Sunday 24 May 2015

KANAK-KANAK YANG HILANG DIJUMPAI DIPAKSA KETIKA MINTA SEDEKAH




Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang ketika menemani bapanya solat Isyak di Masjid Muhammadi malam tadi sudah dijumpai kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Mengejutkan, kanak kanak terbabit dijumpai sedang meminta sedekah bersama beberapa lagi kanak-kanak lain berdekatan pasaraya KB Mall.

Bapa mangsa, Kamarolzaman Mohamad, 50, berkata anaknya dijumpai oleh seorang lelaki yang dikatakan berjaya mengecamnya berdasarkan gambar yang tersebar melalui aplikasi ‘whatsapp’ sebelum itu.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada lelaki itu mengatakan dia ternampak seorang kanak-kanak dalam keadaan resah ketika dihantar oleh seorang lelaki sambil disuruh membawa bekas untuk meminta sedekah.

“Lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Yong’ itu beritahu anak saya dilihat seperti menangis kerana dipaksa supaya meminta sedekah dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah.

“Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dan terus menghampiri anak saya dan bertanyakan kenapa berada di situ. Nasib baiklah anak saya dapat mengingat alamat dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah saya di Kampung Che Deris, PCB.”

Kamarolzaman berkata dia amat berterima kasih kepada lelaki terbabit kerana menunjukkan sikap yang amat bertanggungjawab.

Katanya, lelaki berkenaan cuba mendekati beberapa lagi kanak-kanak yang berada berdekatan tetapi mereka segera melarikan diri.

“Saya agak terkejut kerana rupa-rupanya mereka dijadikan mangsa oleh sindiket tertentu supaya meminta sedekah. Nasib baiklah dia hanya dipaksa meminta sedekah di sini dan bukannya di tempat lain yang sudah tentu amat sukar ditemui semula,” katanya.

Dalam kejadian malam kelmarin, seorang bapa panik apabila anaknya yang berusia tujuh tahun hilang sebaik selesai solat Isyak di Masjid Muhammadi.

Selepas mencari beberapa jam bersama jemaah lain dan tidak menemuinya, beliau bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 12.05 tengah malam kelmarin.

10 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Kalau dapat Penculik Budak tu, laksanakan Hukuman Gantung sampai Mati, barulah kejadian culik budak tak berlaku lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo nak buat...
      negeri serambi mekah le katakan...

      Delete
  3. Tu la elok bawa anak ke masjid utk mrndidik...cuma pastikan keselamatan anak terjamin....

    ReplyDelete
  4. Tolak Najib. Ramadhan ini Muhyidin jadi PM.

    ReplyDelete
  5. Hahaha......
    Inilah masalah akan belaku bila penjenayah tidak takut pihak berkuasa sebab malaysia aman......kalau kena tangkap pun penjara beberapa tahun kEluar penjara buat balik mungkin lagi besar lagi teruk. Jadi beginilah penjenayah tiada penghujungnya berterusan kalau tidak dibendung lagi byk lagi teruk lagi susah nak dibendung penjenayah tidak takut pihak berkuasa sebab ibu bapa tidak bertanggungjawap kerana malaysia masih aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau marah kt polis pun..jangan la komen sampai 3 kali..sekali cukup dh..org dh paham komen ko tu..hehe..

      Delete
  6. Alhamdullilah. Allah selamatkan anak ini. Bagaimana anak2 yg lain?

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah. Allah selamatkan anak ini. Bagaimana anak2 yg lain?

    ReplyDelete
  8. Tu je? Tak de tindakan susulan? Tutup kes? Ohh ye, report polis hanya pasal org hilang je. Yg hilang dah jumpa. Kena buat report lain kot.. Aisey...kena cari 'yong' tu buat report baru sebab polis nak bertindak ni.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...