Wednesday 20 May 2015

ISU KABINET BAYANGAN PR .. MAHFUZ OMAR BIDAS GUAN ENG JANGAN BERLAGAK SOMBONG DAN ANGKUH SANGAT.



1.SAYA selaku Ketua Whip Ahli Parlimen Pas, menegur Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden Pas sebagai penghalang utama bagi membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR). Sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya beliau meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam PR.

2.PR dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain,  di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing. Pada hari ini kesemua Ketua Whip DAP, PKR dan Pas telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat iaitu isu kabinet bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen. Setiap parti akan menghantar dua orang wakil untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

Ahli Parlimen PR turut menubuhkan Jawatankuasa untuk menilai,mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini.

3.Justeru, lebih baik Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, Anthony Loke dalam hal kabinet bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain.

Saya berharap Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyerang antara satu sama lain kerana ia bukan sahaja akan mengeruhkan lagi ikatan hubungan PR bahkan akan memeningkan kepala rakyat yang begitu berharap akan wujudnya kerajaan baru pengganti BN-Umno pada PRU14 kelak.

Semua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni.

4.Pas juga sudah membahagikan kesemua 21 orang ahli parlimen Pas mengikut portfolio Kementerian supaya dapat dipantau isu berkaitan dengan lebih dekat.  

5.Semoga dengan tertubuhnya Jawatankuasa Reformasi Parlimen oleh PR akan menjadi medium yang terbaik untuk menambahbaik peranan institusi Parlimen Malaysia agar lebih bebas, efektif dan dihormati.


Datuk Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan Pas
Ketua Whip Ahli Parlimen Pas
19 Mei 2015

10 comments:

  1. Aku Dah kata DAP nak keluar PR. Masalahnya PKR dan penyokong PASMA tak cerdik. Mungkin lepas PR berkubur tanpa batu Nisan, yg ada hanya hubungan PAS-PKR.

    ReplyDelete
  2. NATgeo wild..pernah merakam sesuatu yg sangat jarang berlaku di alam haiwan...kawanan singa africa melahap secara bersama dengan beberapa ekor buaya yg besar ..pada bangkai badak air yg telah mati ditebing sungai..mereka saling berwaspada dan memerhati.dan memberikan amaran antara satu sama lain..sambil cuba melahap daging itu seberapa banyak yg boleh..demikianlah keadaan dan sifatnya golongan yg berjual beli pada ilmunya ..pilihlah kamu wahai para penyangak ilmu...sama ada mahu mencontohi pada kawanan singa atau kepada beberapa ekor buaya yg besar....itulah sifat tahaluf siasyi yg kamu sedang jalani

    ReplyDelete
  3. NATgeo wild..pernah merakam sesuatu yg sangat jarang berlaku di alam haiwan...kawanan singa africa melahap secara bersama dengan beberapa ekor buaya yg besar ..pada bangkai badak air yg telah mati ditebing sungai..mereka saling berwaspada dan memerhati.dan memberikan amaran antara satu sama lain..sambil cuba melahap daging itu seberapa banyak yg boleh..demikianlah keadaan dan sifatnya golongan yg berjual beli pada ilmunya ..pilihlah kamu wahai para penyangak ilmu...sama ada mahu mencontohi pada kawanan singa atau kepada beberapa ekor buaya yg besar....itulah sifat tahaluf siasyi yg kamu sedang jalani

    ReplyDelete
    Replies
    1. butuh pak hang...
      tak faham jng komen..macam pak pandiaq.

      Delete
  4. DEgree tak boleh pakai patut malu, mahfuz omar dapat jadi ahli palimen walau pun tak ada degree pun sepatut nya di jadi akan contoh walau pun berkelulusan pmr , degree tak boleh pakai patut malu dengan Nya
    Hidup mahfuz
    Hidup mahfuz
    Hidup mahfuz

    ReplyDelete
  5. PKR sedarlah DAP nih tak bagi muka langsung pada korang diaorg bantu ko tapi nak habuan lebih... nafsu mengalahkan nak satu dunia .........tunjuk skit ketegasan korang kat DAP yang ke'tadika'an dan keRIBENAan tuh....

    ReplyDelete
  6. Kah kah mahpos beri amaran keras pada dap pasal kabinet dapur bayangan....kah kah.....mahpos mcm tuan rumah x ade anjing pun menyalak kuat bila orang ramai yg lalu lalang...bila tuan rumah balik sekali tengking trus diam kah kah kah....mahpos mme anjing dap...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah komen bayangan DAP yg menyamar jadi Melayu. Sedarlah wahai umat Melayu.

      Delete
  7. Dia nk tunjuk dia backing hadi...pemilihan pas makin dekat. Harap2 dilantik semula jd ketua penerangan sbb klu bertanding naib presiden, gerenti kalah. Hehe

    ReplyDelete
  8. Hallo Sirul..... apa habaq.. ni Datuk nk mai melawat hang nanti noo....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...