Saturday, 9 May 2015

BEKAS PEGUAM NEGARA PERTIKAI MENGAPA DOKUMEN PERJANJIAN HARTANAH TABUNG HAJI/1MDB DIKLASIFIKASIKAN DI BAWAH AKTA RAHSIA RASMI (OSA).



Sebelum menyiasat mereka yang bertanggungjawab membocorkan dokumen perjanjian tanah antara Lembaga Tabung Haji (TH) - 1Malaysia Development Berhad (1MDB), polis terlebih dulu perlu menentukan sama ada ia diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) atau tidak, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib.

"Persoalan seterusnya ialah, siapa yang mengklasifikasikan dokumen itu sebagai rahsia," katanya sambil menambah, mengikut undang-undang mesti ada pegawai yang bertanggungjawab mengklasifikasikan sesuatu dokumen.

Talib berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam pegawai penyiasat akan meneliti peruntukan dalam OSA bagi mendakwa dalang yang terbabit membocorkan kandungan dokumen itu.

Beliau yang merupakan ketua peguam negara selama 13 tahun sehingga 1993 berkata, sama ada jenayah dilakukan mengikut OSA atau tidak, ia hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai dijalankan.

"Tetapi, bagi tujuan penyiasatan, kes berkenaan boleh diklasifikasikan mengikut OSA," katanya.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar turut melahirkan kebimbangan berhubung penggunaan OSA dalam kes itu, mengatakan penyiasatan itu satu contoh bagaimana OSA boleh "disalahgunakan untuk tujuan salah".

"Dalam kes ini, pemberi maklumat mesti dilindungi tanpa ancaman OSA akan digunakan terhadap mereka," kata Akhbar dalam satu kenyataan semalam.

"Sebaliknya keutamaan perlu diberikan untuk menyiasat sama ada sebarang penyelewengan berlaku dalam urus niaga perniagaan itu, jika pembelian itu dibuat mengikut prosedur standard dan jika harga yang dibayar TH munasabah dan adil," katanya.

Khalid berkata, klasifikasi itu dibuat selepas meneliti laporan polis yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah.

Beliau berkata, polis akan memanggil mereka yang dikenal pasti dalam kes itu, termasuk pegawai tertinggi TH untuk disoal siasat tidak lama lagi.

Abu Talib berkata, tiada halangan terhadap pihak polis untuk mengklasifikasikan semula kes ini sekiranya ketika menjalankan siasatan, didapati wujud kesalahan lain.

"Pada kesudahannya, kita harus ingat, pendakwa raya yang akan memutuskan sama ada terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa seseorang melakukan jenayah," katanya.

Johan semalam membuat laporan polis mengenai data tidak tepat disiarkan blog "The Benchmark" yang mendakwa badan pengelola dana simpanan haji itu membeli dua bidang tanah dalam projek Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB dengan nilai sejumlah RM772 juta secara tunai sedangkan pembelian itu mendapat "potongan" harga pada RM188.5 juta.

Dalam laporan polis itu, Johan berkata, tanah seluas 67,954 kaki persegi dibeli untuk membina sebuah pangsapuri mewah dan menafikan yang TH dalam proses mendapatkan Signature Tower seperti yang didakwa blog tidak dikenali itu.

Beliau berkata, pelaburan itu dilakukan mengikut garis panduan sebenar dan mendapat kelulusan yang betul.

Pembangunan pangsapuri mewah itu akan dibangunkan Tabung Haji Properties Sdn Bhd.

Blog tidak dikenali itu mendakwa TH membeli dua plot tanah menggunakan dana pendeposit dan membeli tanah itu pada nilai yang jauh lebih mahal daripada yang dibayar 1MDB, sebaliknya perkara itu dinafikan badan itu.

Menurut blog itu, 1MDB Real Estate Bhd memperoleh tanah bagi pembinaan TRX pada harga RM64 satu kaki persegi daripada kerajaan persekutuan.

Johan turut menyatakan dalam laporan polis itu kebocoran dokumen sulit tidak membuktikan cadangan itu diluluskan dan bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995.

Isu 1MDB menjadi kontroversi besar selepas menanggung hutang yang banyak iaitu kira-kira RM42 bilion malah kerajaan juga mengakui syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu sedang mengalami masalah aliran tunai.

Sementara itu, peguam Haresh Mahadevan berkata polis perlu menjelaskan mengapa ada keperluan untuk mengklasifikasikan satu perjanjian jual beli yang melibatkan penggunaan dana simpanan haji.

"Polis harus mencari siapa menteri atau wakilnya yang mengklasifikasikan dokumen tersebut," katanya sambil menambah, perjanjian itu menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu dijawab.

Hareshi ialah salah salah seorang peguam yang berjaya mendapatkan pembebasan bagi 2 guru sekolah rendah yang memiliki salinan kertas peperiksaan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) tahun lepas tanpa kebenaran.

Subbarau Kamalanathan dan Murugan Palanisamy didakwa mengikut OSA yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 1 hingga 7 tahun.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Seremban membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela diri.

