Wednesday 27 May 2015

HADI AWANG HADIR DIPARLIMEN BAHAS RMK11



Intisari Ucapan Perbahasan RMK 11 oleh Ahli Parlimen Marang, merangkap Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;

1. Beliau memulakan ucapan dengan menyebut peripentingnya muhasabah dibuat terhadap kesemua RMK yang sudah dibentang sebelum ini bagi mengambil iktibar, bukan sahaja atas kejayaan yang dicapai tetapi termasuklah kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbaiki.

Muhasabah itu penting agar kita telah syukur nikmat kepada bumi tanah air kita ini dan bukannya kufur nikmat sehingga tenggelamlah semua tanpa disedari akibat mengulangi kesilapan sehingga menjadi lebih parah.

2. Segala indeks, angka dan statistik yang dibaca hendaklah berpijak di medan rakyat secara nyata, bukan atas kertas sahaja. Pendapatan tinggi yang tidak saksama dengan kadar inflasi adalah ukuran yang tidak tepat dan menipu diri sendiri.

3. Adakah kita sudah mampu berdikari tanpa bantuan dan hutang atau kita masih berharap bantuan pihak lain dan dibebani sehingga tidak mampu diatasi..?
Kita masih meneruskan amalan riba yang telah merudumkan ekonomi liberal kapitalisme atau seperti negara bekas sosialis yang mengabdikan rakyat atas nama membela rakyat tertindas.

4. Masalah kemiskinan, penggangguran yang ditampung dengan pekerja asing bukan rakyat sendiri, bergantung kepada cukai yang membebankan seluruh rakyat, masih ada negeri, daerah, kampung,dan pedalaman yang terpinggir dari kemudahan asas, ini semua adalah perkara yang wajib dilihat dengan adil dan berterus-terang. Hubungan Pantai Timur dan Pantai Barat, Malaysia Timur dan Malaysia Barat memerlukan kecanggihan bagi merapatkan jurang antara satu-sama lain.

Contohnya, Lebuhraya Simpang Pulai-Gua Musang-Terengganu, Lebuhraya Rompin-Negeri Sembilan, Lebuhraya Timur-Barat begitu juga hubungan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah-Sarawak yang perlu didekatkan agar hasilnya dapat digabungkan dan diseimbangkan.

5. Budaya bergantung selamanya kepada Kerajaan perlulah diubah. Masalah ini tidak selesai kerana budaya memberi ikan bukannya mata pancing. Cukai GST diperkenalkan bukti kegagalan menguruskan hasil tanpa cukai, pengurusan kewangan yang lemah akibat boros dan salahlaku.
Kebergantungan kerajaan kepada Government Link Company (GLC), bukannya cara yang baik kerana ia akan membantutkan perkembangan ekonomi rakyat disebabkan berlaku persaingan yang sentiasa memenangkan kerajaan berbanding rakyat.

6. Ibnu Khaldun sudah pun menyebut 1000 tahun yang lalu: "penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi boleh membawa keburukan."

Campurtangan melampau kerajaan mengikut Teori Komunis dan Sosialis telah menghancurkan negara besar sehingga terpaksa melakukan pembaharuan berasaskan ekonomi bebas yang melahirkan pula tokoh kapitalis daripada pemimpin dahulunya pendokong Komunis dan Sosialis.

7. Tema RMK 11 "Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat" gagal tanpa kejayaan pembangunan insan kerana tidak mengikut acuan Allah. Agenda pembangunan insan adalah kunci kejayaan ummat dan negara, yang mengikut fitrahnya iaitu jasad, ruh dan akalnya.

Keseluruhan teori ciptaan manusia hanya melihat aspek jasad,yang tidak seimbang dengan akal dan terpisah daripada ruh, menjadikan kebendaan adalah matlamat, bukannya alat bagi memakmurkan bumi maka manusia itu tenggelam menjadi hamba kepada kepentingan kebendaan.

Ini adalah punca kejatuhan tamadun negara yang paling maju dalam lipatan sejarah hanya tinggal kenangan dan mewarisi peninggalan lambang kezaliman terhadap rakyat walaupun hebat bangunan dan kotanya., sumber manusianya mati ditelan bumi dihumban ke neraka serta dikutuk sejarahnya.

8. Ibnu Khaldun menyebut, "manusia makhluk bertamadun, masyarakat madani boleh menghasilkan pelbagai pekerjaan hasil daripada dirinya dan sumber sekeliling." Contohnya, daripada satu keperluan makanan, bukan sahaja memerlukan pertanian, bahkan mewajibkan adanya industri dan perdagangan, pengangkutan dan jentera yang akan menumbuhkan peluang pekerjaan dan memajukan di mana sahaja bumi kita berpijak dengan syarat diurus dengan bijak dan baik tanpa ada penyelewengan dan kebocoran.

Golongan penasihat kerajaan mestilah ikhlas,berilmu, beriman dan budiman, bukannya hanya tahu mengampu dan memuji setiap masa.

