Monday 11 May 2015

SUSULAN TITAH SULTAN KINI SEMUA PBT JOHOR BEBAS GST .. NEGERI-NEGERI LAIN BILA LAGI???????



PETALING JAYA: Kerajaan Johor telahpun mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu untuk tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi semua perkhidmatan kepada rakyat.

EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata, semua PBT di negeri itu telah menyerap GST bagi setiap perkhidmatan kepada rakyat selepas dua minggu cukai itu diperkenalkan, lapor The Star Online.

Katanya, berdasarkan anggaran, kerajaan negeri akan mengutip RM3 juta setahun menerusi GST yang dikenakan oleh PBT bagi perkhidmatan sewaan, bayaran meletak kenderaan, yuran proses dan menukar hak milik dan jenis kegunaan.

‘Kerajaan Negeri akan menyerap GST dan membayar balik kepada Jabatan Kastam untuk elak rakyat menanggung beban,” katanya pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-14 Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) pada Ahad.

Baru-baru ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menyifatkan langkah mengenakan GST terhadap perkhidmatan kerajaan sebagai tidak masuk akal.

Abdul Latif berkata, mesyuarat EXCO juga telah mengarahkan semua PBT memulangkan semula GST yang telah dikutip untuk tempoh dua minggu pertama April.

Katanya, pemintaan supaya pengecualian GST bagi semua perkhidmatan kerajaan telah disampaikan kepada Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika pertemuan UMNO dengan Perdana Menteri pada Jumaat lalu.

“Kerajaan Johor telah meminta supaya semua perkhidmatan PBT kepada rakyat dikecualikan GST dan beliau (Abdul Rahman) memberi jaminan akan membawa perkara ini dalam Mesyuarat Kabinet,” katanya.


Kalau Johor boleh lakukan tidak nampak ada sedikit pun alasan mengapa negeri-negeri lain tidak mampu lakukan.

6 comments:

  1. Kalau yg kurang faham undang2 kena semak balik State List & Federal List dalam Perlembagaan Persekutuan, sila baca dan hadam betul2 utk elak dari keluarkan komen bodoh....ok? -Loyar Burok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak komen pun. Buang masa

      Delete
    2. Oiii bangang. Johor, terengganu dan penang dah buat dah. negeri ko bila lagi?

      Delete
  2. Anon 12:27, ko yg buang masa sebenarnya....bila posting mcm ni sepatutnya kita kena ambik iktibar akan peranan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak institusi kerajaan pusat dan negeri...DYM Sultan telah menunjukkn teladan yg baik..baginda amat prihatin berhubung keluh kesah rakyat...diakui inilah jalan terbaik utk menyedarkn pembuat dasar supaya nasib rakyat terbela....rakyat dan pemimpin kena tolak tepi sentimen politik..Raja, Rakyat dan Pemimpin berpisah tiada...ini dirakamkan dalam Perlembagaan Persekutuan...-Loyar Burok

    ReplyDelete
  3. Hye korang..maaflah..Amar bukan nk cakap apa..act takdelah susah sgt nk beli kereta baru ni..What app je Proton/Perodua ke 0142264506.Insyaallah Amar bantu.Tak perlu duit2 booking segala.Amar tak nak.Amar da 7 tahun pengalaman jual kereta baru.Terutama proton dan perodua.Ingat no Amar 0142264506.Satu Malaysia Amar boleh hantar kereta.Ingat ... nak beli kereta baru..atau nk tanya proses dia mcm mana what app Amar di 0142264506.Ingt yea..hehehe.
    Lagi pun..bg yg berniaga,tapi bermasalah buat loan,yg blacklisted ke..Amar cuba bantu yea.
    Nak trade in kereta atau tak mampu nk bayar bulanan kereta dan nk elakkan blacklisted,bgtau Amar yea.maaf guna cara mcm ni.penat korg baca..hehehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha......suara sultan lebih berkesan najib kecut!
    Suara rakyat kuat sekalipun najib tak takut tak mahu letak jawatan dan mati2 teruskan agendanya.
    Umno bukan pilihan rakyat yg terbaik pada masa depan dan melayu tamak melayu penting diri melayu sanggup gadai maruah melayu resis shj akan.terus kianati jahanamkan negara.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...