Monday 11 May 2015

HASRAT TUN MAHATHIR DAN KUNCU-KUNCU MAU MELIHAT NAJIB DAN MUHYIDDIN BERBALAH BERKECAI.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan hubungan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sesekali dapat dipecahbelahkan.

“Kita akan selalu bincang hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada keadaan selesa dan kukuh supaya tiada pihak cuba memecahbelahkan kita, terutama sekali saya dengan timbalan presiden,” katanya.

Najib berkata hasil perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin pagi tadi didapati kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada tahap kukuh.

“Jadi kalau ada apa-apa berita khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini maka kecewalah mereka yang menyebar berita-berita palsu tersebut,” katanya.

Najib tidak merujuk secara langsung pihak itu.

Namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa keseluruhannya anggota MT telah menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Zainuddin juga berkata presiden Umno itu mungkin diberitahu secara ikhlas dan sopan berhubung perkara itu dalam mesyuarat MT hari ini.

Muhyiddin sebelum ini dispekulasi banyak pihak sedang mengintai peluang menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad bahawa Muhyiddin pilihan paling sesuai menjadi peneraju negara, walaupun bukanlah yang terbaik.

elain kenyataan tegas Muhyiddin dalam isu 1MDB, dakwaan “konspirasi Milan” antara Muhyddin dan dan beberapa pihak di Itali juga menguatkan khabar angin itu.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, antara nama dikaitkan, bagaimanapun menafikan bertemu Muhyiddin di negara Eropah itu bagi merangka pelan mengetepikan Najib.

20 comments:

  1. Biar berdentum guruh di langit
    Halilintar sambung menyambung
    Namun hujan tak turun juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kendati untung atas angin.biar tanah dijual beribu kali sampai tanah berbelah dua...tanah belum ada pembangunan namun tanah itu boleh dibail out seperti warga asing dapat ic

      Delete
    2. Belum tentu untung. Tolak lawyer fees beli, tolak lawyer fees jual, tolak cukai keuntungan, tolak gst..... Mungkin 5 juta tak cukup.

      Delete
    3. hahaha.......tahu politik kah!!!!!
      tiada politik berkata benar walaupun mrk kata bersatu dan kalau bersatu kenapa perlu berbincang hati ke hati antara mrk ini menunjukkan keyakinan antara mrk tidak cukup kuat utk diyakin.

      Delete
    4. Nah...orang pilitik memang begitu..cakapnya biasanya berlawan dengan kenyataan..
      pokoknya kita mesti faham yg berlawan di belakang itu..
      makanya mereka itu tidak bersatu hati...walau di depan katanya hati meteka twlah bersatu..

      Delete
  2. Itulah.....
    Lain kali kamu jangan terlalu cepat melatah. Bila mendengar guruh di langit, belum tentu hujan turun. Mungkin guruh meraikan kemarau panjang. Jangan sambung-menyambung fitnah. Tak elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dengar guruh dentum-dentam tu mungkin juga jet pejuang sedang 'berbalas tembak" macam kat Ukraine!, tunggu jelah "jet" mana yang jatuh!

      Delete
    2. hahaha.......masa berdetik tak kira hujah kah ribut pasti akan dtg tiba hanya masa sedang menanti detikkan ini.

      Delete
  3. Penyamun dan perompak hanya berbicara atas berapa harta yang mampu dijarah dan bukannya berdebat tentang keikhlasan dan kebaikkan yang telah dilakukan.u help me I help u.

    ReplyDelete
  4. SO??? Semua dh kena main....kuang kuang kuang..

    ReplyDelete
  5. Rosmah dsn jho low melalyi reza bikin filem di Hollywood. ......rembat duit sapa.... duit TH pendeposit org kampung krna songlap.....jho low pesra arak dng paris hilton ...TH yg bayar....undur rosmah dan kuncu2.....jangan tunggu ada yg tetbongkar baru terhegeh ehrgeh nak jawap.....

    ReplyDelete
  6. Maso untuk bertindak. Najib patut rombak kabinet. Mano yang bangang tu buang ajo. Lopeh tu cari 10 atau 20 orang tak kira siapo bagi masuk dalam pasal rasuah. Mano yang dah tuo tu tak payah bagi kojo. Buek somak mato jo macam Isa pendek!! Pegawai Tinggi Kerajaan yang bodoh-bodoh pun bagi pencen. Tengoklah lopeh tu rating kao mosti naik mencanak macam anu!! Tak cayo cubalah. Den cakap ni jangan bagi tau bini kau yo!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. buang diri sendiri lagi baik bro...

      Delete
  7. Semua orang tahu cara pentadbiran presiden parti adalah dengan cara ugutan. Ketika Najib hadir ke mesyuarat MT ramai yang melihat dia juga membawa fail rahsia.

    Sesiapa yang melawan presiden semua rekod jenayah orang yang menentang akan akan dibuka dan disiasat oleh SPRM dan juga polis. Seperti kata Sharizat lembu, ahli UMNO Baru yang mana tidak ada masaalah rasuah ?

