Wednesday 20 May 2015

ISU KHALID IBRAHIM LEBIH CEKAP DARI AZMIN ALI ... ADA APA-APA KE TIDAK SAMPAI 24 JAM SUDAH BUAT PUSINGAN U?????



Laporan mengatakan DAP mengakui pentadbiran bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih cekap berbanding penggantinya Mohamed Azmin Ali tidak tepat, kata Lau Weng San.

Setiausaha DAP Selangor itu berkata, kenyataannya semasa sidang media ialah pihaknya "pernah membangkitkan perkara yang hampir sama dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac 2012 dan jawapan yang saya terima pada masa itu adalah lebih lengkap".

"Namun begitu, perkataan 'lengkap' tidak boleh disama erti dengan maksud atau perkataan 'cekap'. Lebih-lebih lagi, saya tidak bermaksud bahawa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) lebih cekap hanya kerana jawapannya lebih lengkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sedemikian dalam responsnya terhadap laporan semalam yang menyebut DAP mengaku pentadbiran Khalid lebih cekap.

Lau dalam pertanyaan bertulis kepada Azmin Mac lalu mahu kerajaan negeri menyenaraikan gaji, elaun dan bonus kakitangan atasan GLC seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Namun, jawapan bertulis yang diterimanya menggesa Lau mengemukakan permohonan bertulis kepada Azmin atau setiausaha dewan.

Jawapan bertulis itu turut mengingatkan Lau supaya bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut yang tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku itu pada sidang media Isnin lalu mempertikaikan Seksyen 2 PDPA itu hanya terpakai kepada data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.

Katanya, Seksyen 3(1) akta itu juga menjelaskan ia tidak terpakai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Lau dan Adun Kinrara, Ng Sze Han turut menggesa Azmin mendedahkan butiran itu segera bagi memelihara aspek ketelusan.

Lau berkata, ekoran teguran itu, pihaknya menerima respons daripada Azmin dan setiausaha politik Shuhaimi Shafiei pada 18 dan 19 Mei lalu, berkenaan jawapan yang diterimanya semasa sidang DUN tentang senarai nama, jawatan, gaji, bonus dan elaun yang dibayar kepada ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan kanan peringkat pengurusan di beberapa GLC Selangor.

"Menteri besar memaklumkan bahawa beliau sudah mengarahkan pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri Selangor untuk mempercepatkan pemprosesan maklumat berkenaan.

"Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada menteri besar dan pejabatnya kerana prihatin dengan isu yang dibangktikan saya. Sememangnya, ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat merupakan mercu tanda yang perlu dipertahankan pada setiap masa," katanya.

Katanya, dalam jawapan bertulis yang diterimanya, beliau diminta menulis kepada Pejabat Menteri Besar dan mengakui sudah berbuat seperti yang diminta.

"Saya sudah berbuat seperti apa yang diminta dan saya ingin menekankan sekali lagi bahawa memang Pejabat Menteri Besar Selangor ada menjawab surat saya di mana perkara itu diajukan kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya. Maka saya akan menunggu jawapan daripada pegawai yang berkenaan.

"Saya memohon maaf jika kesilapan ini menyebabkan perselisihan faham yang tidak diperlukan. Saya juga berasa kesal dengan kesilapan laporan ini dan memohon pihak yang berkenaan untuk memperbetulkan kesilapan ini secepat mungkin," katanya.

9 comments:

  1. cina lebih profesional baa. tak pernah main-main, gurau2 tidak sembrono mcm mim

    ReplyDelete
  2. Hahaha...cina penipu. Pro lanciauu.

    ReplyDelete
  3. cina lebih profesional?

    bha ha ha...

    oppss! sorry...

    tergolak pulak den...

    ReplyDelete
  4. Hahaha........cina penipu melayu pembohong....
    Oh!....salah melayu penipu cina pembohoNg.

    ReplyDelete
  5. Padan muka kau omak kau pun kena main.kah.kah.kah

    ReplyDelete
  6. Kan org dah cakap diaorg CINA kafir mesti ngaku lagi bijak tadbir perlacuran , ternak babi (di tanah org melayu bukan tanah sendiri),judi, konsert & arak berbanding orang melayu mentadbir......CINA kafir DAP MCA GERAKAN cina PKR senada seirama perangai perosaknya.....Mereka ini Sahibul An'am bukannya Ulil Al-Bab

    ReplyDelete
  7. Yg serah pulau Singapura kpd cina...orang melayu UMNO.. Yg serah bukit Genting kpd cina org melayu UMNO. Yg serah pulau Batu Putih kpd cina org melayu UMNO. Yv gadai tanah rezab melayu pon org melayu UMNO.. So...siapa yg lancau?

    UMNO ke...DAP ke yg lancau !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, umno lancau... dah tahu umno tu lancau yg korang buat taik yg sama tu knapa; masa d perak hari tu korang bg tnh kt cina slagi ada bulan dn bintang, mainkan kalimah Allah, mmbiarkan puak2 kiasu ni mmprmainkan hak istmewa, raja dn agama islam, pajak ribuan ekar tanah klantan pd Dap... yg tu apa, 3Kali lancau ada le..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...