Thursday, 14 May 2015

ISU TAMBAH NILAI TELEFON PRABAYAR .... APAKAH PENGUMUMAN AHMAD SHABERY CHEEK SEMALAM MEMBUATKAN RAKYAT RASA TERTIPU?????



Apakah Putrajaya menipu rakyat apabila mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% ke atas perkhidmatan telefon prabayar akan dikenakan berdasarkan penggunaan?????

Pengumuman Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek semalam tidak berbeza dengan pengumuman sebelum ini iaitu pengguna tetap akan membayar cukai atas pembelian isian semula prabayar.

Pengumuman tersebut dilihat semacam menipu kerana pengguna tidak lagi menerima masa bercakap selama RM10 untuk setiap pembelian sebanyak RM10, sebaliknya, mereka hanya menerima RM9.43 sen nilai perkhidmatan untuk setiap RM10 yang dibayar.

Jika begini memang jelas tiada bezanya dengan kenaikan harga kontroversi prabayar mudah alih oleh syarikat telekomunikasi pada 1 April apabila pengguna terpaksa membayar RM10.60 untuk masa bercakap sebanyak RM10.

Semua syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini menyediakan masa berbual sebanyak RM10 dengan setiap pembelian isian semula sebanyak RM10, dengan menyerap cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Namun kini, tindakan mengenakan GST ke atas penggunaan bererti telco ini sebenarnya menaikkan harga isian semula dengan memberikan masa berbual sebanyak RM9.43 sahaja bagi setiap isian semula sebanyak RM10.

Oleh itu dengan menggunakan peralihan daripada cukai perkhidmatan 6% kepada GST 6% sebagai silap mata, menteri sebenarnya bersubahat dengan syarikat telekomunikasi dalam kenaikan seragam sebanyak 6%.

Perkara ini, jika dilihat secara mikro, menyalahi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, apabila telco sebenarnya mengambil kesempatan menaikkan harga mereka sempena GST, kerana dengan kenaikan harga ini, telco yang mengaut pulangan lebih RM12.8 bilion tahun lepas dijangka akan menambah pulangan mereka lagi.

Apakah kerajaan BN ingin membantu syarikat yang untung besar ini untuk mengaut untung tambahan sebanyak RM770 juta?????

Di samping itu, ia juga menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kenaikan itu dibuat serentak dan bersifat anti-persaingan.

Kabinet semalam bersetuju kadar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.

Shabery juga mengumumkan kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 dengan pengguna masih mendapat nilai yang sama.

Katanya, pelaksanaan GST berdasarkan penggunaan akan berkuat kuasa sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan lagi, dan buat masa ini penggunaan akan dikenakan caj seperti biasa.

Perlunya rakyat diberikan penjelasan yang lebih jelas, telus dan menyakinkan agar rakyat tidak rasa tertipu, teraniaya dan didera dengan asakan GST.

30 comments:

  1. APA salah gambar mamak DLM posting Omak ni. Dia nak jual prepaid pun tak senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Mamak tu hanya pehiasan mungkin tak de gambar bacek kot.
      Sy dah kata semuanya penipu baik tukar lain menteri pun penipu. Cuba fikir cara waras kenapa sst dibayar sebelum ini tidak dihapuskan??? Kenapa ditambah pula dgn gst??? Kenapa prabayar skrg kena bayar cukai sebyk 12% ??? Bagi yg tak tahu mungkin fikir 6% shj, sedangkan selama ini prabayar memang telah msk cukai sst dan skrg sst tukar ke gst kenapa Kena bayar lebih??? Mana betulnya!!! Menteri umno memang penipu samun wang rakyat malaysia. Lagi satu sy byr cukai pendapatan selama ini tidak ada fee tetapi hari ini sy bayar cukai pendapatan di bank ada fee 2.00 dgn 6% gst. Nampak sgt mrk cuba menyamun wang rakyat sana sini tanpa ada hentinya.

      Delete
  2. Langau umngok akan sentap. Isu nepotisma berpisah tiada. Bagaimana bodoh dan korup pemimpin mereka ...bodoh lagi langau/penyokongnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengaku partinya mengamalkan kronisme walaupun pada hakikatnya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR.
      Anwar membuat penafian itu ketika diwawancara BBC pada tahun 2008.
      “Apa itu nepotisme, saya tidak mengamalkannya,” kata Anwar.
      Wartawan BBC mencelah, “Tetapi isteri anda, Dr Wan Azizah adalah Presiden PKR ?. Bukankah itu hubungan yang rapat ?”
      “Semasa saya di penjara. Ya…” jawab Anwar seolah-olah Wan Azizah tidak lagi memegang Presiden PKR selepas beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.
      Wartawan BBC mencelah sambil membidas Anwar, “Dia (Wan Azizah) masih lagi presiden parti (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen (Permatang Pauh). Anda lantik isteri anda sebagai presiden parti dan anda kata tiada nepotisme (dalam PKR).”