    Siapa yang akan disiasat dulu.... Najib atau ahli UMNO Baru ?

    Ketika ini Najib Razak boleh menegaskan hubungan dengan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak sesekali dapat dipecahbelahkan. Tapi itu hanyalah gimik UMNO Baru....

    Selepas ini 1MDB akan buat hal lagi.... Dan Najib akan beri penjelesan untuk seterusnya bagi menyelesaian masaalah. Mereka akan bertemu dalam mesyuarat yang akan datang dan berkata hubungan dengan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak sesekali dapat dipecahbelahkan.

    Mahathir bukan kisah sangat pun Najib bawa lari duit sehingga RM42 billion tapi dia takut UMNO Baru kalah dalam pilihanraya yang akan datang, dia tidak dapat menerima jika negara ini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

    Dasar parti dalam Pakatan bertentangan antara satu dengan lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam.

    Parti Keadilan pula hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri..Sebenarnya dia memang lebih bagus dari Pak Lah dan Najib tapi kalu dia jadi PM sudah pasti saya akan disumbat kedalam penjara pulak....

    Kesimpulannya hutang 1MDB akan jadi hutang negara, dan hutang negara siapa tanggung ianya tidak lain adalah rakyat Malaysia termasuk pencacai 50sen...

    ReplyDelete
  8. GUNA BON BON , semua boleh jadi

    42 BILION kongsi sama sama ; Rakyat yang papa kedana

    BAHALOL SAJA

    ReplyDelete
  9. Itulah juga yang dikatakan Tun M dulu semasa angin keretakan dengan DSAI dinafikannya.

    Nampak sangat IQ Omakkau.

    Omakkau jangan menyebok hal parti orang lain.

    Jaga parti sendiri yang aman damai sangatlah tu!

    ReplyDelete
  10. Tahukah anda najib tidak pernah habiskan pengajiannya. Justeru beliau tidak pernah tahu jerih pedih orang yang berusaha untuk skor spm nak buat degree.

    Maka semasa beliau menjadi menteri pelajaran, degree telah dilacurkan bila mana kelayakan untuk mengambil degree bukan lagi kepandaian, calon serendah 3A/10 subjek pun boleh ambil ada yang cakap calon gred 3 pun boleh ambil. Begitulah hinanya degree dibuat najib.

    Sebab itulah ramai skorer masih menganggur dan bodo pula diterima bekerja bukan berdasarkan kepandaiannya.

    Oleh itu kepada skorer di luar sana jom bersuara di bawah payung pertubuhan KEDEPAN (kembalikan degree berasaskan kepandaian spm 5A< degree & guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah & pekerja am) demi kualiti pendidikan negara dan masa depan anak-anak kita. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat cerita bodoh kau itu ,yg aku tahu najib lulus univesiti england mba bisnes, anwar setakat lulus sastera di um dan lari akan anak dara orang dah meliwat orang pulak itu, mat sabu tak lulus uitm, mahfuz omar tak lulus pmr, kalau berdasarkan kepandaian kenapa tiga2 orang ini ia bodoh pasal ekonomi ia dan mahir menjadi ahli politik

      cuba kau fikirkan ia mahfuz dan mat sabu kenapa di lantik Ke jawatan penting oleh pas dan dap itu cuba kau fikirkan ia , sebab dia orang pandai melawak dia di pilih oleh dap dan pas itu ia, setiap manusia ada kemahiran nya sendiri,
      kau cemburi jika orang tak dregee itu berjaya dari orang ada dregee dan orang ada dregee berkerja di bawah orang tak ada dregee ,sebab apa sebab tak takut pada kehidupan ada berani cuba benda baru, bukan isap dadah macam orang orang lain bila kecewa, di amerika orang pandai pun isap dadah dan bunuh diri, orang tak ada dregee jadi bos, orang ada sijil univesiti terpaksa berkerja di bawah orang tak dregee , di malaysia orang dregee tak kemahiran berkerja malah tak buat kerja ini satu masalah di malaysia ini, belajar hanya tahu menghafal buku tak tahu berfikir itu masalah nya di malaysia ini.

      Delete
    2. pigi dah...najib mmg ngaji england tp blm tentu tamat sbb tun razak meninggal dan dia terus balik msia tanding parlimen pekan umur 22 thn, ikut logik umur 22 1st degreepun blm grad. lagi satu malaysia, azeeeeez pundek abg kemegahan kao tuh bukannya ada srppun

      Delete
  11. Lawa gambar tersengih-sengih. Tak lama lagi bertumbuklah tu!1 Oh ye memandangkan ada 140 ribu graduan tak bekerja bolehlah ameno ambik diorang kerja part time serang blogger anti ameno!1 Gaji ciputlah sebab ramai sangat. Kira piece work. Sekali kutuk musuh bayar 2 hinggit! Okyla tu!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...