9. Pelaburan asing yang tidak memberikan pulangan pindahan teknologi bagi mencapai negara maju, kerana pelabur yang bakhil ilmu tanpa meraikan tuan rumah, dan lebih mengundang tenaga asing daripada tenaga tempatan. Kita tidak boleh hanya menjadi pengkalan ekonomi bagi negara besar, dahulu kita pernah menjadi pengkalan keselamatan mereka ketika zaman penjajahan Perang Dunia ke 2 dahulu.

Dalam peperangan itu, 60 % yang menjadi mangsa adalah negara yang dijajah sedangkan rakyat negara penjajah hanya 40% yang menjadi mangsa. Itu dalam peperangan, dalam ekonomi kita juga akan menjadi mangsa jikalau tidak berwaspada. Lebih parah apabila kita dijemput menyertai gagasan mereka, sekadar menjadi khadam bagi memulihkan krisis yang dialami mereka.

Kerjasama antara negara itu penting tetapi faedah yang diperoleh itu perlulah secara bersama bukannya sebelah pihak sahaja.

10. Warisan penjajahan yang meminggirkan Pantai Timur dan Malaysia Timur hendaklah dihapuskan kerana negeri-negeri ini kaya sumber buminya tapi rakyatnya masih miskin dan dipinggirkan apabila dibandingkan dengan Pantai Barat dan Malaysia Barat.

Hentikanlah permainan politik yang melampau, jadikan penyelesaian tanggungjawab secara holistik bukan hanya ketika pilihanraya umum dan pilihanraya kecil sahaja.

11. Perdana Menteri ada menyebut ayat Quran ketika ucapan pembentangan RMK 11 bahawa Allah yang memiliki segala-galanya, dan Allah yang terbaik. Apabila disebut itu, maka kita perlu balik kepada acuan Allah iaitu pembangunan Insan. Tamadun Barat yang diciplak daripada Tamadun Islam itu kini sedang menuju kehancuran kerana mengabaikan aspek ruh.

12. Peranan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu amat penting bagi menambahkan lagi sumber manusia. Penterjemahan ilmu kepada bahasa kebangsaan akan memberi kemudahan dan lebih cepat melahirkan ilmuan dalam pelbagai lapangan. Lihat contoh negara Jepun, Korea, China, Jerman yang bangkit dengan bahasa mereka sendiri sepertimana Tamadun Islam yang bangkit dengan Bahasa Arab.

13. Akhirnya, beliau mengulas isu antarabangsa iaitu pelarian Rohingya dan IS. Isu pelarian Rohingya bukanlah isu keagamaan semata-mata, tetapi ia adalah isu kemanusiaan. Dalam tahun 1970an dahulu, kita pernah membantu pelarian Vietnam yang datang ke perairan Pantai Timur. 


Walaupun majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam tetapi mereka tetap membantu pelarian tersebut yang bukan beragama Islam yang telah menjadi mangsa kezaliman Perang Vietnam. Kesannya, hari ini kita mempunyai hubungan yang baik dengan Vietnam.

14. Beliau turut mengingatkan agar tidak berulang lagi sejarah Perang Dunia Kedua. Peristiwa kelahiran ISIS di Asia Barat tidak lain adalah permainan kuasa besar dunia untuk melagakan antara sesama orang Islam di atas nama perbezaan mazhab, kaum, ekonomi dan lain-lain. 


Ada artikel yang mendedahkan pihak intelligence Barat meletakkan pelampau di kawasan ini bagi menimbulkan ketegangan yang mencetuskan peperangan secara proksi/wakil kepada kuasa besar yang memberi keuntungan daripada syarikat senjata dan syarikat minyak mereka.

*Seperti biasa, ucapan Tuan Guru Presiden PAS sarat dengan ilmu, fakta dan hujjah ilmiah. Beliau menyentuh RMK 11 ini secara kerangka dasar dan sudah pun menyebut di awal ucapan itu bahawa hal yang lebih terperinci dan cabang akan dibahaskan oleh wakil rakyat lain.
 

Walaupun Tuan Guru berkelulusan agama tetapi beliau berkebolehan dalam berbahas menyentuh hal ekonomi, pentadbiran negara, bahkan politik antarabangsa. Beliau mampu menerangkan sesuatu konsep realiti semasa hari ini dengan diperkukuhkan dalil Al Quran dan Hadis.

Catatan Oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

14 comments:

  1. Tau ekonomi ke ni nak bahas.

    Bila nak bahas RUU Hudud Kelantan di Parlimen.

    Kan dah lama sidang DUN kelantan luluskan dengan sokongan sebulat suara Ameno.

    Atau dah lulus ke...?

    Berapa ekor MP Ameno sokong RUU tersebut...?

    PAS harus ingat sokongan Umeno tu hanya bertujuan untuk memecah belahkan PR sahaja dan tak lebih dari itu.