      Delete
    2. Hang tengok tu BBC (England Mari) pun panggil korang nepotism

      Delete
  3. Aku Dah Tanya mamak tu, " U nepotism tak' . dia jawab orang baik take nepotism punya

    ReplyDelete
  4. UMNO MEMANG BABIIIIIIIII

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul izzah touch d hanjing

      Delete
    2. Nuruh izzah kan mengaku dia hadir sesi touch d hanjing

      Delete
    3. Hahaha....
      Bodoh punya melayu!!! Touch anjing ada nyamun wang kamu kah??? Ada minta wang kamu???? Melayu tetap bodoh. Kalau samun rompak curi rogol malah menyamun terang2 an wang rakyat tak salahkah??? Tak haramkah??? Kenapa melayu boleh buat selalu???. Itulah melayu bodoh akal tahu menipu cuba putarbelutkan kejahilan melayu itu sdr. Apa guna allah bagi islam pada melayu kalau melayu itu peguna islam cuba nak kawal bangsanya dgn menipu tetapi benarkah melayu itu islam???? Apa beza melayu dgn israel!!! Prangai syaitan.

      Delete
    4. Anuar pun ymno dulu. Dua bukan resign tapi dipecat. Itu aku kata ambik pendusta lawan penipu. Nak sokong join Isma

      Delete
  5. Anwar membuat penafian itu ketika diwawancara BBC pada tahun 2008.
    “Apa itu nepotisme, saya tidak mengamalkannya,” kata Anwar.
    Wartawan BBC mencelah, “Tetapi isteri anda, Dr Wan Azizah adalah Presiden PKR ?. Bukankah itu hubungan yang rapat ?”
    “Semasa saya di penjara. Ya…” jawab Anwar seolah-olah Wan Azizah tidak lagi memegang Presiden PKR selepas beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.
    Wartawan BBC mencelah sambil membidas Anwar, “Dia (Wan Azizah) masih lagi presiden parti (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen (Permatang Pauh). Anda lantik isteri anda sebagai presiden parti dan anda kata tiada nepotisme (dalam PKR).”

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua parti ada nepotism....nepotism tuk berjuang susah n senang belum pasti berbeza ngan nepotism tuk merompak kekayaan negara.. ada beza tu..

      Delete
  6. Saman semua penipu

    ReplyDelete
  7. Woi..babi di atas ni..posting brkenaan GST utk prepaid, babi tul la Kau org ni p komeng bnda tak sngkut paut pun.. Mmng babi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul izzah marah kang. Nurul dulu pi sesi touch d hanjing. Kamu plak cakap pig. Ini aku cakap baik boss baik macai semua suka najis

      Delete
  8. Isu prepaid 10 hengget pun payah nk settle apatah lg isu besar2 mcm 1MDB tuh... canang bukan main lagi SST lg tinggi drpd GST.. abih tu bila dh mansuh SST knapa topup prepaid lg mahal time GST? Igt la sikit, yg guna prepaid ni org2 kurang berduit.. walaupun kurang berduit tapi tetap pengundi tau.. ingat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Settle dulu nepotism dlm PKR. Kami mau Azmin sbg president. Wan jijah boleh blahhh

      Delete
    2. Hahaha.......
      Jatuhkan penyamun penjajah dulu baru rakyat selamat dari terus di samun oleh melayu tamak penting diri. Pkr harus diangkat utk lawan penjajah selamatkan malaysia dari terus dirogol oleh melayu penyamun.

      Delete
  9. Kalau tak menipu tak sah umno.....masa beli tak kena GST tapi GST dikenakan mengikut penggunaan.......kamu ingat rakyat bodoh ke......kan sama jugaknya tu.....kenapala menteri Najib ni bodoh dan suka menipu rakyat.....Allahuakhbar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib tak bodoh cuma hanya pandai tipu wang rakyat utk kesenangan mrk.
      Kalau dah penyamun inilah kerja mrk samun wang rakyat selagi berkuasa.

      Delete
  10. Yang peliknya orang2 Melayu termasuk yang berpelajaran tinggi sanggup ditipu berulang kali tapi masih menyokong parti umno-bangang....otak kat lutut ke ??? Bila orang Melayu nak jadi bangsa dihormati ??? Gunakanlah otak yang dianugerahkan oleh ALLAH sebijak-bijaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Kan dah kata melayu bodoh jadi tak hairan melayu terus bangang atas nama keramat konon....... kalau melayu keramat kenapa melayu masih miskin???? Kenapa hanya melayu umno kaya???? Tlg jawap????

      Delete
  11. Menteri ni apa ke hal ni. Cakap berbelit2 orang kampung faham ke. Katakan saje kena GST habis cerita. jangan risau tentang undi la. Kalau letak monyet pun jadi PM macai pasti sokong punya. Cakap saje secara mudah. Tak payah le berbelit2. Rosak otak bangsa Melayu di buatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Penipu terus menipu tak tipu melayu tak bijak.

