Monday 25 May 2015

SHAFIE APDAL PERTAHANKAN GELAGAT TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN YANG RAKAM DAN SEBAR VIDEO UCAPAN MUHYIDDIN DALAM SUATU PROGRAM TERTUTUP DI JANDA BAIK MINGGU LALU.



Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan tindakan individu yang mendedahkan video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Janda Baik minggu lalu bukan satu kesalahan jenayah sehingga memerlukan tindakan tegas perlu diambil.

Pemimpin Umno bertanggungjawab memberi penerangan kepada ahli mengenai perkembangan terkini isu semasa, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Pendirian Shafie itu dilihat berbeza dengan kenyataan seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut.

"Adakah terdapat kesalahan jenayah yang dia lakukan? Tak ada kan," kata Shafie pada sidang media selepas merasmikan program Asean Forum on ICT bertajuk ‘For Sustainable Rural Development and Knowledge Cross-Fertilization’ di Hotel Impiana, Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lalu, tersebar satu video berdurasi 7 minit memaparkan Muhyiddin menggesa individu terlibat dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Muhyiddin juga mengesahkan mengenai ucapan tersebut dan mempertahankan pendiriannya.

Mengenai tindakan individu yang bertanggungjawab membocorkan video itu, Shafie berkata sukar untuk menghentikan maklumat seperti itu daripada tersebar.

"Kita tak boleh hentikan, sama ada salah atau tidak, semua orang tahu, tengah saya cakap ini akan sampai maklumat kepada mana-mana pihak," katanya.

Beliau berkata ucapan Muhyiddin dalam program itu tidak akan memberi kerosakan kepada Umno sebaliknya ia tanggungjawab seorang timbalan presiden untuk menjelaskan kepada ahli tentang keadaan semasa.

"Saya lihat perkara ini satu yang sudah berlaku dan menjadi tanggungjawab seorang pemimpin seperti Tan Sri memaklumkan kepada ahli parti dan menerangkan tentang perkembangan terkini keadaan suasana dan saya dapati tidak ada kandungan ucapan itu yang boleh kita katakan sehingga merosakkan keadaan sebenar," katanya.

Malah, Shafie berkata tidak sewajarnya ada sekatan ke atas ahli Umno untuk membangkitkan dan mempersoalkan tentang sebarang isu berkaitan kepentingan umum.

"Saya rasa penting bagi kita supaya masyarakat yang kita katakan terbuka daripada sistem demokrasi dan kebebasan bersuara walaupun perlu dipandu, tapi ia tidak bererti tidak harus ada kebebasan kita sebagai pimpinan untuk menerangkan kepada ahli tentang keadaan sebenar sama ada di luar atau di dalam," katanya.

Beliau yang juga menteri kemajuan luar bandar berkata, tidak menjadi kesalahan jika isu seperti 1MDB itu dijelaskan kerana sekurang-kurangnya ia dapat memperbetulkan keadaan.

"Jika kita dapat perjelaskan dan terangkan mungkin kita dapat perbetulkan keadaan," katanya.

Beliau berkata, walaupun gesaan disuarakan supaya menunggu laporan ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), orang ramai tidak dapat bersabar menunggu lagi memandangkan pelbagai spekulasi dan skandal dikaitkan dengan 1MDB.

"Kitak tidak boleh bimbang atau gusar apabila pandangan diutarakan oleh mana-mana pihak tentang suatu perkara, walaupun saya sedar dan tahu ada teguran mengatakan supaya tunggu sehingga laporan PAC dan ketua audit yang akan datang, tapi kita juga mesti dan tahu keghairahan manusia nak mengetahui, mungkin laporan itu akan keluar berbulan-bulan dan kita pun tidak tahu bila akan disampaikan kelak nanti," katanya.

Ucapan Muhyiddin yang tersebar dalam video itu dibuat minggu lepas di depan beberapa ahli Umno berjawatan tinggi pada satu perjumpaan "Keris 2314", iaitu bengkel latihan persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Zahid yang juga antara penganjur program tersebut berkata individu yang menyebarkan video tersebut akan dirujuk kepada lembaga pengurusan parti.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan wujud agenda tersembunyi pihak tertentu mahu menimbulkan perselisihan antara kepimpinan parti di sebalik penyebaran video ucapan Muhyiddin yang dibuat dalam satu majlis tertutup
.

12 comments:

  1. Sabah dah kenyang masa najib lawat tawau..

    ReplyDelete
  2. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar aje la dgn muhidin.... Jangan keras kepla mcm hadie juga. Parti lebih penting drp individu

      Delete
  3. Najib...bersara jelah. Besar lubang 1mdb nak kambus balik. Gandingan muhyiddin & zahid hamidi terbaik..Hishamuddin, Ismail Sabri & KJ naib presiden. Menteri & timbalan menteri chekai/lauya boleh punggah beg. Pilih yg tau buat keje & faham tugas masing2. Cuci habis kabinet. Baru la rakyat yakin..

    ReplyDelete
  4. betul lah kata dato wakil sabah tu..cara cari makan dgn makan sendiri lain...

    serangan dari tun lebih hebat,tak ada tindakan pun..pilih pilih
    .

    ReplyDelete
  5. Hahaha.....umno mula goyang walaupun tegas dgn sokongan yg kuat tapi bukan dapat dijadikan ukuran malah rakyat sedang marah benci sakit hati dan lihat sejauh mana umno boleh bertahan dgn sokongan party yg mula goyang tidak bersetuju antara sama lain malah perlukah umno tumbang hanya disebabkan sebilangan telor yg busuk satu umno di gadaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap cina banyak makan babi

      Delete
    2. Dap cina memang makan babi yg aku hairan kalau kau pun makan babi.....bingai....

      Delete
  6. Sebagai ahli umno kita perlu rasional. Fikir masak2. Mana lebih utama, nahjib atau umno?

    ReplyDelete
  7. Najib perlu kekalkan cuma rosmah perlu besederhana dalam urusan kerajaan... duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi ..kena pandai comotkan pakaian diri sendiri duduk sama susah dengan rakyat kalau tak bila suami pencen dari PM nanti sekor pun tak jengok rosmah

    ReplyDelete
  8. Najib kena terus cuma kena kahwin bini no.2 putri umno yg slim bkn yg gedempol. Rosmah tetap no.1 kekal. Baru najib dpt semangat baru. Huhuhu

    ReplyDelete
  9. mmg nmpk sgt x cerdik org yg masih mengagongkn umno kerana pemimpin yg korup.
    buang sajalh..
    berbilion duit negara kena sebat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...