    Terang-terang Ameno nak keching pon masih percaya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sham manusia babi hutan

      Delete
    2. Tanpa umno tahun 57 mungkin sham Jadi penoreh getah yg diburu oleh bintang 3

      Delete
    3. amboi 11;09,
      siapa lah yg didik kamu sampi jd begitu sekali...

      Delete
    4. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 3486 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




      atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos




      Delete
  2. Perkarq 14 sepatutnya menyentuh perkara yang tidak menyebabkan pas dipatuk ular ditempat yang sama dan berjanji akan lebih berdisiplin untuk hadir setiap mesyuarat demi kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Tanpa pas, kami parti pkr tetap dihati rakyat. Permatang pauh telah membuktikannya.

    Pkr bukan parti kampung. Kami lebih smart.

    ReplyDelete
  4. Kami RAKYAT yang menyokong Pakatan Rakyat amat kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Pas berbangga dengan isu hudud nya. DAP menolak isu tersebut (logik mereka kafir). PKR mengambil pendekatan berkecuali bukan menolak. Oleh itu kembalilah semula kepada apa yang telah disepakati. Tumbangkan regim Umno dan BN dahulu kerana telah banyak menekan RAKYAT. RAKYAT memerlukan sebuah parti alternatif yang lebih berintegriti , telus dan profesional agar Malaysia dapat diterajui/ditadbir dengan baik. RAKYAT mahu jaminan masa depan yang cemerlang demi Generasi akan datang. Berbalik isu hudud ini kita perlu kuasai Putrajaya/kerajaan pusat juga kuasa media. Santuni RAKYAT perjuangkan hak2 mereka. Hapuskan kemiskinan. Malaysia adalah negara yang amat KAYA. Negara ini amat diberkati maka jagalah sebelum terlambat dari mereka yang rakus. Dan ketika itu barulah fahami RAKYAT yg berlainan bangsa dan agama tentang Cantiknya ISLAM serta perundangannya. Tunjukkan contoh dahulu. Inilah yang sepatutnya dibuat tetapi bila ditegur PAS cepat terasa. Inilah juga menyebabkan PKR berdiam diri kerana sudah diperingatkan PAS tetap berdegil. RAKYAT juga terasa ditipu. Kemana perginya slogan " PAS for ALL" ? RAKYAT berharap agar Pakatan Rakyat dapat kembali ke landasannya. Kamu semua dilantik oleh RAKYAT utk membela nasib kami bukan bercakaran seperti ini!!! Jika ini berterusan jangan salahkan RAKYAT kerana tidak memberi peluang kali ke2 kerana ANDA dan UMNO/BN sama sahaja. Lupa diri bila berada di puncak. Terima kasih sekian.

    ReplyDelete
  5. Parti pas ni manjang nye dok kena kencing ngn um no...x sedar2 lg ke? Biul ke bangang ke pemimpin pas ni?....ni la namanya bodoh sombong..atau habuan yg besar menanti untuk pemimpinnye.....kut kut la boleh jd MB gabungan pas Bn.... merasa la jgk boleh jd MB...nk harapkan pakatan hampehh...boleh la sekejap...x sempat nk panas punggung...lg pn bekerjasama dgn pakatan x dpt apa pn.....masa arwah TGNA masih ada mmg x dibenarkan...sekarang TGNA dh x ada...hahh...sapa nk halang lg....yak yak yea la...lu org apa tau...yg penting masyukkk...silap2 boleh jd MB....sapa untung??.....akuu jgkkk....huhuhu....ada aku kesahh....hahahaha....

    ReplyDelete
  6. Fenomena aneh semenjak 2 menjak ni banyak blogger macai pkr tukar profession dpd blogger seks lucah dan porno jadi blogger politik tabur fitnah spt gendang perang, libang libu etc. Sbb tu banyak hujjah blogger macai berunsur fitnah, seks lucah dan maki hamun .................. modus operandi depa cuba pengaruh netizen dgn fitnah2 depa . Depa dibantu oleh blogger pasma dan jebon spt greenboc, alhussyen etc yg bertuan gurukan LKS dan LGE yg percaya kpd kebebasan utk berlgbt dan liberalisme serta penyucian dosa2 utk masuk syurga sbgmana kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Ingat macai pkr @ gurkha DAP dgn seks dan fitnah berpisah tiada !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1147. Tuan komen seperti orang tidak bersekolah aka orang umno. Sekian

      Delete
    2. Anon 1147. Ckup la dengan 'talent' kebodohan sewaktu belajar dulu.jgn la terbwak2 dlm kehidupn org lain.simpn la utk diri sendiri dan kluarga di rumah yg brketrunan umngok.sekian

      Delete
  7. Woi sham, ikhlas atau tidak itu urusan mereka dgn Allah. Tapi yg jelas bukan hanya tak sokong bahkan menentang Hudud, maka tunggu la balasan di akhirat nanti. Harap ko dh siapkan jwpan bila bertemu Allah di akhirat nanti. Mati ITU pasti

    ReplyDelete
  8. Kalau Umno ikhlas dah lama terlaksana wahai budak.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...