      Delete

  12. GST tetap dikenakan kepada rakyat marhaen, tetapi bukan pada pembelian kad topop prabayar
    GST akan dikenakan pada anda untuk setiap panggilan dan sms yang dimasukkan untuk dikenakan cukai GST kepada anda. Bijak bukan Menteri mencari penyelesaian? Ermm…..
    Akhirnya Pi Mai Pimai Tang Tu juga. Kasihan rakyat Malaysia.
    Cuma dahulu terang-terangan, cukai topup GST dikenakan terhadap anda tetapi kali ini secara tersirat pula supaya penguna seperti anda tidak perasan. Hebat bukan permainan mereka
    Pendek kata cukai GST masih lagi ada untuk dikenakan terhadap anda dalam caj telekomunikasi cuma telbih terselindung
    Apabila rakyat dengar hanya bayar RM10 dapat RM10, ramai yang lega sedangkan sesuatu sangat. Dengan harapan anda akan terlepas pandang dengan hidden kos yang ada. Ermmmm…
    Tetapi sudah menteri kata, “win-win situation”. Iyakan sahaja
    Tetapi hakikatnya rakyat semakin celik hari ini, tidak semudah itu akal fikiran mereka ditunjal-tunjal mengikut renrak permainan mereka

    Setiap satu sms 10 sen jadi 16 sen, setiap panggilan 1.00 jadi RM 1.60 sen.
    Kalau betullah jadi, Prepaid yang bernilai RM 30.00, separuhnya sahaja iaitu RM 15.00 akan dikira dan diambil cukai GST!, lagi banyaklah kena cukai macam ni! mahsyukkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak mahu byr cukai jgn ambil brim sebab brim lah najib mahu cukai balik dan jahanamkan umno sebelum rakyat melayu dijahanamkan.

      Delete
  13. Penganut mazhab umnolah yang membuat rakyat negara ini sengsara "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum...melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya" hidup berjuang berpaksi ke atas bangsa bukan agama tauhid...atas sebab itu tiada istilah haram halal dosa pahala hari pembalasan dan sebagainya dalam kamus hidup majoriti dari mereka....penipuan dan pebohongan adalah lesen kebenaran untuk mengaut kekayaan...

    ReplyDelete
  14. Aku takkan halal kan lebihan 6% caj yang dikenakan oleh syarikat telco..
    pasal apa?
    pasal sebelum nie kena sst 6% boleh je RM10 bagi RM10
    dan sekarang mahu tambah lagi 6%????
    memang aku tak halal kan lebihan 6% tue... tuih..

    ReplyDelete
  15. ANDA PENGEN CEPAT KAYA MELALUI JALAN PESUGIHAN TUYUL DAN ANDA JUGA BISA MENANG MELALUI ANGKA-ANGKA TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.

    >>>>>KISAH NYATA DARI SAYA IBU CACAH DI MEDAN<<<<<

    Aslamu alaikum wr wb..
    Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis
    dan berbagi kepada teman2 melalui room ini,
    sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga
    dan mencapai kesuksesan yang luar biasa, mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki,
    namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang,
    hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yang saya punya,
    akhirnya saya menanggung hutang ke pelanggan-pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 600 juta ,
    saya sudah stress dan hampir bunuh diri anak saya 3 orang masih sekolah di SMP / SMA dan juga anak sememtarah kuliah,tapi SUAMI saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anaka-naknya ditengah tagihan hutang yang menumpuk,
    demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue,
    ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman
    dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya.
    dulu katanya dia juga seperti saya setelah bergabung dengan NYI SEWIKA hidupnya kembali sukses,
    awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir
    dan melihat langsung hasilnya, `
    saya akhirnya bergabung dan menghubungi NYI SEWIKA di No 0853-7778-3434
    Semua petunjuk NYI SEWIKA saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim,
    Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya,
    akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya,
    semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha,
    kini saya kembali sukses terimaksih NYI SEWIKA saya tidak akan melupakan jasa AKI.
    JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH,
    SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB NYI SEWIKA DI 0853-7778-3434


    ((((((((((((DANA GHAIB)))))))))))))))))


    Pesugihan Instant 5 MILYAR
    Mulai bulan ini (January 2016) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal,
    serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar,
    Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :

    Mempunyai Hutang diatas 1 Milyar
    Ingin membuka usaha dengan Modal diatas 1 Milyar
    dll

    Syarat :

    Usia Minimal 21 Tahun
    Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
    Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
    Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
    Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda

    Proses :

    Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
    Harus siap mental lahir dan batin
    Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
    Pada malam hari tidak boleh tidur

    Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :

    Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
    Ayam cemani : 2jt
    Minyak Songolangit : 2jt
    bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt

    Prosedur Daftar Ritual ini :

    Kirim Foto anda
    Kirim Data sesuai KTP

    Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 5 MILYAR

    Kirim ke nomor ini NYI SEWIKA: 0853-7778-3434
    SMS Anda akan Kami balas secepatnya

    Maaf Program ini TERBATAS hanya untuk beberapa Orang saja..?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...