Salah satu sebabnya ialah, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kepada mahkamah satu pewartaan menyatakan menteri pendidikan memberi kuasa kepada ketua sindiket pemeriksaan mengklasifikasikan kertas peperiksaan itu sebagai "sulit".

13 comments:

  1. M
    A
    S
    A

    U
    N
    T
    U
    K

    N
    A
    J
    I
    B

    B
    E
    R
    A
    M
    B
    U
    S

    U
    N
    D
    U
    R

    N
    A
    J
    I
    B

    U
    N
    D
    U
    R



    M
    A
    S
    A

    U
    N
    T
    U
    K

    N
    A
    J
    I
    B

    B
    E
    R
    A
    M
    B
    U
    S

    U
    N
    D
    U
    R

    N
    A
    J
    I
    B

    U
    N
    D
    U
    R

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Bukan pertama tetapi dah berulang kali....
      Wang 1 malaysia kwsp mana2 wang pelaburan semua di guna pakai asal boleh guna rebat semuanya. Pelaburan tabungan untung tiap tahun atas kertas tetapi wangnya entah cukup tak bayar pada pelabur kalau semua ambil balik wang mrk.
      Sememangnya tanpa wang pelaburan mrk pegawai tinggi hingga bawah tiada kerja malah siapa mrk hingga tidak hormat pada pelabur??? Mrk juga buat bangunan cakar langit besar cantik dan selesa dari wang pelabur bagi sikit keuntungan pada pelabur yg lebih Mrk rebat. Jadi tiada yg free kita rakyat diperguna utk kesenangan mrk hidup mewah gaji besar ada ke pandang pelabur susah yg simpan dlm pelaburan.
      Baru mula semua baik bila dah lama ekor musang semua keluar rupanya penyamun dlm selimut. Kalau rakyat pa masih bodoh toloi bangga dgn sokongan mrk dan bersama menjayakan penyamunan ini maka mrk bersubahat kecuali benar2 kamu tak tahu atau tahu buat tak tahu janji kamu senang subahatlah namanya.
      Bagi yg tidak subahat sedar berkerja dgn penyamun tolak umno pru 14 nanti.

      Delete
  2. Adalah tidak wajar dan tidak masuk akal dokumen perjanjian tanah antara Lembaga Tabung Haji (TH) - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diklasifikasikan sebagai OSA kerana skandal 1MDB-TH melibatkan wang rakyat yang disimpan dalam TH ! Rakyat berhak mengetahui apa yang telah berlaku kepada wang simpanan mereka dalam TH! Dan wang TH bukan harta lembaga pengarah TH dan 1MDB ! Mengapa pecah amanah mesti ditutup dengan OSA? Dan kita tahu beberapa orang ahli lembaga pengarah TH adalah juga terlibat dalam pentadbiran 1MDB maka tidak hairanlah berlaku konflik kepentingan dan rakyat pula yang menjadi mangsa ! Sepatutnya polis menyiasat lembaga pengarah TH dan 1MDB kerana wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan 1MDB !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      Duit itu bukan duit milik Tabung Haji tapi duit simpanan org ramai. Kalau org ramai ambik balik, satu sen pun tabung haji tak ada duit. Jangan buat duit org mcm duit emakk bapakkkk korang.

      Delete
    2. Kpd Ostat Unknown, keluarga Jeff dan Maae kajang:

      Babi bukan kira tanaman orang lain. Semua dia sebat. Nak tangkap susah sbb kat taring ada cop osa

      Delete
    3. Sila panggil doreamon untuk selamatkan Shizuoka dan Nobita.
      Banyak penjahat sedang meratah duit simpanan rakyat bersama giant dan raksasa betina.

      Delete
  3. Kalu osa digunakan dlm kes 1mdb/th, saya akan keluarkan simpanan saya dan keluarga saya.

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya .. jika betul PEMBELIAN TANAH OLEH TABUNG HAJI .. MANA 2 PEGAWAI TERINGGI TABUNG HAJI YANG TERLIBAT DALAM PEMBELIAN TANAH ITU .. WAJIB DI DAKWA .. KERANA TIDAK AMANAH .. YANG DI BERI KEPERCAYAAN LLEH PENCARUM DALAM TABUNG HAJI ..

    ReplyDelete
  5. sekandal memalukan umat Islam oleh pemimpin
    Anjing pun tak boleh buat mcm ni

    ReplyDelete
  6. SIAL PUNYA KEELENGGGGG

    ReplyDelete
  7. ADA SOSOK LEMBAGA HEETAM SEDANG MENGGEGAR LAMBAGA URUSAM TABUN HAJEEE

    ReplyDelete
  8. Ostad Unknown dah pencen ke? Biasanya bukan main lg mempertahankan umno/bn.

    ReplyDelete
  9. Putar belit posting ni....cuba baca betul2 balik antara tajuk posting dgn 3 perenggan pertama...baca betul2 apa yg dinyatakan TS Abu Talib......jgn jadi spesis mangkuk2 putar alam yg wujud kat Baboon Hutan, Utusang, HARAMKAH dan Mkoni...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...