semata-mata untuk Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pemansuhan kutipan tol Jambatan Lanang di Sibu.

Setakat ini, Terengganu dan Pulau Pinang telah mengumumkan akan mengikut jejak langkah Johor menyerapkan GST yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat sementara Pahang dan Selangor masih mengkaji perkara tersebut.

Sebelum ini Adenan telah menurunkan tarif elektrik bagi pengguna domestik dan industri, memansuhkan kutipan tol jambatan dan mengurangkan kutipan bayaran feri bagi menyeberang sungai-sungai di negeri itu.

Beliau turut memberitahu akan terus berusaha dalam rundingannya dengan Petronas untuk mendapatkan pertambahan royaliti hasil minyak dan gas bagi Sarawak dari lima kepada 20 peratus.

Hasil rundingan itu sehingga kini, Petronas telah memperuntukkan kontrak bernilai RM2.1 bilion diagihkan kepada syarikat-syarikat Sarawak.

12 comments:

  1. najib dan ahmad maslan tak nampak2 lg ke? negeri2 pun tahu gst menyusahkan rakyat. Dahla barangan naik harga kena gst lagi. Tp yg perkhidmatan nak kenakan gst apehal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Najib mcm mana tak tahu dia yg buat, sebab mahu wang kena lah korbankan rakyat kalau tidak mana dia dapat wang??. Ekonomi malaysia merudum dan mula menampakkan kegawatan kalau bukan sebab najib pertahankan kewangan malaysia awal sudah kegawatan namun sampai bila mampu bertahan???? Kalau bukan akhir tahun ni, tahun depan malaysia akan mengalami kegawatan dan byk syarikat mengalami kerugian besar dan pasti byk yg bankrup dan akhirnya byk yg kehilangan kerja. Tak mungkin dgn ekonomi yg tidak menentu dan slowing malah kenaikkan harga brg dan kejatuhan mata wang malaysia mampu bertahaN.

      Delete
  2. Kutipan gst untuk bayar hutang 1mdb dan mengenyangkan ahli politik umno/bn.

    ReplyDelete
  3. Kalau you all tau PKR memang bohong sebab Selangor take serap get. President bodo sebab ITU gomen PKR tak paham.

    Banyak sangat nepotism ITU sebab Ahli PKR daei boss sampai me macai bodo bodo belaka.

    Keadilan kunun. Keadilan pungkoq hangpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serap gst tu pakai duit sapa?
      pakai duit emak bapak ko ker

      Delete
  4. Kalau you all tau PKR memang bohong sebab Selangor tak serap get. President bodo sebab ITU gomen PKR tak paham.

    Banyak sangat nepotism ITU sebab Ahli PKR daei boss sampai me macai bodo bodo belaka.

    Keadilan kunun. Keadilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalah terok sangat hang ni haa? Hang pakai akal apa? Keldai ke unta? Jgn marah haa!! Nanti kena jual.

      Delete
    2. Serap memang boleh serap. Tapi serap gst tu nak bayar kat kerajan pakai duit sapa pulak? Pakai duit emak bapak ko ker?

      Delete
  5. Kaya sakan si Nan ni. Dulu aku kerja kat Sarawak tahun 75 dia baru jinak dalam politik. Sekarang aku tak kerja lagi dah bersara si Nan jadi orang besar Sarawak. Mesti kaya raya.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia ada 2 jenis.
      Ada yg kerja utk cari makan sampai mati.
      Ada yg kerja utk kaut kekayaan sampai mati.

      Delete
  6. Puteri UMNO tak komplen ke pasal GST. Apa diorang tak kena GST ke bila beli penampal @#@% setiap bulan. Atau guna kain perce!!!

    ReplyDelete
  7. Mana boleh komplen, nanti lucut jawatan..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...